Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Friday, December 22, 2017

SOTONG MASAK SAMBAL TUHAU

0

Lama pula admin tidak berkongsi resepi dengan korang. Hah..kali ini resepi adalah dari makanan laut iaitu sotong. Semudah A B C nak menyediakannya. Budak tahun 6 pun boleh buat.

Jom mari tengok caranya..

Bahan-bahan:

Sotong, Tauhu kering, bawang besar, bawang putih, kunyit dan semestinya SAMBAL TUHAU QueYun.

Cara-caranya:

Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan kunyit. Dah garing dan naik bau masukkan pula Sambal Tuhau Bilis keluaran QueYun. Tumis sekejap. Masukkan sotong dan tauhu kering. Gaul rata. Bubuh sedikit air (kalau nak). Gaul sebati. Dah siap masak boleh hidangkan. Makan dengan nasi panas-panas adalah kawannya yang paling ngam..😉

Sotong Masak Sambal Tuhau dengan Tauhu Kering. 


PEMODENAN LESEN PERNIAGAAN

0

Program ini diadakan di DKP 1 Universiti Malaysia Sabah pada 21 Disember 2017. Perkongsian amalan baik peratuaran: ( GRP) PEMODENAN  LESEN PERNIAGAAN NEGERI SABAH,  adalah anjuran Malaysian Productivity Council  (MPC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah  (UMS).

Pembentang dari Kementerian  Kewangan  (MOF) Sabah. 
Menyampaikan kepentingan dan manfaat peraturan pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Negeri dan Persekutuan yang harmoni bagi merancakkan Ekonomi Sabah.

Peserta program yang hadir. Kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar UMS. Sangat baik buat mereka sebagai pendedahan awal dalam bidang perniagaan.  Mana lah tahu, bisnes akan jadi kerjaya bila dah tamat pengajian nanti.

Bersama wakil dari agensi MID, Puan Sherly. Peramah orangnya. Sempat berkongsi sedikit sebanyak tentang MID. Terima kasih atas info yang diberi. 

Terima kasih juga buat penganjur yang memberi peluang untuk menyertai program ini.


Friday, December 15, 2017

CENDERAHATI

0

(Kredit pic:PPK)
Cenderahati disampaikan oleh Puan Sylvia,  Pengerusi PeladangNita Negeri Sabah.

Terima kasih Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran (PPK) kerana memilih  QueYun antara produk yang dijadikan sebagai cenderahati semasa Majlis Penyerahan Zakat yang berlangsung petang tadi di Dewan Nurul Hidayah, Masjid An-Nur Tuaran

Majlis Penyerahan Zakat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran yang telah dirasmikan oleh Ybhg En.Abd. Kassim Haji Razali, Setiausaha Politik Kepada Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah yang mengwakili YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah.

Saturday, December 9, 2017

SEMINAR PPRN UMS 2017

0



Seminar Public Private Research Network  (PPRN). Diadakan pada 16 November 2017. Bertempat di Dewan Auditorium Pascasiswazah, Bangunan Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah. 

Program ini adalah anjuran Pusat Penyelidik Dan Pembangunan Keusahawanan (ERDEC), UMS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
 
Admin berpeluang menyertai program ini dan terus membuat permohonan. Moga ada rezeki nanti. Untuk anda yang belum tahu apa itu PPRN. Admin berikan sedikit info untuk anda.

Public Private Research Network (PPRN), menyediakan platform kepada industri/perusahaan yang mempunyai isu atau permasalahan teknikal terhadap penambahbaikkan produk atau  proses dalam perusahaannya. PPRN menemukan mereka dengan  pakar/penyelidik dari institusi pendidikan tinggi dan institusi Penyelidikan awam yang berpotensi menyelesaikan isu serta permasalahan tersebut dengan tempoh dan kos yang efektif.

KURSUS PENGURUSAN PERNIAGAAN ANJURAN G3PNS

0

Bertempat di Bilik mesyuarat masjid Annur Tuaran Sabah, kursus yang bertajuk Pengurusan Perniagaan ini telah diadakan pada 09 Disember 2017. Kursus yang berlangsung selama  sehari ini adalah anjuran Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS).

Seramai lebih 30 orang telah menghadiri kursus ini.

Para peserta kursus yang hadir. 

Antara pengisian semasa kursus ialah Pengenalan Pengurusan Perniagaan Berkesan dan Rancangan Perniagaan, Pengurusan Kakitangan, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pemasaran dan Pengurusan Kejurujualan. 


Peserta diberi peluang memperkenalkan produk masing-masing. Bagi yang ada membawa produk, ini masanya untuk memperkenalkan produk. Sebab itu bila anda hendak menghadiri apa-apa kursus atau seminar,  sentiasalah bawa produk bersama.


Di akhir program,  ucapan penutupan dari Timbalan TYPD G3PNS  En.Roslani Bin Abdullah. Seterusnya beliau menyampaiakn sijil penyertaan kepada para peserta.

Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan dari Timbalan TYDP G3PNS. 


Sebelum bersurai. Sesi bergambar bersama beramai-ramai. 

Terima kasih G3PNS atas peluang ini. Mudah-mudahan akan ada lagi program seperti ini di masa akan datang. 


Wednesday, November 22, 2017

TIPS CILI TAHAN LAMA

0

Kali ini admin nak share satu tips untuk anda. Tips Cili Tahan Lama.

Ini adalah jenis cili  yang digunakan dalam penghasilan produk QueYun. Salah satu produk yang menggunakan cili ialah Sambal Tuhau Cili Padi. Cili ini baru dipetik dari ladang. Masih segar dan cantik. Untuk nak bagi Cili ini tahan lama dan masih kelihatan segar, cara penyimpanan memainkan peranan penting.

Admin nak share bagaimana caranya.
Ambil satu bekas kedap udara dan lapiskan dengan tisu. Tisu letaklah beberapa lapis. Kemudian masukkan cili yang sudah dipetik. Pastikan cili tak basah dan tangkainya masih ada ya. Tutup cili tadi dengan tisu dan tutup dengan penutup bekas tadi.

Simpan dalam peti sejuk. Tahan selama satu hingga 3 minggu. Dah nak pakai barulah boleh ambil. Cuci dan buka tangkainya. In Shaa Allah cili tadi masih segar dan cantik kelihatan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ya.


Tuesday, November 21, 2017

TUHAU SUDAH SAMPAI

0

Bila customer message "Tuhau suda sampai" , lega dan gembira rasanya. Boleh senyum sampai ke telinga apabila tahu oder sampai selamat ketangan tuannya. Apa lagi bila customer bagi feedback yang menggembirakan. Bertambah-tambah senyuman yang berbunga-bunga diwajah..😊

Katanya "Siap-siap dah dimasukkan ke dalam bekas"
Terima kasih buat cik adik yang sudi oder Tuhau dengan kami. 

Untuk pengetahuan para pelanggan Serunding Tuhau ini boleh tahan selama enam bulan jika di masukkan ke dalam bekas kedap udara. Rasanya masih rangup dan sedap bila dimakan bersama nasi panas. Juga sedap dimakan bersam bubur panas. Atau pun dimakan begitu sahaja. 


Monday, November 20, 2017

SEGALANYA MUDAH DENGAN SAMBAL TUHAU

0

Ringkas Dan Mudah.
Sambal Tuhau Liking dan Sambal Tuhau Bilis kegemaran customer kali ini.

Segalanya mudah dengan Sambal Tuhau buatan QueYun. 

Feedback dari cik adik pula kali ini. Katanya sebelum pergi kerja, sempat masak nasi goreng dengan Sambal Tuhau.  Ringkas dan Mudah.  Sebagai bekal di pagi Sabtu di tempat kerja.

Terima kasih atas feedbacknya.  Moga akan sentiasa dimurahkan rezeki nanti..😉

MENU PAGI & TENGAHARI DENGAN SAMBAL TUHAU

0

Menu cik akak manis kita yang simple tapi menyelerakan. Sarapan pagi dengan Roti Sambal Tuhau. Untuk menu tengahari pula Kari Ikan Putih dan Ikan Bakar Gerunggung cicah Sambal Tuhau. 

Waaww.. Siap hantar gambar selfie sedang makan. Katanya baru Breakfast dengan Roti Paun Sambal Tuhau. Terima kasih cik akak manis.
"I Tell uollss ..punya sadap"
Roti kosong sapu dengan Sambal Tuhau.

Sampai tersasul-sasul cik akak kita ini dalam message nya... Hehee.. 
Tapi tak apa yang penting cik akak puas hati dengan Sambal Tuhau buatan QueYun.

Hah..Ini pula menu tengahari cik akak kita masak untuk suami dan anak-anak tersayang. Kari Ikan Putih dan Ikan Bakar Gerunggung.  Sambal Tuhau sebagai pencicah Ikan Bakar . Katanya " en. Abang nda pandai makan tuhau. Tapi bila rasa sikit Sambal Tuhau tu, balik-balik pula mau makan"..

Wah!! Terima kasih cik akak manis. Rasa seronok dan gembira bila customer suka dan puas hati dengan produk kita.. Terima kasih sekali lagi..😉😘

GOODIES SAMBAL TUHAU

0

Goodies untuk jemputan VIP program MCMC pada 5 Oktober 2017 yang lalu. Enam jenis produk dari enam Usahawan yang terpilih sebagai Usahawan PI1M 2017.

Salah satunya ialah Sambal Tuhau Udang keluaran QueYun. 

Terima kasih buat MCMC menjadikan produk para Usahawan PI1M sebagai goodie buat para VIP yang dijemput semasa program masa itu.

Antara produk-produk para usahawan yang terpilih.

Wednesday, November 15, 2017

SAMBAL TUHAU LIKING

0

SAMBAL TUHAU LIKING

BAHARU!!! Produk keluaran dari QueYun. Sambal Tuhau Liking. Liking merupakan sejenis Ikan Masin yang popular di Sabah.

Sambal Tuhau Baharu ini adalah antara produk QueYun yang laku laris. Tela mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dari para pelanggan.


Friday, October 20, 2017

PEMENANG USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) 2017

0


Pemenang Usahawan Terbaik PI1M dari Sabah. Pengusaha makanan berasaskan Tuhau.



Nur Ismal Afifi binti Mohd Aris, dinobatkan sebagai pemenang Usahawan Terbaik PI1M Peringkat Nasional.

Pengerusi MCMC, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Halim shafie sedang membuat lawatan ke gerai-gerai para usahawan.

Usahawan dari Sabah ditemubual oleh wartawan TV3.

Para pemenang Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia.

Di bawah admin sertakan siaran akhbar dari FB page MCMC untuk anda baca ya.


Siaran Akhbar: Enam Usahawan Dinobatkan Usahawan Terbaik PI1M 2017

CYBERJAYA, 5 Oktober 2017 --- Enam usahawan terbaik dari enam wilayah hari ini dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) 2017 pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Pusat Internet 1 Malaysia yang berlangsung di Cyberjaya.
Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu bertujuan untuk menghargai pencapaian komuniti dari sekitar PI1M di seluruh negara.
Mazlina binti Mohien yang mengusahakan kek, kuih raya, coklat buatan sendiri dan chocolate bouquet diumumkan sebagai Usahawan Terbaik Wilayah Tengah. Sementara di peringkat Wilayah Utara dan Selatan pula, pemenang-pemenangnya ialah Nur Ismal Afifi binti Md Aris dan Junaidah binti Mohd Tahir. Bagi Nur Ismal Afifi, beliau mengusahakan madu dan produk berasaskan madu kelulut manakala Junaidah pula mengusahakan popia mini udang. Nor Mariani binti Haron yang berkecimpung dalam perusahaan membuat kotak dan beg daripada mengkuang serta songet pula dipilih sebagai pemenang Usahawan Terbaik Wilayah Timur. 

Selain itu, Zulkipli Ibrahim seorang pengusaha minyak wangi berjenama Ibrahim Perfume dipilih sebagai Usahawan Terbaik Sarawak manakala pengusaha makanan berasaskan Tuhau yakni sejenis makanan tradisional masyarakat KadazanDusun, Eriy Binti Dusun, dipilih sebagai Usahawan Terbaik Sabah. Kesemua pemenang tersebut masing-masing menerima wang tunai RM5,000, sebuah piala dan sijil penyertaan.
Daripada keenam-enam usahawan tersebut, Nur Ismal Afifi binti Mohd Aris diumumkan sebagai pemenang Usahawan Terbaik PI1M peringkat kebangsaan. Beliau membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah piala dan sijil penyertaan.  Kategori Usahawan Terbaik PI1M peringkat kebangsaan itu dipilih berdasarkan pemenang dari setiap wilayah yang berentap.

Nur Ismal Afifi, 30, pada mulanya hanya menjual madu kelulut kepada kenalan terdekat dan jumlah pendapatan ketika itu hanya sekitar RM1,000 sebulan. Namun demikian, hidupnya berubah selepas beliau mengambil keputusan untuk belajar di PI1M dan sepanjang tempoh itu, pelbagai kemahiran telah dipelajarinya seperti membina blog dan mewujudkan laman sosial sendiri. Hasil daripada kemahiran yang dipelajari itu, beliau mampu meraih pendapatan sehingga RM8,000 sebulan selain menerima tempahan dari negara luar seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Pertandingan tersebut yang julung kalinya diadakan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai ahli PI1M dan aktif menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya sepanjang tempoh enam bulan selain mempunyai produk perniagaannya sendiri. 

Semenjak kesemua usahawan itu memasar dan mempromosikan produk mereka secara dalam talian seperti Facebook dan YouTube, impaknya cukup ketara apabila purata peratusan pendapatan mereka melonjak empat kali ganda dan memberikan lonjakan kepada sosioekonomi penduduk di luar bandar.
Bagi memastikan usahawan-usahawan tersebut terus kompetitif, MCMC akan terus bekerjasama dengan rakan strategik seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan mengenal pasti saluran yang betul umpamanya latihan bimbingan pensijilan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), kelulusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil Halal JAKIM.
                                                           
TAMAT

Sumber: FB Suruhanjaya Komunikasi Dan  Multimedia  Malaysia.


Wednesday, October 4, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) 2017

0

Alhamdulillah,  pemilik QueYun Enterprise terpilih antara usahawan terbaik Pusat Internet 1Malaysia untuk wilayah Sabah. Program adalah anjuran Malaysia Communication And Multimedia Commission (MCMC).  Penerbangan ke Kuala Lumpur menuju ke MCMC Tower ditetapkan pada 4hb Oktober 2017 untuk sesi raptia bagi acara 5hb nanti.


Berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Bertolak seawal jam 9:50 pagi. Ticket penerbangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh MCMC termasuklah pengankutan dari Lapangan Terbang KLIA ke MCMC Tower. Terima kasih MCMC.


Bersama dengan Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Putera Jaya Telipok, Kota Kinabalu Sabah. Kecil molek orangnya tapi berjiwa besar. Tidak pernah kedekut ilmu. Banyak membantu usahawan yang berdaftar di PI1M di bawah pengurusannya. Pounsikou..Terima kasih Sifu Arbaya Angin kerana curahan ilmu yang tidak terhingga. 

Belajar buat akaun menggunakan excel, buat profile syarikat dan produk menggunakan power point, belajar buat video dan blog. Yang paling best sekali ialah belajar menggunakan photoshop. Boleh lah design sendiri banner, banting dan bisnes kad. Suka suka hati mau design macm mana. Tapi kenalah bagi tengok pada sifu agar dapat ditambah baik mana yang kurang. 
Semua di atas adalah antara yang telah dipelajari di PI1M PuteraJaya Telipok, Kota Kinabalu Sabah. Terima kasih Sifu..😊


Pas untuk visitor 090. Hah!!..tu dia .. yang ni pun diupdate jugak hehee.. 😁😁..


Sesi raptai sedang diadakan. YBHG Dato' Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Komunikasi Dan Ekosistem digital MCMC juga ada datang untuk sesi raptai ini. Raptai dilakukan berulang untuk memastikan program esoknya berjalan lancar. Semoga akan dipermudahkan OlehNYA nanti. 


Siap raptai usawahan dibawa oleh Cik Ann menuju ke tempat bermalam. Para usahawan tinggal di sini. Hotel Shaftsbury Cyberjaya. Penginapan juga ditanggung sepenuhnya oleh MCMC. Hotel ala-ala homestay. Selesa dan nyaman. Terima kasih sekali lagi MCMC.

Untuk acara 5hb admin akan update juga ya. Tungguuu..

Sunday, September 24, 2017

GOODIES SERUNDING TUHAU

0

GOODIES UNTUK JABATAN PERDANA MENTERI.
Goodies dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Cawangan Sabah untuk para Pengarah Sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM pada 26hb hingga 27hb 2017 di Hotel Promenade Kota Kinabalu Sabah. 


Antara produk yang menjadi goodies pilihan ialah Serunding Tuhau,  Kopi Tenom, Keropok Amplang, Udang Kering, Kuih Cincin, Ikan Bilis dan Ikan Masin. Semuanya adalah produk tempatan Sabah. 


Gigih  melaksanakan tugas. Goodies sedang dipacking kemas untuk disediakan  sehari awal program bermula.
Terima kasih kepada pihak Jabatan Perdana Menteri Cawangan Sabah kerana telah memilih Serunding Tuhau keluaran QueYun untuk dihadikan goodies kali ini.

Friday, September 8, 2017

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2017

0

                                                

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2017(HPPNS). Telah pun bermula pada hari ini, 08hb dan akan tamat pada 10hb September. Kali ini dibuat di Dataran Tuaran.

Di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Siapa-siapa yang tinggal berdekatan dengan Tuaran boleh lah datang beramai-ramai ke Tuaran nanti. Sambil berhujung minggu dengan aktiviti  yang telah disediakan.Sambil-sambil juga singgah ke booth-booth jualan usahawan-usahawan dari seluruh Sabah. 

QueYun juga ada di sini. Terlibat dengan program ini. Kali ini QueYun datang ke sini berada di bawah agensi LPP Tuaran. Terima kasih LPP Tuaran kerana memberi peluang untuk QueYun menyertai program ini.


Booth QueYun berada di sini. Gerai Usahawan Industri Asas Tani  (IAT). Dibawah satu bumbung dengan para usahawan yang lain dengan berlainan agensi. Antara agensi yang terlibat ialah LPP, FAMA dan LKIM.


Hah!! Di situ dia booth QueYun.  Kalau nampak banner dan banting kuning dengan logo QueYun sudi-sudi lah singgah ya.  Antara produk yang kami bawa kali ini ialah Jeruk Tuhau,  Serunding Tuhau, Multi Pes Tuhau, Sambal Tuhau dan Bosou Sada. 

Kalau mau test..boleh sahaja. Tesster ada tersedia. Tapi kalau mau beli. Lagi lah boleh. Heheee. Yang penting bawa lah duit lebih untuk korang shoping produk-produk tempatan yang semuanya bestt-bestt belaka. 

Jadi apa lagi. Jom datang ke HPPNS Tuaran. 😉

Tuesday, September 5, 2017

TAMPI BILIS

0

Bukan Tampi Beras  ya. Tapi Tampi Bilis.

Ini sebenarnya salah satu proses awal untuk membuat Sambal Tuhau Bilis. Masih menggunakan cara manual dengan menggunakan alat ini. Penampi atau Nyiru jenis bulat. Atau lebih dikenali sebagai Rilibu dalam bahasa Dusun di Sabah. Biasanya digunakan untuk menampi beras.

Tapi kali ini admin share menampi Bilis pula. Tujuannya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu. Yang dah hancur sangat tu dibuang. Terutama sekali benda bulat yang hitam macam dalam gambar di bawah. 

Nampak tak. Bilis dan yang hancur itu terasing ke depan. Barulah bersih Bilis tu. Kalau mau menggoreng pun tidaklah kuali tu sarat dengan serbuk hancur bilis. Proses menggoreng pun jadi cepat.

 Dan yang penting sekali bersih dari isi perut bilis itu. 

Wednesday, August 23, 2017

KURSUS AGROBAAZAR ONLINE (ABO)

0

Kursus kali ini adalah mengenai Agrobaazar Online (ABO) anjuran FAMA Sabah. Kursus sehari ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia  (PI1M)Putera Jaya Telipok pada 8hb Ogos 2017. 

Para peserta yang hadir. Antara pengisian program ialah Pengenalan business online melalui Portal Agrobaazar,  mencipta banner dan logo. 


Kursus dikendalikan oleh En. Ruzaini dari FAMA Sabah. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Cara penyampaian mudah diserap.

Selesai mencipta logo dan banner, tiba masa sesi mengambil gambar produk. Yang ni part paling best. Seronok boleh ambil gambar ala-ala pro. Hehee.. Peserta diberi peluang untuk ambil gambar produk masing-masing.

Antara peserta a.k.a bakal usahawan berjaya. Masing-masing dengan produk sendiri. Semoga produk akan dapat menembusi pasaran dalam dan luar negara. In Shaa Allah dengan usaha gigih. Pasti boleh..


Geng karas bersama dengan Sifu Photoshop. Sempat lagi ber wefie..

Akhir sekali, sesi bergambar. Gambar gaya bebas dengan wajah-wajah yang ceria dapat menimba ilmu.
Terima kasih kepada pihak FAMA dan PI1M Putera Jaya Telipok atas kerjasama menjayakan kursus untuk kami.

Tuesday, August 22, 2017

SUASANA EXPO SDSI SANDAKAN SABAH

0

Berlangsung di perkarangan Habour Mall sandakan SABAH pada 4hb hingga 6hb Ogos lalu. Expo SDSI, sambutan sangat memberangsangkan. Tahniah buat penganjur yang terlibat atas usaha keras bagi menjayakan Expo kali ini. 

Terima kasih diucapkan buat pihak DIDR kerana memberi peluang kepada QueYun Enterprise untuk menyertai program ini. 

Di sini admin ingin berkongsi dengan korang suasana kemeriahan semasa Expo SDSI yang dibuat secara besar-besaran di Sandakan baru-baru ini.

                                                          

Kunjungang dari Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pembangunan Perindustrian bersama En. Stephen Sampil, Timbalan Pengarah Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan ke booth IKS SSO. Sempat bergambar bersama dengan usahawan di booth tersebut. 


Usahawan Kerepek Pisang dan Inovasi produk berasaskan batang pisang Puan Asmawatie. Salute untuk usahawan ini atas pencapaiannya yang mengkagumkan. 


Suasana hari pertama expo berlangsung. Di awal pagi booth para usawahan dari seluruh Negeri Sabah dikunjungi oleh para pengunjung. 


Meriah dengan kehadiran artis tempatan. Dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Di depan pentas ini ada banyak hasil seni yang dihasilkan oleh para usahawan kraftangan. Semuanya super-super cantik.😍
Tidak sempat ambil gambar lebih dekat lagi pada masa ini.

 
Antara usahawan yang menerima bantuan khas IKS. Tahniah buat para rakan seperjuangan yang layak menerima bantuan.

Booth QueYun dan produk yang dibawa khas untuk warga Sandakan. Terima kasih sekali lagi buat pihak  DIDR yang telah menyediakan booth ini untuk kami.

Buat kali kedua QueYun menyertai expo di Sandakan. Kali pertama di UMS Sandakan.
 Kunjungan tanpa henti dari para pengunjung ke booth QueYun. Terima kasih buat anda yang sangat supportive. Macam-macam gelagat pengunjung. Ada yang mencuba Tuhau buat pertama kalinya. Ada yang memang Hantu Tuhau tapi susah untuk mendapatkannya. Ada juga yang bertanya inginkan info tentang Tuhau. 
Apa-apa pun terima kasih atas sokongan yang diberi.😊


Rakan-rakan seperjuangan. Pakcik dengan produk berasakan Rumpai Laut. Admin suka makan acar rumpai laut pakcik ni. Sedaapp. Sumandak Dusun olumis dengan produk Kuih Lidah Inovasinya. Kuih Lidah Susu adalah yang paling tip-top. Kenapa??..Korang kena rasa sendiri. Kerepek Pisang pelbagai perisa seperi manis, masin, cheese dan pedas. Semuanya thumbs up. Kalau boleh mau dipajak semua..hehee. Kakak gojes dengan Madu Kelulut yang dihasilkan dari ladangnya sendiri. Sihat dalaman, cantik luaran. Makcik comel dengan soto sedapnya. Admin sempat mencubanya waktu sarapan pagi.

Ada banyak lagi produk-produk sebenarnya. Kesemuanya bagus-bagus belaka. Setanding dengan produk yang ada di pasaran. 

Hah!! Yang ini pula super-super besttt... yang ditunggu-tunggu oleh para pengunjung. Antara hadiah yang diberi adalah motosikal, barangan elektrik dan hamper.
Pada yang berjaya mendapat cabutan ini mesti super happy dibuatnya.😊😊