Sunday, July 27, 2025

LAWATAN PERHEBAT KE PREMIS QUEYUN– Sokongan Buat Usahawan Tempatan Sabah

0

Beberapa minggu lalu, QueYun Enterprise menerima satu kunjungan bermakna daripada pihak PERHEBAT (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) ke premis kami di Kg. Nahirot, Tamparuli, Sabah. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PERHEBAT untuk memahami secara dekat perjalanan usahawan veteran dan komuniti luar bandar yang aktif dalam keusahawanan makanan.

Siapa PERHEBAT?

PERHEBAT merupakan agensi yang berperanan dalam menyediakan latihan, sokongan, dan peluang keusahawanan kepada anggota tentera yang akan atau telah bersara, serta menyokong pembangunan usahawan dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

Semasa lawatan, pihak PERHEBAT dibawa meninjau:

  • Proses penghasilan Sambal Tuhau dan Jeruk Tuhau

  • Kebersihan dan susun atur kilang mini QueYun

  • Rangkaian pemasaran kami – dari kampung ke pasar raya dan platform digital

Mereka turut diberi penerangan tentang:

Menggunakan bahan mentah asli dari komuniti sekitar, Packaging dan Pelabelan Produk, Mengangkat Tuhau sebagai ikon makanan Sabah dengan pembungkusan moden

Sepanjang lawatan, para pegawai dan wakil PERHEBAT diberi taklimat menyeluruh mengenai:

  • Proses pembungkusan dan pelabelan produk QueYun, termasuk pematuhan piawaian kebersihan dan kualiti
  • Demonstrasi langsung cara memotong tuhau segar – satu pengalaman hands-on yang membuka mata tentang keunikan bahan tradisi Sabah ini






Mereka juga berpeluang:

  • Merasa sendiri tester produk seperti Sambal Tuhau dan Jeruk Tuhau yang telah siap diproses
  • Membeli produk QueYun secara langsung, sebagai tanda sokongan terhadap usahawan tempatan dan warisan makanan negeri ini

Suasana semasa sesi ini sangat mesra dan interaktif. Ramai yang teruja apabila mencuba tuhau buat pertama kali, dan tertarik dengan bagaimana QueYun menggabungkan resipi tradisi dengan pembungkusan moden yang bersih dan menarik.




Terima Kasih PERHEBAT

Kami amat menghargai lawatan ini dan berharap dapat terus bekerjasama dalam inisiatif memperkasa komuniti luar bandar melalui keusahawanan. QueYun akan terus berusaha mengekalkan kualiti, inovasi, dan identiti dalam setiap produk – sambil memberi impak kepada masyarakat



Sunday, July 20, 2025

QueYun di SICC – Menyemarak Semangat Wanita Usahawan Sabah

0

 Pada 24 Jun 2025, QueYun Enterprise telah diberi peluang untuk menyertai Program Pemerkasaan Wanita Sabah anjuran MARA, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Program ini menghimpunkan wanita-wanita usahawan dari seluruh pelusuk Sabah dalam satu acara berimpak tinggi.


Kami bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dan membawa bersama kisah serta produk dari kampung kami – Sambal Tuhau, Jeruk Tuhau & Kou Cong.

Produk QueYun Yang Diperkenalkan

Semasa pameran, QueYun mengetengahkan:

  • Sambal Tuhau Ikan Bilis & Ikan Masin – resipi asli, warisan Dusun

  • Jeruk Tuhau  – rasa pedas-manis dengan bau semulajadi

Ramai pengunjung yang teruja mencuba produk kami, dan juga menjadi GIF kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pengalaman di Tapak Pameran

Aktiviti pameran ini bukan sahaja membuka ruang jualan, tetapi menjadi platform penting untuk:

  • Mendengar maklum balas terus daripada pelanggan
  • Menjalin hubungan dengan agensi, pembeli, dan rakan niaga baharu
Kami berbangga dapat berkongsi tentang tuhau sebagai warisan makanan Sabah dan bagaimana ia diproses dengan cara yang bersih, moden dan berkualiti.

Terima Kasih MARA

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MARA atas penganjuran program ini. Sebagai perniagaan kecil yang diasaskan oleh wanita kampung, peluang sebegini memberi semangat dan ruang kepada kami untuk terus maju dan memberi impak kepada komuniti.

Sunday, July 13, 2025

TEMPAHAN GIFT EKSKLUSIF TUHAU

0

Tempahan Gift Eksklusif Tuhau – Cerita di Sebalik Setiap Hadiah

Beberapa hari lepas, kami di QueYun Enterprise diberi kepercayaan untuk menyiapkan satu tempahan gift set eksklusif produk Tuhau sempena program anjuran SME Corp. Di sebalik susunan rapi dan rekaan menarik setiap pek hadiah, tersembunyi satu cerita yang kami banggakan untuk dikongsi.




 Apa Dalam Gift Tuhau Ini?

Setiap pek mengandungi pilihan produk tradisi Sabah yang diolah secara moden:

  • Sambal Tuhau Ikan Bilis 
  • Sambal Tuhau Ikan Masin

Kami bukan sekadar menjual makanan, tetapi menyampaikan rasa dan warisan Sabah dalam bentuk hadiah yang istimewa.

Tempahan kali ini mereka mahukan sesuatu yang:

  • Unik & asli dari Sabah
  • Sesuai dijadikan hadiah korporat
  • Boleh beri impak kepada komuniti setempat

Dan di situlah Tuhau dari QueYun memenuhi keperluan mereka.

Cerita Disebalik Tirai

Setiap unit disiapkan secara teliti oleh team kecil kami yang terdiri dari anak-anak kampung di Kg. Nahirot, Tamparuli. Bahan-bahan seperti Tuhau segar pula dihantar oleh pengumpul dari pedalaman yang menyeberangi sungai & menaiki bukit demi hasil terbaik.

Jadi bila anda terima gift ini, anda sebenarnya sedang menyokong:

  • Komuniti kampung yang mengumpul dan memproses bahan mentah
  • Usahawan mikro tempatan yang bertungkus-lumus menjaga kualiti
  • Warisan makanan Sabah yang kian dilupakan

Berminat Tempah Gift Set Tuhau?

Kami menerima tempahan untuk:

  • Program rasmi
  • Cenderahati pelancong
  • Goodies korporat
  • Hadiah eksklusif VIP

Boleh custom ikut tema atau bajet anda.



Sunday, July 6, 2025

NASI GORENG TUHAU– Tempahan Siap Dihantar!

0

 Alhamdulillah, pada 6 Julai 2025 yang lalu, kami berjaya menyiapkan satu tempahan khas untuk menu istimewa Nasi Goreng Tuhau. Tempahan ini telah pun siap dimasak dan dihantar tepat pada masanya untuk pelanggan kami.

Menu ini menggunakan bahan utama tradisi Sabah iaitu Tuhau segar, digoreng bersama nasi, bawang, telur, kicap, perasa, dan sedikit sentuhan istimewa dari kami menggunakan butter dan minyak pilihan. Hiasan dengan hirisan cili merah segar dan daun bawang menambahkan seri serta aroma yang menyelerakan.

Gambar di bawah ini adalah hasil sebenar tempahan kami. Dimasak dalam kuantiti besar menggunakan kuali industri, namun tetap mengekalkan rasa asli dan kualiti premium setiap suapan.


Terima kasih kepada pelanggan kami yang mempercayai produk dari QueYun Enterprise. Kami akan terus memartabatkan tuhau sebagai makanan warisan negeri Sabah.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan nasi goreng tuhau dalam kuantiti kecil atau besar untuk majlis, program atau jualan, sila hubungi kami melalui:
📞 WhatsApp: 0197964170
📍 Lokasi: Kg. Nahirot, Tamparuli, Sabah


Wednesday, April 23, 2025

SIFEX 2025 - Rasa Asli Sabah Berkumpul di SICC

0


Sabah International Food Expo 2025: Rasa Asli Sabah Berkumpul di SICC

Sabah International Food Expo (SIFEX) 2025 bakal berlangsung pada 25–27 April di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu. Acara bertemakan “Taste for Business” ini menghimpunkan pelbagai pengeluar makanan tempatan dan inovasi rasa dari negeri dan rantau sekitarnya.

SAMBAL

Di Booth No. 163, Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) membawakan barisan produk unggul—dan Sambal Tuhau Queyun pula tidak ketinggalan! Dibuat 100% daripada tuhau segar pilihan kampung, ia menawarkan kepedasan dan keunikan rasa yang asli Sabah.

Pengunjung boleh mencuba sampel percuma, dapatkan promosi istimewa, serta peluang menjadi pengedar di Sabah, Sarawak & Brunei. Jangan lepaskan peluang menyokong usahawan tempatan dan membawa pulang rasa asli negeri!

Tarikh: 25–27 April 2025
Lokasi: SICC, Kota Kinabalu
Booth: No. 163 (KO-NELAYAN)

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0