Wednesday, October 4, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) 2017

0

Alhamdulillah,  pemilik QueYun Enterprise terpilih antara usahawan terbaik Pusat Internet 1Malaysia untuk wilayah Sabah. Program adalah anjuran Malaysia Communication And Multimedia Commission (MCMC).  Penerbangan ke Kuala Lumpur menuju ke MCMC Tower ditetapkan pada 4hb Oktober 2017 untuk sesi raptia bagi acara 5hb nanti.


Berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Bertolak seawal jam 9:50 pagi. Ticket penerbangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh MCMC termasuklah pengankutan dari Lapangan Terbang KLIA ke MCMC Tower. Terima kasih MCMC.


Bersama dengan Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Putera Jaya Telipok, Kota Kinabalu Sabah. Kecil molek orangnya tapi berjiwa besar. Tidak pernah kedekut ilmu. Banyak membantu usahawan yang berdaftar di PI1M di bawah pengurusannya. Pounsikou..Terima kasih Sifu Arbaya Angin kerana curahan ilmu yang tidak terhingga. 

Belajar buat akaun menggunakan excel, buat profile syarikat dan produk menggunakan power point, belajar buat video dan blog. Yang paling best sekali ialah belajar menggunakan photoshop. Boleh lah design sendiri banner, banting dan bisnes kad. Suka suka hati mau design macm mana. Tapi kenalah bagi tengok pada sifu agar dapat ditambah baik mana yang kurang. 
Semua di atas adalah antara yang telah dipelajari di PI1M PuteraJaya Telipok, Kota Kinabalu Sabah. Terima kasih Sifu..😊


Pas untuk visitor 090. Hah!!..tu dia .. yang ni pun diupdate jugak hehee.. 😁😁..


Sesi raptai sedang diadakan. YBHG Dato' Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Komunikasi Dan Ekosistem digital MCMC juga ada datang untuk sesi raptai ini. Raptai dilakukan berulang untuk memastikan program esoknya berjalan lancar. Semoga akan dipermudahkan OlehNYA nanti. 


Siap raptai usawahan dibawa oleh Cik Ann menuju ke tempat bermalam. Para usahawan tinggal di sini. Hotel Shaftsbury Cyberjaya. Penginapan juga ditanggung sepenuhnya oleh MCMC. Hotel ala-ala homestay. Selesa dan nyaman. Terima kasih sekali lagi MCMC.

Untuk acara 5hb admin akan update juga ya. Tungguuu..

Related Posts:

  • SANTAI DI PUSAT REKREASI TAGAL KIULU TAMPARULI Pameran Jualan di Kiulu. Santai-santai kali ini. QueYun menyertai pameran jualan bersama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran. Bertempat di kawasan Pusat Rekreasi Sungai Tagal, Kampung Poturidong, Kiulu Tamparul… Read More
  • FOTOGRAFI Kelas Fotografi, pelajaran pertama untuk Latihan Asas Keusahawanan Pi1M Taman Putera Jaya Telipok. Kelas Fotografi ini diajar oleh Pengurus Pi1M Putera Jaya, Cik Arbaya Angin. Para peserta diajar bagaimana cara mengambil ga… Read More
  • PACKAGING RINGAN DAN MUDAH DIBAWASambal Tuhau kini  dengan packing terbaru dari QueYun TUHAU. Berat Bersih sambal masih tetap dikekalkan iaitu 200gm. Kini QueYun Sambal Tuhau; ☆Lebih ringan ☆Mudah dibawa kemana-mana ☆Jimat ruang shoppi… Read More
  • GAYA SQUARE KOTA KINABALU SABAH Team QueYun berada di sini. Gaya Square Kota Kinabalu pada setiap ahad. Tamu hujung minggu yang sentiasa dipenuhi oleh para pengunjung tidak kira usia dan bangsa. Antara lokasi yang harus dikunjungi jika anda datang ke Kota … Read More
  • LA MAMA THE PLOT BY APADANA AGRO.Produk QueYun kini ada di kedai LA MAMA, THE PLOT BY APADANA AGRO @ LAMAN JENTERA, MALAYSIAN AGRO EXPOSITION PARKS SERDANG ( MAEPS), SERDANG SELANGOR. Peminat makanan TUHAU !! Mari datang berkunjung ke sini. Jom singgah dan … Read More

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0