Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Wednesday, October 4, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) 2017

0

Alhamdulillah,  pemilik QueYun Enterprise terpilih antara usahawan terbaik Pusat Internet 1Malaysia untuk wilayah Sabah. Program adalah anjuran Malaysia Communication And Multimedia Commission (MCMC).  Penerbangan ke Kuala Lumpur menuju ke MCMC Tower ditetapkan pada 4hb Oktober 2017 untuk sesi raptia bagi acara 5hb nanti.


Berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Bertolak seawal jam 9:50 pagi. Ticket penerbangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh MCMC termasuklah pengankutan dari Lapangan Terbang KLIA ke MCMC Tower. Terima kasih MCMC.


Bersama dengan Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Putera Jaya Telipok, Kota Kinabalu Sabah. Kecil molek orangnya tapi berjiwa besar. Tidak pernah kedekut ilmu. Banyak membantu usahawan yang berdaftar di PI1M di bawah pengurusannya. Pounsikou..Terima kasih Sifu Arbaya Angin kerana curahan ilmu yang tidak terhingga. 

Belajar buat akaun menggunakan excel, buat profile syarikat dan produk menggunakan power point, belajar buat video dan blog. Yang paling best sekali ialah belajar menggunakan photoshop. Boleh lah design sendiri banner, banting dan bisnes kad. Suka suka hati mau design macm mana. Tapi kenalah bagi tengok pada sifu agar dapat ditambah baik mana yang kurang. 
Semua di atas adalah antara yang telah dipelajari di PI1M PuteraJaya Telipok, Kota Kinabalu Sabah. Terima kasih Sifu..😊


Pas untuk visitor 090. Hah!!..tu dia .. yang ni pun diupdate jugak hehee.. 😁😁..


Sesi raptai sedang diadakan. YBHG Dato' Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Komunikasi Dan Ekosistem digital MCMC juga ada datang untuk sesi raptai ini. Raptai dilakukan berulang untuk memastikan program esoknya berjalan lancar. Semoga akan dipermudahkan OlehNYA nanti. 


Siap raptai usawahan dibawa oleh Cik Ann menuju ke tempat bermalam. Para usahawan tinggal di sini. Hotel Shaftsbury Cyberjaya. Penginapan juga ditanggung sepenuhnya oleh MCMC. Hotel ala-ala homestay. Selesa dan nyaman. Terima kasih sekali lagi MCMC.

Untuk acara 5hb admin akan update juga ya. Tungguuu..

Friday, September 8, 2017

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2017

0

                                                

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2017(HPPNS). Telah pun bermula pada hari ini, 08hb dan akan tamat pada 10hb September. Kali ini dibuat di Dataran Tuaran.

Di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Siapa-siapa yang tinggal berdekatan dengan Tuaran boleh lah datang beramai-ramai ke Tuaran nanti. Sambil berhujung minggu dengan aktiviti  yang telah disediakan.Sambil-sambil juga singgah ke booth-booth jualan usahawan-usahawan dari seluruh Sabah. 

QueYun juga ada di sini. Terlibat dengan program ini. Kali ini QueYun datang ke sini berada di bawah agensi LPP Tuaran. Terima kasih LPP Tuaran kerana memberi peluang untuk QueYun menyertai program ini.


Booth QueYun berada di sini. Gerai Usahawan Industri Asas Tani  (IAT). Dibawah satu bumbung dengan para usahawan yang lain dengan berlainan agensi. Antara agensi yang terlibat ialah LPP, FAMA dan LKIM.


Hah!! Di situ dia booth QueYun.  Kalau nampak banner dan banting kuning dengan logo QueYun sudi-sudi lah singgah ya.  Antara produk yang kami bawa kali ini ialah Jeruk Tuhau,  Serunding Tuhau, Multi Pes Tuhau, Sambal Tuhau dan Bosou Sada. 

Kalau mau test..boleh sahaja. Tesster ada tersedia. Tapi kalau mau beli. Lagi lah boleh. Heheee. Yang penting bawa lah duit lebih untuk korang shoping produk-produk tempatan yang semuanya bestt-bestt belaka. 

Jadi apa lagi. Jom datang ke HPPNS Tuaran. 😉

Tuesday, September 5, 2017

TAMPI BILIS

0

Bukan Tampi Beras  ya. Tapi Tampi Bilis.

Ini sebenarnya salah satu proses awal untuk membuat Sambal Tuhau Bilis. Masih menggunakan cara manual dengan menggunakan alat ini. Penampi atau Nyiru jenis bulat. Atau lebih dikenali sebagai Rilibu dalam bahasa Dusun di Sabah. Biasanya digunakan untuk menampi beras.

Tapi kali ini admin share menampi Bilis pula. Tujuannya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu. Yang dah hancur sangat tu dibuang. Terutama sekali benda bulat yang hitam macam dalam gambar di bawah. 

Nampak tak. Bilis dan yang hancur itu terasing ke depan. Barulah bersih Bilis tu. Kalau mau menggoreng pun tidaklah kuali tu sarat dengan serbuk hancur bilis. Proses menggoreng pun jadi cepat.

 Dan yang penting sekali bersih dari isi perut bilis itu. 

Tuesday, July 4, 2017

WARNA TUHAU

0

Entry info mengenai Tuhau hari ini. Tuhau ada dua jenis warna. Satu warna putih. Satu lagi warna pink kemerah-merahan. Macam dalam gambar di bawah.

Yang ini sudah pun dikupas dan dipotong pendek-pendek kemudian dihiris. Bau tuhau ini pun berbeza mengikut warnanya. 
Tuhau  berwarna pink kemerah-merahan agak kuat baunya berbanding yang warna putih. 

Hah! Yang ini batang tuhau dengan isinya.. admin ada postkan di entry sebelum ini.
Nampak tak batang tuhau tu lebih besar dari ibu jari. Gemuk dan sihat tuhau ini hehee.

Kalau dijadikan jeruk. Warna jeruk juga agak kemerah-merahan jika tuhau merah lebih banyak dari tuhau putih. Jika tuhau putih pula, jeruk tuhau lebih nampak cerah.
 
In Shaa Allah  Admin akan kongsikan gambar jeruk tu di entry yang lain ya..😊

Wednesday, November 30, 2016

MAHA 2016

0


Image result for maha 2016 serdang

"JUMPA KAMI DI MAHA!!!".. Copy Paste ayat dua watak animasi terkenal di Malaysia iaitu Upin dan Ipin yang merupakan Maskot Rasmi sempena Pameran MAHA 2016..(^_^). Pameran MAHA 2016 ini berlangsung selama 11 hari. Bermula pada 1 Disember hingga 11 Disember ini.

Pameran ini diadakan di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA2016) ini akan dirasmikan oleh Perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.




Bertemakan Our Food Our Future, MAHA 2016 kali ini menampilkan 1,500 gerai pameran. Pameran ini disertai oleh agensi kerajaan dan swasta yang juga membabitkan peserta luar negara.

Hari ini merupakan hari pertama Pameran MAHA 2016. Ada macam-macam yang akan dipamerkan. Antara yang menarik ialah, Seminar Perniagaan, Pelancaran Produk, Persembahan Kebudayaan, Agro Bazaar, Pelancongan Tani dan banyak lagi.

Antara tarikan terbaru untuk kali ini ialah, Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin, Kampung Mak Cun, Festival Muzik Ritma Petani dan Tapak Perkhemahan 5,000 remaja sepanjang expo berjalan.

MAHA 2016, SAMBAL TUHAU BILIS
SAMBAL TUHAU BILIS DI MAHA 2016

Produk QueYun juga tak ketinggalan berada di sana. Dapatkan Sambal Tuhau Bilis QueYun, 100% keluaran Bumiputera Islam. 

Kepada ibu bapa yang sedang mencari destinasi cuti-cuti Malaysia, datanglah ke MAHA 2016. Rangka percutian anda untuk berkunjung ke Pameran Pertanian terbesar Malaysia ini. Jangan lupa bawa duit lebih tau.. Dapatkan produk makanan dan juga hasil pertanian Malaysia terbaik di MAHA 2016.


SUMBER: 
Berita Harian
Panduan Malaysia
maha.gov

Thursday, November 10, 2016

ROTI DAN SAMBAL TUHAU

0

SAMBAL TUHAU
Roti Dan Sambal Tuhau

Roti dan Sambal Tuhau??...pun sesuai..^_^.. Sapukan sambal atas roti dan boleh dimakan macam itu saja. Sedap dijadikan sebagai santapan pagi ataupun bila-bila saja.

Ada dua jenis Sambal Tuhau keluaran QueYun. Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Udang. Admin gunakan Sambal Tuhau Bilis untuk sapuan atas roti.

Bagi yang belum cuba..Jom cuba..Jom Try Testt..^_


QUEYUN TUHAU DI HYPERMARKET CHUA KAH SENG (CKS)

0

Produk QueYun, kini boleh didapati di Hypermarket/Supermarket Chua Kah Seng(CKS). Bagi para peminat makanan tuhau, bolehlah dapatkan di outlet CKS Telipok, CKS Menggatal dan juga CKS Sulaman. 


TUHAU, SAMBAL TUHAU, JERUK TUHAU,

Hypermarket CKS Menggatal, Sabah.


TUHAU BORNEO, SAMBAL TUHAU BILIS, JERUK TUHAU

Terima Kasih kepada pihak pengurusan CKS kerana kerjasama yang diberi sangat baik.


TUHAU, JERUK TUHAU, SAMBAL TUHAU, QUEYUN TUHAU

Antara produk Queyun yang berada di CKS. Jom..mari..cepat-cepat dapatkannya (^_^).
Antara yang mendapat sambutan dari pelanggan ialah Sambal Tuahu Bilis dan juga Jeruk Tuhau. Terima kasih buat pelanggan yang memberikan sokongan terhadap produk keluaran QueYun..


QUEYUN TUHAU, TUHAU BORNEO,JERUK TUHAU, SAMBAL TUHAU SEDAP

Produk QueYun boleh dicari dibahagian makanan. Kalau tak jumpa boleh tanya dengan staf-staf yang bertugas di sana..(^_^)..

Friday, October 7, 2016

HARI TERBUKA Pi1M PUTERA JAYA TELIPOK

0

Pengunjung Pi1M Puters Jaya Telipok

Hari Terbuka Pi1M Putera Jaya Telipok 24 September lalu. Meriah suasana dengan kehadiran kanak-kanak dan para pengguna  Pusat Internet sekitar Putera Jaya Telipok. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan oleh pihak Pi1M. Antaranya ialah Pertandingan Mini Golf, 30 saat susun Nat, Baling Bola Kotak Telur dan yang aktiviti yang sangat mencuit hati iaituk Zombie Klik dengan Bijak..(^^)..

Suasana Aktiviti yang sempoi..enjoy..ceria dan yang penting dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pengunjung setia Pi1M.


Pihak pengurusan Pi1M Putera Jaya Telipok yang banyak memberikan tunjuk ajar pada admin



Anugerah Usahawan Cemerlang 2016. Pemberian dari Pusat Internet 1 Malaysia Putera Jaya Telipok pada masa Hari Terbuka Pi1M. Tak disangka sebenarnya admin akan mendapat anugerah ini. Terima kasih tak terhingga buat warga pengurusan Pi1M Putera Jaya yang banyak memberikan ilmu bermanfaat  buat admin dalam bidang keusahawanan. 

PELANCARAN PROGRAM SUPPLY CHAIN SHARED SERVICE & OUTSOURCING (SSO)

0


Satu program telah dilancarkan pada 04 September 2016 lalu. Bertempat di luar legar G_Mart Tuaran. Program ini telah dirsmikam oleh YB Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri/ Menteri Pembangunan Perindustrian SABAH. Proram ini adalah kerjasama antara agensi MID, DIDR dan SOFWISE.

YB Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, melawat booth pameran setiap usahawan.


Kami berpeluang untuk mengikuti program ini. Terima kasih buat penganjur yang telah menjemput kami untuk bersama dalam program ini. Aktiviti utama sudah semestinya promosi dan pameran produk dari para usahawan IKS yang terlibat. Pelbagai produk tempatan Sabah di pamerkan masa itu.



Produk hasil buatan usahawan IKS Sabah. Produk dari QueYun yang berada dalam supermarket G-Mart ialah Sambal Tuhau Bilis. Bagi para peminat Sambal Tuhau Bilis keluaran dari syarikat QueYun, boleh lah mendapatkannya di seluruh outlet G-Mart. Antara outlet yang terpilih ialah G-Mart Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Rugarding, Inanam, Kinarut, Beaufort, Sipitang, Keningau dan Tenom.

Semoga dengan adanya program SSO ini dapat membantu para usahawan IKS dalam mempromosikan, memasarkan produk serta meingkatkan lagi jualan.                                                                                             

Friday, June 24, 2016

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) PUTERA JAYA TELIPOK

0

Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Putera Jaya Telipok

Di sini lah selalunya admin selalu berada untuk update blog, buat design sticker, banner dan banting. Bila ada saja masa terluang, admin akan berkunjung ke sini. Suasana yang tenang dan selesa buatkan kita enjoy menggunakan kemudahan internet di sini

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Putera Jaya Telipok, Sabah banyak membantu dari segi pemasaran secara online. Staf PI1M banyak memberi tunjuk dan nasihat bagaimana teknik pemasaran produk dengan cara yang lebih efektif di alam maya.

Admin lebih menggunakan blog sebagai medium pemasaran secara online. Melalui blog, entry –entry terbaru akan admin kongsikan ke Google plus dan juga Facebook. Alhamdulillah, melalui penggunaan blog ini, permintaan pelanggan meningkat dan agen juga semakin bertambah. Terima kasih kepada anda yang sudi menjadi agen produk keluaran QueYun.

Label produk Jeruk Tuhau Pedas

Dari segi label produk pula, admin banyak belajar bagaimana membuat reka label yang lebih cantik dan kelihatan  menarik. Label yang menarik boleh mempengaruhi hasil jualan. Pengalaman admin sendiri semasa karnival di SINI, produk tuhau yang menggunakan label menarik lebih cepat laris berbanding dengan produk label hitam putih. Label lama yang digunakan sebelum ini.

Dengan bimbingan Cik Arbaya Az Pengurus PI1M Putera Jaya, admin kini boleh membuat design sticker produk sendiri menggunakan pgotoshop. Bagi admin ianya sangat membantu dari segi costing, sebab tidak perlu lagi nak minta design dikedai. Selain jimat kos kita sendiri boleh edit design jika rasa-rasanya ada yang hendak diubah. 

Bukan sticker sahaja, banner dan banting juga admin belajar buat. Bagi admin yang memang tak tahu apa-apa tentang grafik, ianya memang sukar. Boleh stress dibuatnya jika kesabaran itu tiada. Tapi keinginan belajar itu tinggi membuatkan diri terus belajar dan belajar. Walaubagaiman pun masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan mutu hasil perlu ditingkatkan lagi.

Banting QueYun TUHAU
Menggunakan kemudahan yang ada ini sangat banyak membantu perjalanan perniagaan Syarikat. Impaknya yang sangat positif buat admin terus menggunakan kemudahan internet di sini. Terima kasih PI1M Putera Jaya Telipok.




Friday, June 17, 2016

PENERANGAN PRODUK TUHAU

1

Ada empat jenis produk keluaran QueYun iaitu :
  1. SERUNDING TUHAU
  2. SAMBAL TUHAU
  3. JERUK TUHAU
  4. MULTI PES TUHAU

1) Serunding Tuhau adalah bahagian batang tuhau yang lembut dihiris nipis secara memanjang dan digoreng sehingga kering. Bahan-bahan campuran lain seperti bilis,lada putih, kacang tanah dan bawang juga digoreng. Kesemua bahan-bahan tadi digaul bersama dan ditambah dengan garam dan gula sebagai perisa. Serunding Tuhau ini sedap dimakan begitu sahaja seperti kudapan dan sedap dimakan dengan nasi.

SERUNDING TUHAU SEDAP, SERUNDING TUHAU SABAH, SERUNDING TUHAU QUEYUN, SABAH TUHAU
SERUNDING TUHAU BILIS

2) Sambal Tuhau didatangkan dengan tiga jenis perasa iaitu Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Cili Padi. Ketiga-tiga jenis sambal ini dicampurkan dengan tuhau yang dikisar. Sambal Tuhau ini boleh dimakan terus bersama dengan nasi panas atau sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan. Ia juga  boleh dijadikan sebagai pencicah makanan. Tambahkan air jika mahukan sambal sedikit cair.


SAMBAL TUHAU BILIS QUEYUN, SAMBAL TUHAU SEDAP
SAMBAL TUHAU BILIS
SAMBAL TUHAU CILI PADI
SAMBAL TUHAU UDANG

3) Jeruk Tuhau ialah batang Tuhau lembut yang dipotong atau dicincang kecil dan dijadikan jeruk. Jeruk Tuhau ini didatangkan dengan dua perisa iaitu Asamboi dan Pedas. Bagi perisa Pedas bahan tambahan adalah cili merah manakala bagi Asamboi pula bahan tambahannya ialah asamboi. Jeruk Tuhau pedas sesuai dimakan bersama ikan goreng, ikan masin dan ayam bakar. Manakala Jeruk Tuhau Asm Boi pula sedap dimakan begitu saja atau pun dijadikan sebagai kerabu.


JERUK TUHAU ASAM BOI

JERUK TUHAU PEDAS

4) Multi Pes Tuhau ialah batang Tuhau yang dikisar bersama halia dan bawang putih. Multi Pes Tuhau ini boleh dimakan dengan pelbagai cara. Ia enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama dengan makanan kegemaran anda. Boleh juga ditumis bersama sayur, ayam, ikan atau daging. Gabunagn tiga jenis herba dalam pes ini baik untuk kesihatan seperti membuang angin.

MULTI PES TUHAU


Monday, March 28, 2016

POKOK TUHAU

3

Bagi yang belum pernah melihat pokok TUHAU, macam inilah rupa bentuknya. "Tuhau" adalah sebutan dalam bahasa Kadazan Dusun. Ada juga yang memanggilnya sebagai "Terivad" .Nama saintifiknya menurut Wikipedia ialah E. Coccinea. Dalam bahasa Iban tumbuhan herba ini dikenali sebagai "Upak Kecalak" juga dipanggil "Tepus". 



Pokok Tuhau
Pokok tuhau biasanya akan tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Kalau mahukan tuhau yang muda dan lembut, ambil anak pokok tuhau yang masih kecil-kecil. Jangan cabut pokok tuhau yang sudah agak tinggi sebab batang dan umbutnya keras. Maksudnya pokoknya sudah tua dan tidak boleh dimakan.

TUHAU, JERUK TUHAU
UMBUT POKOK TUHAU
Gambar di atas ini ialah bahagian umbut tuhau. Bahagian ini sedap jika dicampurkan dalam masakan "Ayam Masak Kicap", dalam sup ikan dan yang paling terbaik ialah dijadikan sebagai jeruk. Campur dengan cili, cuka atau limau, sedikit garam dan gula. Maka jadilah ia sebagai pembuka selera yang menyelerakan. Selain umbutnya, bahagian batang pokok tuhau juga boleh dimakan. Kopek kulitnya untuk mendapatkan batang tuhau yang lembut.


TUHAU, JERUK TUHAU
DAUN POKOK TUHAU
Yang ini pula bahagian pucuk pokok tuhau. Tumbuhan ini tumbuh seperti halia dan juga lengkuas. Ia mempunyai bau yang agak kuat seperti bau serangga "Pesisang". Sesetengah orang tidak sukakan makanan tradisional yang popular di Sabah ini kerana baunya. Tapi bagi peminat tuhau, lagi kaut baunya lagi ia mengangkat selera makan.

JERUK TUHAU, TUHAU

Pokoknya rendah sahaja sebab pokok tuhau yang diambil ini adalah yang masih muda. Tumbuhan herba ini tidak tumbuh berkelompok. Ia akan tumbuh jauh-jauh dari induknya. Hanya pokok tuhau yang muda sahaja yang sesuai untuk dimakan. 

Untuk pengetahuan pembaca, pokok tuhau ini juga mempunyai bunga seperti bunga kanatan dan juga berbuah. Admin akan kongsikan gambar bunga dan buah tuhau di entry yang lain.