Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Friday, September 8, 2017

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2017

0

                                                

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2017(HPPNS). Telah pun bermula pada hari ini, 08hb dan akan tamat pada 10hb September. Kali ini dibuat di Dataran Tuaran.

Di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Siapa-siapa yang tinggal berdekatan dengan Tuaran boleh lah datang beramai-ramai ke Tuaran nanti. Sambil berhujung minggu dengan aktiviti  yang telah disediakan.Sambil-sambil juga singgah ke booth-booth jualan usahawan-usahawan dari seluruh Sabah. 

QueYun juga ada di sini. Terlibat dengan program ini. Kali ini QueYun datang ke sini berada di bawah agensi LPP Tuaran. Terima kasih LPP Tuaran kerana memberi peluang untuk QueYun menyertai program ini.


Booth QueYun berada di sini. Gerai Usahawan Industri Asas Tani  (IAT). Dibawah satu bumbung dengan para usahawan yang lain dengan berlainan agensi. Antara agensi yang terlibat ialah LPP, FAMA dan LKIM.


Hah!! Di situ dia booth QueYun.  Kalau nampak banner dan banting kuning dengan logo QueYun sudi-sudi lah singgah ya.  Antara produk yang kami bawa kali ini ialah Jeruk Tuhau,  Serunding Tuhau, Multi Pes Tuhau, Sambal Tuhau dan Bosou Sada. 

Kalau mau test..boleh sahaja. Tesster ada tersedia. Tapi kalau mau beli. Lagi lah boleh. Heheee. Yang penting bawa lah duit lebih untuk korang shoping produk-produk tempatan yang semuanya bestt-bestt belaka. 

Jadi apa lagi. Jom datang ke HPPNS Tuaran. 😉

Tuesday, September 5, 2017

TAMPI BILIS

0

Bukan Tampi Beras  ya. Tapi Tampi Bilis.

Ini sebenarnya salah satu proses awal untuk membuat Sambal Tuhau Bilis. Masih menggunakan cara manual dengan menggunakan alat ini. Penampi atau Nyiru jenis bulat. Atau lebih dikenali sebagai Rilibu dalam bahasa Dusun di Sabah. Biasanya digunakan untuk menampi beras.

Tapi kali ini admin share menampi Bilis pula. Tujuannya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu. Yang dah hancur sangat tu dibuang. Terutama sekali benda bulat yang hitam macam dalam gambar di bawah. 

Nampak tak. Bilis dan yang hancur itu terasing ke depan. Barulah bersih Bilis tu. Kalau mau menggoreng pun tidaklah kuali tu sarat dengan serbuk hancur bilis. Proses menggoreng pun jadi cepat.

 Dan yang penting sekali bersih dari isi perut bilis itu. 

Wednesday, August 23, 2017

KURSUS AGROBAAZAR ONLINE (ABO)

0

Kursus kali ini adalah mengenai Agrobaazar Online (ABO) anjuran FAMA Sabah. Kursus sehari ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia  (PI1M)Putera Jaya Telipok pada 8hb Ogos 2017. 

Para peserta yang hadir. Antara pengisian program ialah Pengenalan business online melalui Portal Agrobaazar,  mencipta banner dan logo. 


Kursus dikendalikan oleh En. Ruzaini dari FAMA Sabah. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Cara penyampaian mudah diserap.

Selesai mencipta logo dan banner, tiba masa sesi mengambil gambar produk. Yang ni part paling best. Seronok boleh ambil gambar ala-ala pro. Hehee.. Peserta diberi peluang untuk ambil gambar produk masing-masing.

Antara peserta a.k.a bakal usahawan berjaya. Masing-masing dengan produk sendiri. Semoga produk akan dapat menembusi pasaran dalam dan luar negara. In Shaa Allah dengan usaha gigih. Pasti boleh..


Geng karas bersama dengan Sifu Photoshop. Sempat lagi ber wefie..

Akhir sekali, sesi bergambar. Gambar gaya bebas dengan wajah-wajah yang ceria dapat menimba ilmu.
Terima kasih kepada pihak FAMA dan PI1M Putera Jaya Telipok atas kerjasama menjayakan kursus untuk kami.

Tuesday, August 22, 2017

SUASANA EXPO SDSI SANDAKAN SABAH

0

Berlangsung di perkarangan Habour Mall sandakan SABAH pada 4hb hingga 6hb Ogos lalu. Expo SDSI, sambutan sangat memberangsangkan. Tahniah buat penganjur yang terlibat atas usaha keras bagi menjayakan Expo kali ini. 

Terima kasih diucapkan buat pihak DIDR kerana memberi peluang kepada QueYun Enterprise untuk menyertai program ini. 

Di sini admin ingin berkongsi dengan korang suasana kemeriahan semasa Expo SDSI yang dibuat secara besar-besaran di Sandakan baru-baru ini.

                                                          

Kunjungang dari Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pembangunan Perindustrian bersama En. Stephen Sampil, Timbalan Pengarah Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan ke booth IKS SSO. Sempat bergambar bersama dengan usahawan di booth tersebut. 


Usahawan Kerepek Pisang dan Inovasi produk berasaskan batang pisang Puan Asmawatie. Salute untuk usahawan ini atas pencapaiannya yang mengkagumkan. 


Suasana hari pertama expo berlangsung. Di awal pagi booth para usawahan dari seluruh Negeri Sabah dikunjungi oleh para pengunjung. 


Meriah dengan kehadiran artis tempatan. Dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Di depan pentas ini ada banyak hasil seni yang dihasilkan oleh para usahawan kraftangan. Semuanya super-super cantik.😍
Tidak sempat ambil gambar lebih dekat lagi pada masa ini.

 
Antara usahawan yang menerima bantuan khas IKS. Tahniah buat para rakan seperjuangan yang layak menerima bantuan.

Booth QueYun dan produk yang dibawa khas untuk warga Sandakan. Terima kasih sekali lagi buat pihak  DIDR yang telah menyediakan booth ini untuk kami.

Buat kali kedua QueYun menyertai expo di Sandakan. Kali pertama di UMS Sandakan.
 Kunjungan tanpa henti dari para pengunjung ke booth QueYun. Terima kasih buat anda yang sangat supportive. Macam-macam gelagat pengunjung. Ada yang mencuba Tuhau buat pertama kalinya. Ada yang memang Hantu Tuhau tapi susah untuk mendapatkannya. Ada juga yang bertanya inginkan info tentang Tuhau. 
Apa-apa pun terima kasih atas sokongan yang diberi.😊


Rakan-rakan seperjuangan. Pakcik dengan produk berasakan Rumpai Laut. Admin suka makan acar rumpai laut pakcik ni. Sedaapp. Sumandak Dusun olumis dengan produk Kuih Lidah Inovasinya. Kuih Lidah Susu adalah yang paling tip-top. Kenapa??..Korang kena rasa sendiri. Kerepek Pisang pelbagai perisa seperi manis, masin, cheese dan pedas. Semuanya thumbs up. Kalau boleh mau dipajak semua..hehee. Kakak gojes dengan Madu Kelulut yang dihasilkan dari ladangnya sendiri. Sihat dalaman, cantik luaran. Makcik comel dengan soto sedapnya. Admin sempat mencubanya waktu sarapan pagi.

Ada banyak lagi produk-produk sebenarnya. Kesemuanya bagus-bagus belaka. Setanding dengan produk yang ada di pasaran. 

Hah!! Yang ini pula super-super besttt... yang ditunggu-tunggu oleh para pengunjung. Antara hadiah yang diberi adalah motosikal, barangan elektrik dan hamper.
Pada yang berjaya mendapat cabutan ini mesti super happy dibuatnya.😊😊


Friday, July 21, 2017

SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) SANDAKAN 2017

0

Satu Daerah Satu Industri  (SDSI). Anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah, DIDR, MID dan MPS. Kali ini SDSI berkampung di Plazza Harbour Mall, Sandakan SABAH. Selama tiga hari akan berlangsung. Bermula 4hb sehingga 6hb Ogos 2017.

QueYun berpeluang bersama warga Sandakan tahun ini. Bersama-sama dengan para usahawan yang lain menyertai EXPO besar-besaran ini. Terima kasih kepada para penganjur yang berusaha untuk menjayakan program ini. Usaha yang amat membantu para IKS bagi memperkenalkan produk masing-masing.

Warga Sandakan datang jangan tak datang..

Terdapat banyak produk-produk yang super best-best menanti anda. Warga Sandakan jangan lepaskan peluang datang ke Plazza Harbour Mall nanti ya. Jumpa para Usahawan dengan produk masing-masing yang pelbagai. Khas dibawa untuk anda yang berada di Sandakan nanti

Selain itu ada banyak aktiviti diadakan sepanjang Expo diadakan. Seperti Sandakan's  Got TALENT,  cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang wow!!. Aktiviti menarik, artis jemputan dan ceramah perniagaan. 

Hah!! Apa lagi.  Jom datang berami-ramai. Jom support produk tempatan kita. Sambil-sambil berhujung minggu bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Jumpa anda di sana!!😉


Thursday, July 6, 2017

TAMU PELADANG PPK TUARAN

0


Mari pigi Tamu Peladang besok. 7 Julai 2017. Bermula 6 pagi hingga ke petang. Bertempat  di Perkarangan Agro Bazaar PPK Tuaran. 

Ada macam-macam di sana.
Telur masin, sayur-sayuran, buah-buahan, daging puyuh goreng, bunga dan banyak lagi produk tempatan yang dipasarkan. Tamu ini adalah anjuran Kumpulan Peladangnita PPK Tuaran buat pertama kalinya. 

Kalau ke Tuaran singgah-singgahlah esok ya. Tengok-tengok mana yang berkenan. Kami juga turut ada bersama. Jeruk Tuhau, Jeruk Ikan dan Sambal Tuhau kami bawakan untuk anda.

Jumpa esok ya!!😉

Tuesday, July 4, 2017

WARNA TUHAU

0

Entry info mengenai Tuhau hari ini. Tuhau ada dua jenis warna. Satu warna putih. Satu lagi warna pink kemerah-merahan. Macam dalam gambar di bawah.

Yang ini sudah pun dikupas dan dipotong pendek-pendek kemudian dihiris. Bau tuhau ini pun berbeza mengikut warnanya. 
Tuhau  berwarna pink kemerah-merahan agak kuat baunya berbanding yang warna putih. 

Hah! Yang ini batang tuhau dengan isinya.. admin ada postkan di entry sebelum ini.
Nampak tak batang tuhau tu lebih besar dari ibu jari. Gemuk dan sihat tuhau ini hehee.

Kalau dijadikan jeruk. Warna jeruk juga agak kemerah-merahan jika tuhau merah lebih banyak dari tuhau putih. Jika tuhau putih pula, jeruk tuhau lebih nampak cerah.
 
In Shaa Allah  Admin akan kongsikan gambar jeruk tu di entry yang lain ya..😊

Tuesday, June 27, 2017

PEDAL AYAM MASAK KICAP DENGAN PES TUHAU

0

Kali ini admin nak share satu resepi mudah dan ringkas. Resepi Pedal Ayam Masak Kicap dengan Pes Tuhau. Salah satu makanan favourite admin. 

Tumis bawang merah sampai naik bau. Masukkan pedal ayam dan tumis lagi. Bagi pedal garing sedikit. Masukkan hirisan fish cake (nda mau letak pun boleh). Masukkan sos tiram dan kicap. Gaul sebati. Masukkan Pes Tuhau satu sudu. Gaul sebati. Hidang setelah masak. 

Tak ada campur bahan perasa. Sos Tiram, kicap dan Pes Tuhau sudah bagi cukup sedap rasa dalam masakkan ini. 

Pes Tuhau boleh letak banyak mana yang dimahu. Dua tiga sudu pun boleh. Pes Tuhau sangat sesuai untuk masak kicap. Antara bahan dalam Pes ini ialah Tuhau, bawang putih dan halia. 

Pes Tuhau ini boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau resepi untuk rasa unik dan sedap dalam hidangan korang.😉

Monday, June 26, 2017

UDANG GORENG TEPUNG PERAP PES TUHAU

0

Resepi lagi. Kali ini kita guna udang pula. Udang yang dicelup dalam tepung kemudian digoreng. Tapi sebelum itu perap senentar dengan Pes Tuhau bersama bahan-bahan lain. Sebab itu namanya Udang Goreng Tepung Perap Pes Tuhau.  Mari tengok cara-caranya.

Udang yang sudah dibersihkan di campurkan dengan pes tuhau. Tiga sudu cukup lah. Masukkan sos tiram, bawang besar dan tepung. Gaul sebati dan perap dalam lima minit.

Yang ini bahan-bahan resepi. Bawang besar, tepung goreng, sos tiram dan Multi Pes Tuhau. Simple sahaja. Janji sedap di tekak.

Sudah siap perap boleh lah kita goreng menggoreng udang tadi. Goreng sekali dengan bawang yang di potong bulat. Baru sedap rasa udang tu bergabung dengan bawang yang digoreng bersama.


Dah nampak kekuningan boleh diangkat. Siap dan boleh dimakan Udang Goreng Tepung Perap Pes Tuhau dengan nasi panas.
Hidang bersama Sambal Tuhau Bilis lagi tambah sedap.

Jom mari cuba..!!

P/S: Boleh follow kami @queyun_tuhau di Instagram dan juga Page facebook untuk melihat gambar-gambar resepi yang lain.

BUBUR NASI DAN SERUNDING TUHAU

0

Ini merupakan kegemaran admin. Serunding Tuhau. Makan macam keropok, sedaapp.
Tapi kali ini kita makan dengan bubur pula. Bubur panas yang baru dimasak. Nampak tak gambar di bawah tu. 


Bubur Nasi Ayam dengan fishball dan tauhu goreng. Ni masih panas-panas tau. Sejuk ndak sedap hehee..

Bubur Nasi panas-panas tadi ditabur dengan Serunding Tuhau. Nyumm..Nyumm.. Menyelerakan... Ditambah lagi dengan bilis goreng dan kacang panggangnya. Waduhh..!! Memikat selera sungguh..

Bismillah.. harus baca sebelum makan ya..
Satu mangkuk rasanya tidak cukup kalau ada Serunding Tuhau.. 😁..

P/S: Boleh follow kami @queyun_tuhau di Instagram dan juga Page facebook untuk melihat gambar-gambar resepi yang lain.

TERIMA KASIH KERANA TERUS MENYOKONG QUEYUN TUHAU

0

Hari ini, masuk Raya ketiga tahun 2017. Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Salah dan silap sepanjang berurusan dengan kami, mohon diampunkan. Segala kekurangan kami akan cuba perbaiki. 

Terima kasih kerana terus menyokong QueYun Tuhau selama hampir dua tahun ini. Produk tempatan berasakan TUHAU yang semakin mendapat sambutan di seluruh Malaysia. Alhamdulillah. 😊 




 Terima kasih atas komen dan feedback yang diberi. Terima kasih kerana terus menyokong kami. Ada banyak feedback yang diberi dari customers. Alhamdulillah komen-komen sangat positif dan membina.

 Kerana sokongan andalah kami terus berdiri meneruskan usaha memasarkan produk tempatan. Produk tradisional berasaskan TUHAU  yang boleh diketengahkan dipasaran kita. Dan tidak mustahil juga akan berada dipasaran antarabangsa nanti. In Shaa Allah. 
Doa-doakan ya..😀



Admin upload pic feedback dari customers tak banyak. Nanti jammed pula bila buka blog ni hehee. 
Untuk update terkini boleh follow kami @queyun_tuhau di Instagram dan juga Page facebook. Atau LIKE saja page sebelah kanan tu ya.

Bagi yang balik dari kampung hari ini, berhati-hati dijalan ya. Berhenti rehat sebentar kalau penat mengantuk.  Selamat bekerja bagi yang mula bekerja esok.

Sunday, June 18, 2017

DUA TAPAU NASI HABIS

0

COD Sambal Tuhau sabtu lalu. Oder customer dari Sembulan KK.  Nakkan Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Cili Padi.  Walaupun cuma dua saja kami tetap hantarkan. 


Cuaca ketika itu sangatlah hot-hot. Makeup pun boleh cair dibuatnya. Jalan lagilah super hot. Maklumlah Raya semakin dekat. Tinggal seminggu sahaja lagi. Mestilah ramai yang keluar hendak shoping. Nak beli mana yang belum lengkap.

Agak lama juga sampai. Mr.Bos Tuhau sekejap tekan minyak.  Sekejap tekan brek. Yalah, jalan sesak kan. Tapi selesai juga COD dan serah oder dengan Cik adik manis, Flessy yang sedang menunggu Sambal Tuhaunya sampai.😊  
Lega dan gembira bila oder sudah berada ditangan customer walau sedikit lambat sampai. 


Dan bertambahlah lagi gembira bila dapat message dari WhatsApp .  Rasa stress panas cuaca dan sesak jalan hilang serta merta.

 Katanya "Terima kasih sis. Sangat sedap. Kawan sampai dua tapau nasi habis. Itu pun nda cukup". 

Terima kasih sumandak Flessy sudi oder Tuhau dengan kami. Siap bagi feedback lagi.
Kalau mau oder lagi, anytime sahaja ya. Nanti akan kami COD.😉


Sunday, June 11, 2017

SAMBAL TUHAU PACKING KILO

0

Perjalanan menuju ke Kula Lumpur hari ini. Request  dari pelanggan. 20 kilo Sambal Tuhau di packing dalam berat sekilo-sekilo. Parcel dikirim menggunakan Pos Laju mengikut permintaan pelanggan. Biasanya akan sampai dalam masa tiga hingga lima hari waktu bekerja. 


Dua kotak untuk dua jenis Sambal Tuhau. Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Udang. Terima kasih customer untuk repeat oder ini. Semoga dipermudahkan dan berpanjangan urusan hendaknya.

Packing dalam plastik bag. Ini juga adalah permintaan dari customer yang oder. Kena pack kemas-kemas dan susun dalam kotak dengan teratur. Duduk baik-baik ya wahai Sambal Tuhau. .😊. Dari Sabah duduk cantik-cantik. Sampai Kuala Lumpur harap dalam keadaan yang sama juga.

Bagi anda yang mahu packing seperti ini, bolehlah terus menghubungi nombor 012 801 9875. Info lanjut akan diberi. Untuk packing dalam gambar, berat adalah satu kilo.


Berada di dalam sana. Agak berat juga nak mengangkatnya. Nasib baik abang sado ada membantu 😁. Apa pun lega rasanya, parcel telah pun dikirim. Mudah-mudahan tiba ditangan tuannya dalam keadaan yang memuaskan hati. In Shaa Allah..


Wednesday, May 31, 2017

ROADSHOW PRODUK TEMPATAN SEMPENA HARI KAAMATAN 2017

0

Bermula 29 May hingga 4 Jun, roadshow  produk tempatan berada di ground floor, Centre Point Sabah. Mula dibuka dari jam10:30 pagi hingga 9:00 malam. Bagi anda yang datang berkunjung ke kompleks membeli-belah, Center Point,  bolehlah singgah sebentar dibooth pameran produk tempatan Sabah. Ada pelbagai produk hasil keluaran usahawan tempahan boleh diperolehi. 


 Roadshow produk tempatan bertempat di Ground floor Centre Point Sabah. Roadshow ini diadakan adalah sempena Tadau Kaamatan 2017 di Sabah.
 

Pilihan bijak macam-macam ada. Pes Kantan, Minuman botani Campuran, Acar Limau, kerepek dan banyak lagi. Dan lagi, produk dari QueYun  semestinya Sambal Tuhau Bilis. Sambal laku laris yang selalu mendapat repeat oder dari para pelanggan. Terima kasih tidak terhingga😊.. 

Itu dia boothnya. Booth berada betul-betul dihadapan laluan. Jadi mudah nak cari booth ini kalau datang ke sini. Pilihan bijak, produk tempatan Sabah.

Datang jangan tak datang tau..Produk boleh try..boleh test.. Tester ada disediakan. Jangan malu-malu nak cuba rasa.

Dan... Jangan lupa bawa duit lebih. Sebab, ada promosi hebat untuk Sambal Tuhau QueYun dan juga produk-produk tempatan yang lain. Bolehlah beli banyak sikit untuk dibawa pulang. Atau sebagai ole-ole untuk sanak saudara dan sahabat handai menjelang Hari Raya nanti.