Monday, October 26, 2020

FRONTLINER PKPB || RIDE RUNNER SABAH

0

Cod, sambal tuhau,  tuhau
Selesai COD oleh Rider Hayerul.
Terima kasih buat customer yang beli banyak produk QueYun.
Hendak dikirimkan buat adik, katanya.



Tergelak sebenarnya apabila melihat foto yang dikirimkan oleh Rider dari Ride Runner. Bukan sebab foto yang gelap dan kabur tidak jelas, tapi melihat hanya tangan dengan barang sahaja yang keluar dari pintu itu. Foto ini diambil oleh Rider Hayerul setelah selesai COD Tuhau yang dioder oleh customer sebagai bukti barang sudah sampai ke tangan customer. 

Walaupun kamera handphonenya kabur tapi tetap juga berusaha untuk memberi bukti kepada customernya. Oder Tuhau kali ini dibayar cash oleh customer. Selesai saja tugasan, beliau transferkan Wang ke akaun  QueYun. 
 
Kagum sebenarnya dengan kerja yang dibuat oleh Rider Hayerul. Amanah sangat dipegang kuat oleh beliau. Setiap kali meminta membuat penghantaran, beliau laksanakan dengan sebaiknya. 

Semoga akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Semoga sentiasa berada dibawah perlindunganNYA sepanjang bertugas. 

Anda frontliner yang hebat!!!

Tahniah buat RIDE RUNNER SABAH kerana mempunyai Team yang hebat-hebat dan sangat profesional dalam menjalankan tugas. Ride Runner sangat membantu kami sebagai usahawan agar produk terus bergerak sewaktu PKPB ini. 

Untuk semua customer QueYun yang dikasihi, kami akan terus menggunakan khidmat  RIDE RUNNER bagi penghantaran oder sekitar Kota Kinabalu. Terima kasih buat anda semua yang banyak menyokong produk QueYun TUHAU selama 5 tahun ini. Semoga QueYun TUHAU  akan terus maju kehadapan memperkenalkan produk tradisi tempatan Sabah ke pasaran luar yang lebih luas.




Saturday, October 24, 2020

SAMBAL TUHAU QueYun BRAND DI SHOPEE

0



Kepada pengemar produk QueYun, anda boleh mendapatkan Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis (biasa) dan juga Sambal Tuhau Bilis (ExtraHot) secara online iaitu dengan membuat tempahan melalui Shopee E-Pasar Sabah.

Anda boleh membuat tempahan melalui link dibawah.

QueYun Sambal Tuhau


Ini adalah gambar-gambar sambal tuhau yang boleh anda tempah.

   Sambal Tuhau Udang


                    Sambal Tuhau Bilis(Biasa)


                Sambal Tuhau Bilis (ExtraHot) 

Terima Kasih kepada anda atas sokongan anda terhadap Produk Queyun.Stay At Home, Stay Safe buat anda semua sepanjang tempoh PKP.










Saturday, October 10, 2020