Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Wednesday, July 20, 2016

MULTI PES TUHAU SESUAI UNTUK RESEPI IKAN

0

Ramai yang bertanya macam mana nak guna Pes Tuhau ni. Kali ini admin nak tunjuk satu resepi macam mana penggunaanya. Mari admin tunjukkan..Cara menyiapkan resepi yang paling mudah dan sedap macam pic di bawah ni...




Admin gunakan Multi Pes Tuhau untuk resepi ikan untuk hari ini. Ikan yang digunakan ialah ikan Siakap. Biasanya orang di Sabah panggil ia ikan Selunsung. Ikan ini adalah ikan pancing admin dapat tengahari tadi. Segar dari laut gitu.. 🤗

Bahan-bahan:
Ikan Siakap
Cili kering besar segengam
3 sudu Multi Pes Tuhau
1 Kiub adabi

Cara-cara:
Ikan disiang dan dibersihkan. Cuci dengan sedikit garam untuk buang hanyirnya. Cili kering di kisar bersama kiub adabi dan dengan sedikit air. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan Multi Pes Tuhau. Biarkan mendidih seketika. Masukkan ikan Siakap a.k.a Selunsung. Tutup kuali. Gunakan api yang kecil agar ikan tadi tak hancur. Apabila ikan dah masak bolehlah dihidangkan. Mudahkan..



Sesuai untuk hidangan sekeluarga. Sedap dimakan bersama nasi panas..



Bagi yang nak mencubanya, selamat mencuba resepi yang super senang ini. #JomTryTest... Multi Pes Tuhau
posted from Bloggeroid

Monday, July 4, 2016

PROGRAM SUPPLY CHAIN AND SERVICES OUTSTANDING(SSO)

0

Program anjuran Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan(DIDR) Sabah ini berlangsung pada 1 Julai 2016 yang lalu. Bertempat di Wisma Tun Fuad Stephens,Karamunsing.

Program ini adalah bertujuan untuk membantu usahawan bagi memasarkan produk di pasaran tempatan dan juga luar negeri. Admin merasa bertuah kerana syarikat QueYun Enterprise telah terpilih untuk menyertai ptogram ini buat kali pertamanya.



Terima kasih DIDR kerana telah menjemput kami. Usaha pihak DIDR ini sangat membantu usahawan seperti kami yang baru bertapak di dunia keusahawanan.



Sample produk dari Queyun. Admin bawa yang ini saja. Serunding Tuhau, Sambal Tuhau Cili Padi, Sambal Tuhau Bilis, Jeruk Tuhau Pedas dan Multi Pes Tuhau. Tujuan produk dibawa adalah untuk dinilai oleh para penilai yang datang semasa program berlangsung.



Ada ramai usahawan yang datang masa itu. Datang dengan produk masing-masing. Ketika ini para usahawan datang bertemu dengan penilai untuk memberi sedikit penerangan terhadap produk masing-masing.

Moga usaha pihak DIDR ini dapat membantu para usahawan untuk terus maju kehadapan lagi. Terima kasih DIDR.
posted from Bloggeroid

Sunday, July 3, 2016

SELAMAT HARI RAYA 2016

2

Selamat Hari Raya 2016 dari kami QueYun Enterprise. Kami memohon maaf sekiranya ada kesilapan serta kekurangan dari kami. Kepada agen dan pelanggan, terima kasih atas sokongan yang anda berikan.

Untuk makluman semua, QueYun Enterprise akan bercuti sempena hari raya yang akan menjelang tiba. Tempahan akan dikirimkan selepas hari raya nanti. Bagi yang telah sedia buat oder, harap bersabar ya.



Pada yang balik ke kampung halaman, berhati-hati sepanjang perjalanan. Moga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Orang kata biar lambat asal selamat. Selamat sampai semua pun happy!!..Selamat hari raya buat semua 😊

posted from Bloggeroid

Friday, June 24, 2016

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) PUTERA JAYA TELIPOK

0

Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Putera Jaya Telipok

Di sini lah selalunya admin selalu berada untuk update blog, buat design sticker, banner dan banting. Bila ada saja masa terluang, admin akan berkunjung ke sini. Suasana yang tenang dan selesa buatkan kita enjoy menggunakan kemudahan internet di sini

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Putera Jaya Telipok, Sabah banyak membantu dari segi pemasaran secara online. Staf PI1M banyak memberi tunjuk dan nasihat bagaimana teknik pemasaran produk dengan cara yang lebih efektif di alam maya.

Admin lebih menggunakan blog sebagai medium pemasaran secara online. Melalui blog, entry –entry terbaru akan admin kongsikan ke Google plus dan juga Facebook. Alhamdulillah, melalui penggunaan blog ini, permintaan pelanggan meningkat dan agen juga semakin bertambah. Terima kasih kepada anda yang sudi menjadi agen produk keluaran QueYun.

Label produk Jeruk Tuhau Pedas

Dari segi label produk pula, admin banyak belajar bagaimana membuat reka label yang lebih cantik dan kelihatan  menarik. Label yang menarik boleh mempengaruhi hasil jualan. Pengalaman admin sendiri semasa karnival di SINI, produk tuhau yang menggunakan label menarik lebih cepat laris berbanding dengan produk label hitam putih. Label lama yang digunakan sebelum ini.

Dengan bimbingan Cik Arbaya Az Pengurus PI1M Putera Jaya, admin kini boleh membuat design sticker produk sendiri menggunakan pgotoshop. Bagi admin ianya sangat membantu dari segi costing, sebab tidak perlu lagi nak minta design dikedai. Selain jimat kos kita sendiri boleh edit design jika rasa-rasanya ada yang hendak diubah. 

Bukan sticker sahaja, banner dan banting juga admin belajar buat. Bagi admin yang memang tak tahu apa-apa tentang grafik, ianya memang sukar. Boleh stress dibuatnya jika kesabaran itu tiada. Tapi keinginan belajar itu tinggi membuatkan diri terus belajar dan belajar. Walaubagaiman pun masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan mutu hasil perlu ditingkatkan lagi.

Banting QueYun TUHAU
Menggunakan kemudahan yang ada ini sangat banyak membantu perjalanan perniagaan Syarikat. Impaknya yang sangat positif buat admin terus menggunakan kemudahan internet di sini. Terima kasih PI1M Putera Jaya Telipok.




Friday, June 17, 2016

PENERANGAN PRODUK TUHAU

1

Ada empat jenis produk keluaran QueYun iaitu :
  1. SERUNDING TUHAU
  2. SAMBAL TUHAU
  3. JERUK TUHAU
  4. MULTI PES TUHAU

1) Serunding Tuhau adalah bahagian batang tuhau yang lembut dihiris nipis secara memanjang dan digoreng sehingga kering. Bahan-bahan campuran lain seperti bilis,lada putih, kacang tanah dan bawang juga digoreng. Kesemua bahan-bahan tadi digaul bersama dan ditambah dengan garam dan gula sebagai perisa. Serunding Tuhau ini sedap dimakan begitu sahaja seperti kudapan dan sedap dimakan dengan nasi.

SERUNDING TUHAU SEDAP, SERUNDING TUHAU SABAH, SERUNDING TUHAU QUEYUN, SABAH TUHAU
SERUNDING TUHAU BILIS

2) Sambal Tuhau didatangkan dengan tiga jenis perasa iaitu Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Cili Padi. Ketiga-tiga jenis sambal ini dicampurkan dengan tuhau yang dikisar. Sambal Tuhau ini boleh dimakan terus bersama dengan nasi panas atau sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan. Ia juga  boleh dijadikan sebagai pencicah makanan. Tambahkan air jika mahukan sambal sedikit cair.


SAMBAL TUHAU BILIS QUEYUN, SAMBAL TUHAU SEDAP
SAMBAL TUHAU BILIS
SAMBAL TUHAU CILI PADI
SAMBAL TUHAU UDANG

3) Jeruk Tuhau ialah batang Tuhau lembut yang dipotong atau dicincang kecil dan dijadikan jeruk. Jeruk Tuhau ini didatangkan dengan dua perisa iaitu Asamboi dan Pedas. Bagi perisa Pedas bahan tambahan adalah cili merah manakala bagi Asamboi pula bahan tambahannya ialah asamboi. Jeruk Tuhau pedas sesuai dimakan bersama ikan goreng, ikan masin dan ayam bakar. Manakala Jeruk Tuhau Asm Boi pula sedap dimakan begitu saja atau pun dijadikan sebagai kerabu.


JERUK TUHAU ASAM BOI

JERUK TUHAU PEDAS

4) Multi Pes Tuhau ialah batang Tuhau yang dikisar bersama halia dan bawang putih. Multi Pes Tuhau ini boleh dimakan dengan pelbagai cara. Ia enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama dengan makanan kegemaran anda. Boleh juga ditumis bersama sayur, ayam, ikan atau daging. Gabunagn tiga jenis herba dalam pes ini baik untuk kesihatan seperti membuang angin.

MULTI PES TUHAU


Thursday, June 9, 2016

QueYun TUHAU @ GOLDEN LAKE TOPOKON, TAMPARULI, SABAH

0

Bagi kaki pancing tentu tahu tempat ini, Golden Lake Topokon. QueYun TUHAU ada di sini. Antara produk yang ada ialah Jeruk Tuhau Pedas dan juga Serunding Tuhau Bilis. Para kaki pancing bolehlah Try..Test..produk kami. Sambil menungu mata kail disentap si ikan keli, sambil juga menikmati produk kami.


Kolam memancing, Golden Lake Topokon
Bagi yang belum pernah datang di Golden Lake Topokon dan ingin datang ke sini boleh ikuti Facebook mereka di sini. Game memancing sentiasa diadakan di sini dengan tawaran hadiah yang super menarik.

QueYun TUHAU @ Golden Lake Topokom
Boleh cari produk kami di bahagian kaunter astaka. Makan dengan nasi yang juga ada dijual di sini pasti menyelerakan.

Serunding Tuhau Bilis & Jeruk Tuhau Pedas

Tuesday, June 7, 2016

SEMINAR USAHAWAN ONLINE (ONE) ANJURAN SSM DI RIVERSON KOTA KINABALU

0

Seminar usahawan online (ONE) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) ini diadakan di Riveron Kota Kinabalu, SABAH. Berlangsung selama dua hari iaitu pada 21 hingga 22 MEI 2016 dan masuk secara percuma.


Seminar ini sangat meanrik bagi admin. Dalam seminar ini, artis usahawan kita Elfira Roy dan Farish Aziz berkongsi bagaimana untuk menjadi usahawan secara online. Selain itu Pengasasa Aura Seri, Datin Ira Ghani dan Pengasas Zarra Sinar Puteri,  Datin Zamzarina Zambri juga ada bekongsi kisah kejayaan mereka. 

ONE SSM, SEMINAR ONLINE, SSM

Bersama dengan Ketua Komunikasi Koprat SSM, Shahren Yusri..

Bagi yang ada mengikuti seminar ini pasti inginkan lagi program ini diadakan di Sabah. Selain suasana program yang santai, banyak info dan maklumat yang diperolehi melalui program ini dengan jemputan panel dari Bank Rakyat, PNS dan MyIPO. 

Yang bestnya peserta diberikan sijil penyertaan dan mendapat kelebihan seperti mendapat tawaran percuma untuk seminar SSM, diskaun untuk booth jualan dan kad diskaun pengguna. Bestt kan..!!


 Program Seminar ONE SSM


Gambar kenangan bersama pengasas produk kecantikan 
Aura Seri Datin Ira Ghani

Friday, May 13, 2016

PERIA MASAK SAMBAL TUHAU BILIS

0



PERIA MASAK SAMBAL TUHAU BILIS

Resepi perkongsian dari pelanggan QueYun TUHAU, Peria Masak Sambal Tuhau Bilis. Kiranya dia adalah pelanggan setia dan merupakan peminat tegar makanan berasaskan TUHAU.

Kalau memang peminat tuhau macam-macam resepi pun boleh buat. Admin pun belum pernah cuba resepi ini. Nampak sedap dan menyelerakan. Resepinya boleh tengok di bawah ini.

Bahan-bahan:
Peria
Bawang putih
Cili besar
Sambal Tuhau Bilis 


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan SAMBAL TUHAU BILIS. Tumis sekejap hingga naik bau.
  4. Masukkan sayur peria yang sudah dipotong-potong.
  5. Masukkan cili merah besar.
  6. Gaul sebati hingga masak.

Tidak perlu tambahkan garam atau bahan perasa, Sambal Tuhau Bilis dah bagi rasa yang sedap dalam masakan. Selamat mencuba kepada semua dan terima kasih pada pelanggan setia kami yang sudi berkongsi resepi. JOM TRY TEST...!!!

SERUNDING TUHAU BILIS QueYun @ ANJUNG RASA PUTERA JAYA TELIPOK

0

SERUNDING TUHAU BILIS, TUHAU SABAH, TUHAU BORNEO, TUHAU QUEYUN
ANJUNG RASA PUTERA JAYA TELIPOK, SABAH
Bagi yang tinggal di kawasan Putera Jaya Telipok, boleh mendapatkan Serunding Tuhau Bilis di Restoran Anjung Rasa. Tempatnya sebaris dengan Supermarket Gaint. Kalau dilihat dalam gambar di atas, restorannya berada dihujung sana. Tempatnya mudah saja dicari sebab ia betul-betul bersebelahan dengan kedai ONE STOP.

Bagi yang belum mencuba Serunding Tuhau Bilis QueYun, jom datang ke Restoran Anjung Rasa, Putera Jaya Telipok. Restorannya dibuka seawal 6 pagi.

SEUNDING TUHAU BILIS, TUHAU QUEYUN
SERUNDING TUHAU BILIS
Boleh dapatkan Serunding Tuhau Bilis dekat dengan bahagian kaunter pembayaran. Yang singgah makan di restoran ini bolehlah jenguk-jenguk atau tanya cik adik yang datang melayan anda. Layanan mereka baik-baik belaka..(^^)

RESTORAN ANJUNG RASA, SERUNDING TUHAU, TUHAU QUEYUN
MENU
Sambil-sambil itu, bolehlah tengok-tengok menu yang terdapat di sana. Ada pelbagai menu yang tersedai. Lau pauk..kuih muih..Sedap..enak dan terbaik..

Friday, May 6, 2016

SAMBAL TUHAU BILIS

2


SAMBAL TUHAU BILIS

Atas permintaan pelanggan setia, QueYun TUHAU mengeluarkan satu lagi resepi baru iaitu Sambal Tuhau Bilis. Ianya sedap dimakan bersama nasi panas atau boleh juga jadi bahan tambahan dalam resepi kegemaran anda. Nak tau rasanya kena cuba dulu. 

Seperti Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis juga sesuai dicampurkan dalam nasi goreng, mee goreng dan sebagai campuran resepi sambal anda.


SAMBAL TUHAU BILIS

Bagi yang belum mencuba Sambal Tuhau Bilis keluaran QueYun TUHAU, Jom cuba keunikan rasa Sambal Tuhau ini. 

SAMBAL TUHAU BILIS, TUHAU BILIS, TUHAU SABAH, QUEYUN TUHAU
feedback; SAMBAL TUHAU BILIS
Pelanggan dari Tanjung Malim, Perak. Terima kasih kerana sudi mencuba produk kami.


Saturday, April 30, 2016

SAMBAL TUHAU CILI PADI

0

SAMBAL TUHAU CILI PADI

Sambal Tuhau Cili Padi, produk terbaru dari QueYun TUHAU. Produk ini terhasil adalah kerana atas permintaan dari pelanggan yang inginkan sambal yang pedas kaw-kaw.. 

Bagi yang inginkan rasa pedas yang lebih bolehlah mencuba Sambal Tuhau Cili Padi ini. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai pencicah makanan. Makan dengan ikan goreng dan ikan bakar memang satu kombinasi yang terbaaiiikkk. 




KURSUS KEUSAHAWANAN PEMASARAN AGROMAKANAN SECARA ONLINE

0

Kursus Keusahawanan Pemasaran Agromakanan Secara Online anjuran FAMA. Program ini berlangsung selama dua hari pada 25 - 26 April 2016. Bertempat di Hotel Soluxe Putatan, Sabah.

KURSUS KEUSAHAWANAN PEMASARAN AGROMAKANAN SECARA ONLINE

Ramai peserta yang datang mengikuti program ini. Memang tidak rugi bagi sesiapa yang datang menyertai kursus dua hari ini. Banyak ilmu baru yang sangat-sangat memberi manfaat buat para usahawan. Antara yang best ialah para usahawan diberikan Tools marketing online yang terbaik. menarik, mudah, mengujakan dan rasa tidak sabar untuk mempraktikannya. Terima kasih Uncle Zin.


AgroBazaar Online

Uncle zin, antara penceramah yang memberi penerangan bagaimana AgroBazaar sebagai platform
para usahawan mempromosikan produk secara online.

Walaupun cuma dua hari tapi input yang diberi memang terbaik!!
Tahniah dan terima kasih kepada pihak FAMA kerana menjemput QueYun Enteprise untuk turut serta dalam program yang hebat ini.


Thursday, April 21, 2016

KURSUS PEMASARAN SECARA ATAS TALIAN ANJURAN MITI, MYNIC & DIDR

0

Menghadiri Program Latihan Pemasaran Secara Atas Talian yang dikelola oleh agensi kerajaan iaitu Jabatan Pembangunan & Penyelidikan Perindustrian (DIDR), MITI dan MYNIC pada 14hb April 2016 bertempat di SKY Hotel Kota Kinabalu. Peserta program ini diajar bagaimana aplikasi WordPress dapat membantu usahawan-usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

KURSUS PROGRAM TRANSFORMASI DAN GLOBALISASI ANJURAN PERDASAMA

0


Program Transformasi dan Globalisasi Bumiputera Dalam Industri Halal
PROGRAM TRANSFORMASI dan GLOBALISASI ini adalah program anjuran PERDASAMA. Program ini berlansung selama dua hari. Bertempat di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu pada 13-14 April 2016 yang lalu. Dengan kerjasama bersama MITI, INSKEN, JAKIM, HDC  dan  KKM. 

Program ini banyak memberikan input kepada peserta teutama sekali bagi yang baru mengorak langkah dalam bidang perniagaan. 

Dalam program ini, peserta kursus diberikan penerangan yang terperinci bagaimana untuk mendapatkan Pensijilan Halal untuk syarikat dan juga bagaimana membina jenama sekaligus dapat menerokai pasaran antarabangsa. Terima kasih kepada pihak PERDASAMA kerana menganjurkan program seperti ini. Diharap akan ada lagi program yang menyusul di masa akan datang.


Sempat bergambar dengan peserta kursus yang lain. Bertuah berkenalan dengan mereka. Banyak ilmu yang admin dapat hasil perkongsian dari mereka. Mereka merupakan usahawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang masing-masing.

Monday, April 11, 2016

SAMBAL TUHAU UDANG

0

SAMBAL TUHAU, TUHAU, SAMBAL TUHAU SABAH, SAMBAL TUHAU SEDAP
SAMBAL TUHAU UDANG

SAMBAL TUHAU UDANG  tumis. Rasanya pedas, manis dan masam. Gabungan tiga rasa ini pasti membangkit selera. Sesuai dijadikan campuran dalam nasi goreng, mihun goreng atau sebagi pencicah makanan.  

Juga sesuai untuk untuk resepi sambal anda seperti sambal udang, sotong dan ikan. Boleh ditambahkan air jika mahu. Ianya memudahkan dan menjmatkan masa dalam penyediaan makanan seisi keluarga.



SAMBAL TUHAU UDANG
Sambal Tuhau, pedas..manis..masam...Nak cuba boleh hubungi kami terus di SINI


Komen dari pelanggan... Alhamdulillah...Terima kasih atas komennya.. (^^)


Friday, April 8, 2016

MULTI PES TUHAU

0

MULTI PES TUHAU pelbagai guna

Multi Pes Tuhau dengan gabungan dua lagi jenis tumbuhan  herba iaitu halia dan bawang putih. Sangat sesuai digunakan untuk  pelbagai jenis masakan.  

Boleh jadikan sebagai bahan campuran dalam masakan seperti sup, ikan, udang atau sebagai bahan perap. Ia juga sesuai sebagai pencicah makanan. Kalau sukakan rasa pedas boleh tambahkan cili.


MULTI PES TUHAU  +  HALIA + BAWANG PUTIH


Mangga + Multi Pes Tuhau

Mangga muda dengan pes tuhau. Campurkan sedikit cili merah untuk rasa pedas. 

KOMEN DARI PELANGGAN

0




Komen dari customer dari Beluran Sandakan, SABAH yang oder produk tuhau dari kami. Terima kasih banyak-banyak atas komen. Alhamdulillah komen yang positif.  Jika ada kekurangan pihak kami akan cuba perbaiki.





Yang ini pula dari Tuaran, SABAH. Produk yang dibeli ialah Multi Pes Tuhau. Siap bagi resepi lagi. Sup Ikan Pes Tuhau. Ringkas tapi menyelerakan dengan tambahan buah mangga muda dalam sup. Ditambahkan lagi dengan pes tuhau menaikkan aroma tuhau yang membangkit selera. 

JOM TRY TEST... (^^)..

Monday, April 4, 2016

PI1M PUTERA JAYA, TELIPOK, SABAH DATANG MEMBERI SOKONGAN

0

Terima Kasih kepada staf-staf Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Putera Jaya, Telipok, Sabah kerana datang memberikan sokongan kepada QueYun TUHAU semasa karnival jualan produk Sabah anjuran FAMA baru-baru ini. Gembira dan terharu dengan kedatang mereka.

Kejutan pertama, kedatangan  gadis comel staf PI1M Putera Jaya, Telipok Aida Natasha ke booth QueYun TUHAU. Tidak sangka sebenarnya sebab admin tidak diberitahunya untuk datang. Apapun terima kasih kerana kesudian menjenguk. Cuma sayang, tidak sempat ambil gambar bersama ketika itu.

Hari ketiga karnival berlangsung, Pengurus PI1M Putera Jaya, Cik Arbaya Angin pula datang menjenguk. Beliaulah yang banyak memberikan tunjuk ajar dari segi reka bentuk label produk menggunakan photoshop, pengurusan kewangan menggunakan Microsof Excel, membuat profile Syarikat dan produk menggunakan Power point. Blog tuhauqueyun ini juga adalah hasil bimbingan dan tunjuk ajar dari beliau.

Tunjuk ajar dari seorang SIFU
Bila hati ikhlas membantu, Tidak kira tempat tetap memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga pandangan. Orangnya kecil molek sahaja tapi berjiwa besar dan tidak kedekut ilmu.  Segala ilmu yang ada dicurahkan untuk membantu usahawan untuk lebih maju lagi ke hadapan. 




Dari kiri, gambar bersama dengan Lan wakil pengusaha prduk sejukbeku dari Tuaran, Kak Asmawati pengusaha kerepek pisang dari Telipok Ria dan Pengurus PI1M Putera Jaya Telipok Cik Arbaya Angin.

Terima kasih sekali lagi kerana sokongan kedua-dua staf dari PI1M Putera Jaya, Telipok terhadap QueYun TUHAU.

Monday, March 28, 2016

POKOK TUHAU

3

Bagi yang belum pernah melihat pokok TUHAU, macam inilah rupa bentuknya. "Tuhau" adalah sebutan dalam bahasa Kadazan Dusun. Ada juga yang memanggilnya sebagai "Terivad" .Nama saintifiknya menurut Wikipedia ialah E. Coccinea. Dalam bahasa Iban tumbuhan herba ini dikenali sebagai "Upak Kecalak" juga dipanggil "Tepus". 



Pokok Tuhau
Pokok tuhau biasanya akan tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Kalau mahukan tuhau yang muda dan lembut, ambil anak pokok tuhau yang masih kecil-kecil. Jangan cabut pokok tuhau yang sudah agak tinggi sebab batang dan umbutnya keras. Maksudnya pokoknya sudah tua dan tidak boleh dimakan.

TUHAU, JERUK TUHAU
UMBUT POKOK TUHAU
Gambar di atas ini ialah bahagian umbut tuhau. Bahagian ini sedap jika dicampurkan dalam masakan "Ayam Masak Kicap", dalam sup ikan dan yang paling terbaik ialah dijadikan sebagai jeruk. Campur dengan cili, cuka atau limau, sedikit garam dan gula. Maka jadilah ia sebagai pembuka selera yang menyelerakan. Selain umbutnya, bahagian batang pokok tuhau juga boleh dimakan. Kopek kulitnya untuk mendapatkan batang tuhau yang lembut.


TUHAU, JERUK TUHAU
DAUN POKOK TUHAU
Yang ini pula bahagian pucuk pokok tuhau. Tumbuhan ini tumbuh seperti halia dan juga lengkuas. Ia mempunyai bau yang agak kuat seperti bau serangga "Pesisang". Sesetengah orang tidak sukakan makanan tradisional yang popular di Sabah ini kerana baunya. Tapi bagi peminat tuhau, lagi kaut baunya lagi ia mengangkat selera makan.

JERUK TUHAU, TUHAU

Pokoknya rendah sahaja sebab pokok tuhau yang diambil ini adalah yang masih muda. Tumbuhan herba ini tidak tumbuh berkelompok. Ia akan tumbuh jauh-jauh dari induknya. Hanya pokok tuhau yang muda sahaja yang sesuai untuk dimakan. 

Untuk pengetahuan pembaca, pokok tuhau ini juga mempunyai bunga seperti bunga kanatan dan juga berbuah. Admin akan kongsikan gambar bunga dan buah tuhau di entry yang lain.