Friday, May 13, 2016

PERIA MASAK SAMBAL TUHAU BILIS

0



PERIA MASAK SAMBAL TUHAU BILIS

Resepi perkongsian dari pelanggan QueYun TUHAU, Peria Masak Sambal Tuhau Bilis. Kiranya dia adalah pelanggan setia dan merupakan peminat tegar makanan berasaskan TUHAU.

Kalau memang peminat tuhau macam-macam resepi pun boleh buat. Admin pun belum pernah cuba resepi ini. Nampak sedap dan menyelerakan. Resepinya boleh tengok di bawah ini.

Bahan-bahan:
Peria
Bawang putih
Cili besar
Sambal Tuhau Bilis 


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan SAMBAL TUHAU BILIS. Tumis sekejap hingga naik bau.
  4. Masukkan sayur peria yang sudah dipotong-potong.
  5. Masukkan cili merah besar.
  6. Gaul sebati hingga masak.

Tidak perlu tambahkan garam atau bahan perasa, Sambal Tuhau Bilis dah bagi rasa yang sedap dalam masakan. Selamat mencuba kepada semua dan terima kasih pada pelanggan setia kami yang sudi berkongsi resepi. JOM TRY TEST...!!!

Related Posts:

  • SAMBAL TUHAU BILIS SAMBAL TUHAU BILIS Atas permintaan pelanggan setia, QueYun TUHAU mengeluarkan satu lagi resepi baru iaitu Sambal Tuhau Bilis. Ianya sedap dimakan bersama nasi panas atau boleh juga jadi bahan tambahan dalam resepi keg… Read More
  • NASI GORENG TUHAU VERSI SABAH NASI GORENG TUHAU. Versi Sabah NASI GORENG TUHAU, resepi pagi Kak Da dari Kelantan. Sedap dan menyelerakan sebagai santapan pagi. Bahan-bahan NASI GORENG TUHAU Ini adalah antara bahan-bahan yang digunakan oleh… Read More
  • DUA TAPAU NASI HABISCOD Sambal Tuhau sabtu lalu. Oder customer dari Sembulan KK.  Nakkan Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Cili Padi.  Walaupun cuma dua saja kami tetap hantarkan.  Cuaca ketika itu sangatlah hot-hot. Makeup p… Read More
  • AMBUYAT TEPUNG SAGU RUMBIA DAN SAMBAL TUHAUAmbuyat dibuat dari tepung Sagu Rumbia. Merupakan salah satu makanan yang popular dikalangan orang Sabah. Selalunya dimakan bersama kuah ikan.Tapi cik akak ini buat satu kelainan. Ambuyat dimakan bersama dengan Sambal Tuhau k… Read More
  • SAMBAL TUHAU PACKING KILOPerjalanan menuju ke Kula Lumpur hari ini. Request  dari pelanggan. 20 kilo Sambal Tuhau di packing dalam berat sekilo-sekilo. Parcel dikirim menggunakan Pos Laju mengikut permintaan pelanggan. Biasanya akan sampai dalam… Read More

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0