Friday, May 29, 2020

KOMBO SET RAYA KA'AMATAN 2020

0

Kotobian  Tadau Tagayo Do Ka'amatan buat semua yang meraikannya.

Promosi Kombo Set Produk QueYun sempena Hari Pesta Menuai 2020. Promo Kombo Set ini berjalan selama dua hari. Bermula 30-31 May para peminat makanan tuhau boleh membuat oder melalui link di SINI

KOMBO SET RAYA KAAMATAN
KOMBO SET PRODUK QueYun 

Terdapat 2 jenis COMBO SET RAYA KA'AMATAN yang anda boleh dapatkan. 
SET A:
1.Sambal Tuhau Udang 
2.Sambal Tuhau Bilis 
3.Sambal Tuhau Bilis (extra hot)

SET B:
1.Sambal Tuhau Udang 
2.Sambal Tuhau Bilis 
3.Sambal Tuhau Bilis (extra hot)
4.Sos Tuhau Cili
5.Serunding Tuhau Crunchy  
6.Jeruk Tuhau 
 
Set kombo, tuhau, kaamatan
Kombo Set A Raya Ka'amatan 

Kombo Set A. Produk yang digemari dan sering mendapat repeat oder dari para pelanggan.

Kiriman pos akan dilakukan minggu hadapan bagi anda yang berada jauh dari Kota Kinabalu. 

Jangan lepaskan peluang dapatkan Kombo Set Produk QueYun sempena Hari Pesta Ka'amatan tahun ini.

Selamat bercuti-cuti. Jaga diri. Jaga jarak. Jaga kesihatan.

 

Thursday, May 28, 2020

PROSES SAMBAL TUHAU

0


Selamat Hari Raya 2020 buat semua yang merayakan. Pastinya tidak sama Hari Raya tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Tahun ini ada PKPB. Tak mengapa, demi untuk kebaikan bersama kita sama-sama patuhi. Semoga akan lenyap pergi virus covid19 yang digeruni sekarang ini. 

Udang kering & Tuhau 

Walaupun masih lagi dalam mood Hari Raya. Namun production sudah mula beroperasi. Demi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menjadi peminat setia Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand. 


Paket warna Black Red, siap untuk minggu ini. Sambal Tuhau Udang ini adalah  yang paling digemari dijadikan sebagai gift atau hamper untuk para tetamu undangan oleh agensi-agensi.

Pacakaging Sambal Tuhau Stand up pouch zip lock ini memang sangat sesuai jika dijadikan sebagai gift. Ianya mudah untuk dibawa kemana-mana. 

Sesuai juga untuk anda yang suka aktiviti camping atau travelling. Sambal Tuhau ini adalah produk Ready To Eat . Penyediaan sangat mudah. Cuma perlu koyak, hidang dan makan. Tidak perlu masak lagi.


Bagi anda yang berminat dengan produk QueYun boleh terus oder melalui link di bawah ini;
Penghantaran oder pelanggan. Terima kasih sudi oder Tuhau kami. Terima kasih atas sokongan yang diberi terhadap produk kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jaga diri. Jaga Jarak. Kita Jaga Kita.

 


Wednesday, May 20, 2020

PLASTIK PACKAGING

0


Packaging sudah sampai.. 

Alhamdulillah, yang ditunggu sudah sampai. Packaging untuk Sambal Tuhau. Packaging ini dioder dari Excellent Rich Plastik Marketing. Mereka merupakan pakar dalam bidang Pemasaran, Pengiklanan dan juga promosi berasaskan pembungkusan plastik.

Pada anda yang tercari-cari Plastic Packaging, bolehlah cari di Facebook page mereka.

Terima Kasih 
Excellent Rich Marketing 

Terima kasih juga abang Posmen Pos Laju yang tolong hantar sampai ke rumah. Hari dah gelap tapi tetap terus melaksanakan amanah yang diberi. Semoga akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.  

Pacakaging Sambal Tuhau

Siap packing untuk Sambal Tuhau Bilis. Lepas seal, boleh masukan ke dalam paket Sambal.

Hot Item!!!
Sambal Tuhau Bilis

Sambal Tuhau Bilis adalah merupakan produk Hot Item QueYun Brand. Stock  sentiasa laju habis. Alhamdulillah, setelah lima tahun di pasaran Produk QueYun semakin mendapat perhatian di hati para pelanggan. Terima kasih tak terhingga buat para pelanggan setia QueYun Brand. Kerana anda, Produk QueYun masih berada di pasaran.

Pada anda yang ingin mencuba Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand dan hendak menjadikan menu istimewa di Hari Raya Aidilfitri nanti, boleh klik link di bawah ini:


Selamat berpuasa semua. Jaga diri dan sentiasa amalkan kebersihan..😊 




Thursday, May 14, 2020

CUTI POS MALAYSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2020

0

Hari ini merupakan hari terakhir Team QueYun  membuat penghantaran oder Tuhau ke Pos Office. Terima kasih kepada penggemar Tuhau yang sempat membuat oder produk QueYun, sebelum Pos bercuti.

pos Malaysia
Pos Malaysia

Pos Malaysia mula bercuti pada 23 Mei 2020 dan beroperasi semula pada 27 Mei 2020 bagi semua negeri. Tarikh akhir pengeposan item pos laju pada 16 Mei 2020. Walaubagaimana pun Team QueYun  masih menerima tempahan online dari customer.

Kiriman akan dibuat apabila Pos Malaysia dibuka semula.

Jadi kepada anda  yang terasa rindu-rinduan mahu makan Tuhau, boleh terus oder dengan kami di SINI

Tuhau, tuhau sabah
Kiriman Tuhau 

Oder yang sempat dikirim minggu ini. Terima kasih sudi oder Tuhau kami.  Terima kasih yang selalu repeat oder Tuhau dengan kami.

Selamat berpuasa semua. Jaga diri, jaga kesihatan dan sentiasa patuhai arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan.  Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.




Monday, May 11, 2020

YANG JAUH KAMI KIRIMKAN

0

Alhamdulillah, kiriman pos masih lagi berjalan seperti biasa.  Terima kasih kepada semua yang membuat oder Tuhau dengan kamiAnda Stay At Home, kami kirimkan untuk anda.

Kiriman Tuhau.
Terima Kasih Pos Office Tuaran

Tempahan Tuhau ini kebanyakkannya dari customers yang berada jauh dari Sabah.  Ada yang oder sebab rindu sangat mahu makan Tuhau. Rasa gembira bila dapat menunaikan kerinduan mereka terhadap makanan Tuhau ini. 

Walaupun ada sedikit cabaran di waktu PKP ini. Team QueYun  tetap berusaha untuk kirimkan secepat mungkin semua oder dari para pelanggan. 

Kami memohon maaf sekirannya ada sedikit kelewatan pengiriman oder anda semua ya.

Kiriman Tuhau .
Terima kasih Pos Office Tamparuli. 

Untuk makluman tarikh akhir kiriman pengeposan item Pos Laju yang ditetapkan oleh Pos Malaysia sempena  Hari Raya Aidilfitri 2020 ialah pada 16 Mei 2020. 

Jadi anda yang rindu-rinduan mahu makan Tuhau, masih sempat lagi buat oder. Anda boleh klik link INI untuk oder. Jangan risau, yang jauh kami kirimkan. 

Selamat berpuasa semua. ^_^