Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
|
NASI GORENG TUHAU. Versi Sabah |
NASI GORENG TUHAU, resepi pagi Kak Da dari Kelantan. Sedap dan menyelerakan sebagai santapan pagi.
|
Bahan-bahan NASI GORENG TUHAU |
Ini adalah antara bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Da. Udang, Bilis, Syur kubis, Cili, Telur Bawang, Ikan Masin.. Bahan-bahannya simple sahaja. Tapi hasilnya cukup menyelerakan dengan gabungan Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluran QueYun.
|
Nasi Goreng |
Dan ini lah dia...Hasil air tangan Kak Da yang sememangnya pandai mengolah resepi. ..Yumm..Yummy..membuatkan orang terliur..(^_~).
Bagi yang belum mencuba Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluaran QueYun, bolehlah dapatkan sekarang..
KREDIT PIC:
Kak Da
|
Rumah Pengakap Kota Kinabalu, SABAH |
SAMBUTAN 59th WORLD JAMBORIE-ON-THE AIR (JOTA) & WORLD JAMBORIE-ON-THE-INTERNET(JOTI)
Berlansung pada 14hb hingga 16hb Ogos 2016. Bertempat di Rumah Pengakap Sembulan, Kota Kinabalu. Sabah merupakan Stesen Induk bagi Malaysia. Tahniah..
|
Booth pameran |
Kami dijemput untuk mengadakan pameran jualan booth sempena Sambutan 59th World Jamborie-On-The-Air (JOTA) dan World Jamborie-On-The_Internet (JOTI).
|
Testing Sambal Tuhau..(^^) |
Adik-adik pengakap berpeluang untuk merasa produk keluaran QueYun iaitu Sambal Tuhau juga Jeruk Tuhau. Ada juga adik-adik yang tak tahu apa itu TUHAU dan belum pernah merasa makanan ini. Adanya pameran ini mereka berpeluang mencuba sendiri makanan tradisional yang popular di Sabah ini.
|
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah
(Multimedia Dan Komunikasi)
Muhammad Firdaus Joseph Joseph Abdullah
|
Bersama dengan Muhammad Firdaus Joseph Abdullah, yang telah memberi peluang kepada kami membuka booth pameran sepanjang program berlansung. Terima kasih kami ucapkan atas jemputan.
Ada empat jenis produk keluaran QueYun iaitu :
- SERUNDING TUHAU
- SAMBAL TUHAU
- JERUK TUHAU
- MULTI PES TUHAU
1) Serunding Tuhau adalah bahagian batang tuhau yang lembut dihiris nipis secara memanjang dan digoreng sehingga kering. Bahan-bahan campuran lain seperti bilis,lada putih, kacang tanah dan bawang juga digoreng. Kesemua bahan-bahan tadi digaul bersama dan ditambah dengan garam dan gula sebagai perisa. Serunding Tuhau ini sedap dimakan begitu sahaja seperti kudapan dan sedap dimakan dengan nasi.
|
SERUNDING TUHAU BILIS |
2) Sambal Tuhau didatangkan dengan tiga jenis perasa iaitu Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Cili Padi. Ketiga-tiga jenis sambal ini dicampurkan dengan tuhau yang dikisar. Sambal Tuhau ini boleh dimakan terus bersama dengan nasi panas atau sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pencicah makanan. Tambahkan air jika mahukan sambal sedikit cair.
|
SAMBAL TUHAU BILIS |
|
SAMBAL TUHAU CILI PADI |
|
SAMBAL TUHAU UDANG |
3) Jeruk Tuhau ialah batang Tuhau lembut yang dipotong atau dicincang kecil dan dijadikan jeruk. Jeruk Tuhau ini didatangkan dengan dua perisa iaitu Asamboi dan Pedas. Bagi perisa Pedas bahan tambahan adalah cili merah manakala bagi Asamboi pula bahan tambahannya ialah asamboi. Jeruk Tuhau pedas sesuai dimakan bersama ikan goreng, ikan masin dan ayam bakar. Manakala Jeruk Tuhau Asm Boi pula sedap dimakan begitu saja atau pun dijadikan sebagai kerabu.
|
JERUK TUHAU ASAM BOI |
|
JERUK TUHAU PEDAS |
4) Multi Pes Tuhau ialah batang Tuhau yang dikisar bersama halia dan bawang putih. Multi Pes Tuhau ini boleh dimakan dengan pelbagai cara. Ia enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama dengan makanan kegemaran anda. Boleh juga ditumis bersama sayur, ayam, ikan atau daging. Gabunagn tiga jenis herba dalam pes ini baik untuk kesihatan seperti membuang angin.
|
MULTI PES TUHAU |