Featured Post
14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI
Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...
Friday, October 20, 2017
Wednesday, October 4, 2017
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) 2017
Sunday, September 24, 2017
GOODIES SERUNDING TUHAU
Friday, September 8, 2017
HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2017
Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2017(HPPNS). Telah pun bermula pada hari ini, 08hb dan akan tamat pada 10hb September. Kali ini dibuat di Dataran Tuaran.
Di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Siapa-siapa yang tinggal berdekatan dengan Tuaran boleh lah datang beramai-ramai ke Tuaran nanti. Sambil berhujung minggu dengan aktiviti yang telah disediakan.Sambil-sambil juga singgah ke booth-booth jualan usahawan-usahawan dari seluruh Sabah.
QueYun juga ada di sini. Terlibat dengan program ini. Kali ini QueYun datang ke sini berada di bawah agensi LPP Tuaran. Terima kasih LPP Tuaran kerana memberi peluang untuk QueYun menyertai program ini.
Tuesday, September 5, 2017
TAMPI BILIS
Bukan Tampi Beras ya. Tapi Tampi Bilis.
Ini sebenarnya salah satu proses awal untuk membuat Sambal Tuhau Bilis. Masih menggunakan cara manual dengan menggunakan alat ini. Penampi atau Nyiru jenis bulat. Atau lebih dikenali sebagai Rilibu dalam bahasa Dusun di Sabah. Biasanya digunakan untuk menampi beras.
Tapi kali ini admin share menampi Bilis pula. Tujuannya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu. Yang dah hancur sangat tu dibuang. Terutama sekali benda bulat yang hitam macam dalam gambar di bawah.
Wednesday, August 23, 2017
KURSUS AGROBAAZAR ONLINE (ABO)
Kursus kali ini adalah mengenai Agrobaazar Online (ABO) anjuran FAMA Sabah. Kursus sehari ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M)Putera Jaya Telipok pada 8hb Ogos 2017.