Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Friday, October 20, 2017

PEMENANG USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) 2017

0


Pemenang Usahawan Terbaik PI1M dari Sabah. Pengusaha makanan berasaskan Tuhau.



Nur Ismal Afifi binti Mohd Aris, dinobatkan sebagai pemenang Usahawan Terbaik PI1M Peringkat Nasional.

Pengerusi MCMC, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Halim shafie sedang membuat lawatan ke gerai-gerai para usahawan.

Usahawan dari Sabah ditemubual oleh wartawan TV3.

Para pemenang Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia.

Di bawah admin sertakan siaran akhbar dari FB page MCMC untuk anda baca ya.


Siaran Akhbar: Enam Usahawan Dinobatkan Usahawan Terbaik PI1M 2017

CYBERJAYA, 5 Oktober 2017 --- Enam usahawan terbaik dari enam wilayah hari ini dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) 2017 pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Pusat Internet 1 Malaysia yang berlangsung di Cyberjaya.
Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu bertujuan untuk menghargai pencapaian komuniti dari sekitar PI1M di seluruh negara.
Mazlina binti Mohien yang mengusahakan kek, kuih raya, coklat buatan sendiri dan chocolate bouquet diumumkan sebagai Usahawan Terbaik Wilayah Tengah. Sementara di peringkat Wilayah Utara dan Selatan pula, pemenang-pemenangnya ialah Nur Ismal Afifi binti Md Aris dan Junaidah binti Mohd Tahir. Bagi Nur Ismal Afifi, beliau mengusahakan madu dan produk berasaskan madu kelulut manakala Junaidah pula mengusahakan popia mini udang. Nor Mariani binti Haron yang berkecimpung dalam perusahaan membuat kotak dan beg daripada mengkuang serta songet pula dipilih sebagai pemenang Usahawan Terbaik Wilayah Timur. 

Selain itu, Zulkipli Ibrahim seorang pengusaha minyak wangi berjenama Ibrahim Perfume dipilih sebagai Usahawan Terbaik Sarawak manakala pengusaha makanan berasaskan Tuhau yakni sejenis makanan tradisional masyarakat KadazanDusun, Eriy Binti Dusun, dipilih sebagai Usahawan Terbaik Sabah. Kesemua pemenang tersebut masing-masing menerima wang tunai RM5,000, sebuah piala dan sijil penyertaan.
Daripada keenam-enam usahawan tersebut, Nur Ismal Afifi binti Mohd Aris diumumkan sebagai pemenang Usahawan Terbaik PI1M peringkat kebangsaan. Beliau membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah piala dan sijil penyertaan.  Kategori Usahawan Terbaik PI1M peringkat kebangsaan itu dipilih berdasarkan pemenang dari setiap wilayah yang berentap.

Nur Ismal Afifi, 30, pada mulanya hanya menjual madu kelulut kepada kenalan terdekat dan jumlah pendapatan ketika itu hanya sekitar RM1,000 sebulan. Namun demikian, hidupnya berubah selepas beliau mengambil keputusan untuk belajar di PI1M dan sepanjang tempoh itu, pelbagai kemahiran telah dipelajarinya seperti membina blog dan mewujudkan laman sosial sendiri. Hasil daripada kemahiran yang dipelajari itu, beliau mampu meraih pendapatan sehingga RM8,000 sebulan selain menerima tempahan dari negara luar seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Pertandingan tersebut yang julung kalinya diadakan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai ahli PI1M dan aktif menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya sepanjang tempoh enam bulan selain mempunyai produk perniagaannya sendiri. 

Semenjak kesemua usahawan itu memasar dan mempromosikan produk mereka secara dalam talian seperti Facebook dan YouTube, impaknya cukup ketara apabila purata peratusan pendapatan mereka melonjak empat kali ganda dan memberikan lonjakan kepada sosioekonomi penduduk di luar bandar.
Bagi memastikan usahawan-usahawan tersebut terus kompetitif, MCMC akan terus bekerjasama dengan rakan strategik seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan mengenal pasti saluran yang betul umpamanya latihan bimbingan pensijilan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), kelulusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil Halal JAKIM.
                                                           
TAMAT

Sumber: FB Suruhanjaya Komunikasi Dan  Multimedia  Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0