Monday, June 26, 2017

UDANG GORENG TEPUNG PERAP PES TUHAU

0

Resepi lagi. Kali ini kita guna udang pula. Udang yang dicelup dalam tepung kemudian digoreng. Tapi sebelum itu perap senentar dengan Pes Tuhau bersama bahan-bahan lain. Sebab itu namanya Udang Goreng Tepung Perap Pes Tuhau.  Mari tengok cara-caranya.

Udang yang sudah dibersihkan di campurkan dengan pes tuhau. Tiga sudu cukup lah. Masukkan sos tiram, bawang besar dan tepung. Gaul sebati dan perap dalam lima minit.

Yang ini bahan-bahan resepi. Bawang besar, tepung goreng, sos tiram dan Multi Pes Tuhau. Simple sahaja. Janji sedap di tekak.

Sudah siap perap boleh lah kita goreng menggoreng udang tadi. Goreng sekali dengan bawang yang di potong bulat. Baru sedap rasa udang tu bergabung dengan bawang yang digoreng bersama.


Dah nampak kekuningan boleh diangkat. Siap dan boleh dimakan Udang Goreng Tepung Perap Pes Tuhau dengan nasi panas.
Hidang bersama Sambal Tuhau Bilis lagi tambah sedap.

Jom mari cuba..!!

P/S: Boleh follow kami @queyun_tuhau di Instagram dan juga Page facebook untuk melihat gambar-gambar resepi yang lain.

Related Posts:

  • TELUR DADAR PES TUHAU Resepi ringkas dari QueYun, TELUR DADAR PES TUHAU. Jom tengok caranya. Semudah A..B..C dengan menggunakan Multi Pes Tuhau QueYun.. (^_~)... TELUR DADAR PES TUHAU Bahan-Bahan: 1.2 Biji Telur 2. Muli Pes Tuh… Read More
  • MULTI PES TUHAU DAN KEPELBAGAIAN KEGUNAANNYA Multi Pes Tuhau ini boleh digunakan dalam pelbagai menu atau resepi anda. Samada di campurkan dalam masakan ikan, ayam, daging, sup atau sebagai pencicah pun boleh. Terpulang dengan cita rasa anda masing-masing. MULT… Read More
  • NASI GORENG TUHAU Nasi Goreng Tuhau Resepi Nasi Goreng Tuhau: Bahan: Nasi Putih Bawang Putih Serbuk Kunyit Jeruk Tuhau Pedas (Ditoskan) Cara: Panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan bawang putih dan Jeruk Tuhau yang telah dito… Read More
  • UDANG GORENG TEPUNG PERAP PES TUHAU Resepi lagi. Kali ini kita guna udang pula. Udang yang dicelup dalam tepung kemudian digoreng. Tapi sebelum itu perap senentar dengan Pes Tuhau bersama bahan-bahan lain. Sebab itu namanya Udang Goreng Tepung Perap Pes Tuhau. … Read More
  • PEDAL AYAM MASAK KICAP DENGAN PES TUHAU Kali ini admin nak share satu resepi mudah dan ringkas. Resepi Pedal Ayam Masak Kicap dengan Pes Tuhau. Salah satu makanan favourite admin.  Tumis bawang merah sampai naik bau. Masukkan pedal ayam dan tumis lagi. Bag… Read More

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0