Tempahan Gift Eksklusif Tuhau – Cerita di Sebalik Setiap Hadiah
Beberapa hari lepas, kami di QueYun Enterprise diberi kepercayaan untuk menyiapkan satu tempahan gift set eksklusif produk Tuhau sempena program anjuran SME Corp. Di sebalik susunan rapi dan rekaan menarik setiap pek hadiah, tersembunyi satu cerita yang kami banggakan untuk dikongsi.
Apa Dalam Gift Tuhau Ini?
Setiap pek mengandungi pilihan produk tradisi Sabah yang diolah secara moden:
- Sambal Tuhau Ikan Bilis
- Sambal Tuhau Ikan Masin
Tempahan yang istimewa kali ini mereka mahukan sesuatu yang:
- Unik & asli dari Sabah
- Sesuai dijadikan hadiah korporat
- Boleh beri impak kepada komuniti setempat
Dan di situlah Tuhau dari QueYun memenuhi keperluan mereka.
Cerita Disebalik Tirai
Setiap unit disiapkan secara teliti oleh team kecil kami. Bahan-bahan seperti Tuhau segar pula dihantar oleh pengumpul dari komuniti kampung yang menyeberangi sungai & menaiki bukit demi hasil terbaik.
Jadi bila anda terima gift ini, anda sebenarnya sedang menyokong:
- Komuniti kampung yang mengumpul dan memproses bahan mentah
- Usahawan mikro tempatan yang bertungkus-lumus menjaga kualiti
- Warisan makanan Sabah yang kian dilupakan
Berminat Tempah Gift Set Tuhau?
Kami menerima tempahan untuk:
- Program rasmi
- Cenderahati pelancong
- Goodies korporat
- Hadiah eksklusif VIP
Boleh custom ikut tema atau bajet anda.
.jpeg)

.jpeg)

0 comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi meninggalkan jejak.