Sunday, July 27, 2025

LAWATAN PERHEBAT KE PREMIS QUEYUN– Sokongan Buat Usahawan Tempatan Sabah

0

Beberapa minggu lalu, QueYun Enterprise menerima satu kunjungan bermakna daripada pihak PERHEBAT (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) ke premis kami di Kg. Nahirot, Tamparuli, Sabah. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PERHEBAT untuk memahami secara dekat perjalanan usahawan veteran dan komuniti luar bandar yang aktif dalam keusahawanan makanan.

Siapa PERHEBAT?

PERHEBAT merupakan agensi yang berperanan dalam menyediakan latihan, sokongan, dan peluang keusahawanan kepada anggota tentera yang akan atau telah bersara, serta menyokong pembangunan usahawan dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

Semasa lawatan, pihak PERHEBAT dibawa meninjau:

  • Proses penghasilan Sambal Tuhau dan Jeruk Tuhau

  • Kebersihan dan susun atur kilang mini QueYun

  • Rangkaian pemasaran kami – dari kampung ke pasar raya dan platform digital

Mereka turut diberi penerangan tentang:

Menggunakan bahan mentah asli dari komuniti sekitar, Packaging dan Pelabelan Produk, Mengangkat Tuhau sebagai ikon makanan Sabah dengan pembungkusan moden

Sepanjang lawatan, para pegawai dan wakil PERHEBAT diberi taklimat menyeluruh mengenai:

  • Proses pembungkusan dan pelabelan produk QueYun, termasuk pematuhan piawaian kebersihan dan kualiti
  • Demonstrasi langsung cara memotong tuhau segar – satu pengalaman hands-on yang membuka mata tentang keunikan bahan tradisi Sabah ini






Mereka juga berpeluang:

  • Merasa sendiri tester produk seperti Sambal Tuhau dan Jeruk Tuhau yang telah siap diproses
  • Membeli produk QueYun secara langsung, sebagai tanda sokongan terhadap usahawan tempatan dan warisan makanan negeri ini

Suasana semasa sesi ini sangat mesra dan interaktif. Ramai yang teruja apabila mencuba tuhau buat pertama kali, dan tertarik dengan bagaimana QueYun menggabungkan resipi tradisi dengan pembungkusan moden yang bersih dan menarik.




Terima Kasih PERHEBAT

Kami amat menghargai lawatan ini dan berharap dapat terus bekerjasama dalam inisiatif memperkasa komuniti luar bandar melalui keusahawanan. QueYun akan terus berusaha mengekalkan kualiti, inovasi, dan identiti dalam setiap produk – sambil memberi impak kepada masyarakat



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0