Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
|
ANJUNG RASA PUTERA JAYA TELIPOK, SABAH |
Bagi yang tinggal di kawasan
Putera Jaya Telipok, boleh mendapatkan
Serunding Tuhau Bilis di
Restoran Anjung Rasa. Tempatnya sebaris dengan
Supermarket Gaint. Kalau dilihat dalam gambar di atas, restorannya berada dihujung sana. Tempatnya mudah saja dicari sebab ia betul-betul bersebelahan dengan kedai ONE STOP.
Bagi yang belum mencuba Serunding Tuhau Bilis QueYun, jom datang ke Restoran Anjung Rasa, Putera Jaya Telipok. Restorannya dibuka seawal 6 pagi.
|
SERUNDING TUHAU BILIS |
Boleh dapatkan Serunding Tuhau Bilis dekat dengan bahagian kaunter pembayaran. Yang singgah makan di restoran ini bolehlah jenguk-jenguk atau tanya cik adik yang datang melayan anda. Layanan mereka baik-baik belaka..(^^)
|
MENU |
Sambil-sambil itu, bolehlah tengok-tengok menu yang terdapat di sana. Ada pelbagai menu yang tersedai. Lau pauk..kuih muih..Sedap..enak dan terbaik..