Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Perjalanan menuju ke Kula Lumpur hari ini. Request dari pelanggan. 20 kilo Sambal Tuhau di packing dalam berat sekilo-sekilo. Parcel dikirim menggunakan Pos Laju mengikut permintaan pelanggan. Biasanya akan sampai dalam masa tiga hingga lima hari waktu bekerja.
Dua kotak untuk dua jenis Sambal Tuhau. Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Udang. Terima kasih customer untuk repeat oder ini. Semoga dipermudahkan dan berpanjangan urusan hendaknya.
Packing dalam plastik bag. Ini juga adalah permintaan dari customer yang oder. Kena pack kemas-kemas dan susun dalam kotak dengan teratur. Duduk baik-baik ya wahai Sambal Tuhau. .😊. Dari Sabah duduk cantik-cantik. Sampai Kuala Lumpur harap dalam keadaan yang sama juga.
Bagi anda yang mahu packing seperti ini, bolehlah terus menghubungi nombor 012 801 9875. Info lanjut akan diberi. Untuk packing dalam gambar, berat adalah satu kilo.
Berada di dalam sana. Agak berat juga nak mengangkatnya. Nasib baik abang sado ada membantu 😁. Apa pun lega rasanya, parcel telah pun dikirim. Mudah-mudahan tiba ditangan tuannya dalam keadaan yang memuaskan hati. In Shaa Allah..
Kali ini admin nak share resepi mudah, ringkas, sedap kebaboomm dari Chef kecil, Adam Adrian. Menggunakan Sambal Tuhau sebagai bahan utama. Maka terhasilah Roti Bakar Sambal Tuhau. Ringkas dan mudah. Cuma menggunakan beberapa bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah.
Roti yang telah dibakar. Marjerin atau planta pun boleh. Dan semestinya Sambal Tuhau keluaran QueYun. Sambal yang digunakan ialah Sambal Tuhau Udang.
Dan hasilnya adalah seperti ini.. Si kecil Chef Adam cuma menggunakan empat keping roti. Kalau nak buat dua atau lebih dari empat pun boleh. Tak ada masalah. Boleh juga tambahkan sayur-sayuran seperti kobis kalau nak. Ikut rasa suka anda..
Potong segitiga atau segiempat. Atau tak potong pun tak apa. Ikut rasa suka anda..
Tu diaaa..Adam Adrian yang berminta dalam bidang masak memasak. Bila besar nanti nak jadi Chef..Katanya..(^^)..
Dah siap buat, sendiri makan..hehee..nyumm..nyumm.. sedaapp..thumb ups untuk Adam Adrian.
Nak tengok cara-cara membuat..?? Nanti admin share video di entry akan datang..