Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
|
Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Putera Jaya Telipok |
Di sini lah selalunya admin selalu berada
untuk update blog, buat design sticker, banner dan banting. Bila ada saja
masa terluang, admin akan berkunjung ke sini. Suasana yang tenang dan selesa buatkan
kita enjoy menggunakan kemudahan internet di sini
Pusat
Internet 1 Malaysia (PI1M) Putera Jaya Telipok, Sabah
banyak membantu dari segi pemasaran
secara online. Staf PI1M banyak memberi tunjuk dan nasihat bagaimana teknik pemasaran produk dengan
cara yang lebih efektif di alam maya.
Admin lebih menggunakan blog sebagai medium
pemasaran secara online. Melalui blog, entry –entry terbaru akan admin
kongsikan ke Google plus dan juga Facebook. Alhamdulillah, melalui penggunaan blog ini, permintaan pelanggan meningkat dan agen juga semakin bertambah. Terima kasih kepada anda yang sudi menjadi agen produk keluaran QueYun.
|
Label produk Jeruk Tuhau Pedas |
Dari segi label produk pula, admin banyak belajar bagaimana membuat reka label yang lebih cantik dan
kelihatan menarik. Label yang menarik
boleh mempengaruhi hasil jualan. Pengalaman admin sendiri semasa karnival di
SINI, produk tuhau yang menggunakan label menarik lebih cepat laris berbanding dengan produk label hitam putih. Label lama yang digunakan sebelum ini.
Dengan bimbingan Cik Arbaya Az Pengurus PI1M
Putera Jaya, admin kini boleh membuat design sticker produk sendiri menggunakan
pgotoshop. Bagi admin ianya sangat membantu dari segi costing, sebab tidak
perlu lagi nak minta design dikedai. Selain jimat kos kita sendiri boleh edit
design jika rasa-rasanya ada yang hendak diubah.
Bukan sticker sahaja, banner dan banting juga
admin belajar buat. Bagi admin yang memang tak tahu apa-apa tentang grafik, ianya memang sukar. Boleh stress dibuatnya jika kesabaran itu tiada. Tapi keinginan
belajar itu tinggi membuatkan diri terus belajar dan belajar. Walaubagaiman pun masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan mutu hasil perlu ditingkatkan lagi.
|
Banting QueYun TUHAU |
Menggunakan kemudahan yang ada ini sangat banyak membantu perjalanan
perniagaan Syarikat. Impaknya yang sangat positif buat admin terus menggunakan kemudahan internet di sini. Terima kasih PI1M Putera Jaya Telipok.
Ada empat jenis produk keluaran QueYun iaitu :
- SERUNDING TUHAU
- SAMBAL TUHAU
- JERUK TUHAU
- MULTI PES TUHAU
1) Serunding Tuhau adalah bahagian batang tuhau yang lembut dihiris nipis secara memanjang dan digoreng sehingga kering. Bahan-bahan campuran lain seperti bilis,lada putih, kacang tanah dan bawang juga digoreng. Kesemua bahan-bahan tadi digaul bersama dan ditambah dengan garam dan gula sebagai perisa. Serunding Tuhau ini sedap dimakan begitu sahaja seperti kudapan dan sedap dimakan dengan nasi.
|
SERUNDING TUHAU BILIS |
2) Sambal Tuhau didatangkan dengan tiga jenis perasa iaitu Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Cili Padi. Ketiga-tiga jenis sambal ini dicampurkan dengan tuhau yang dikisar. Sambal Tuhau ini boleh dimakan terus bersama dengan nasi panas atau sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pencicah makanan. Tambahkan air jika mahukan sambal sedikit cair.
|
SAMBAL TUHAU BILIS |
|
SAMBAL TUHAU CILI PADI |
|
SAMBAL TUHAU UDANG |
3) Jeruk Tuhau ialah batang Tuhau lembut yang dipotong atau dicincang kecil dan dijadikan jeruk. Jeruk Tuhau ini didatangkan dengan dua perisa iaitu Asamboi dan Pedas. Bagi perisa Pedas bahan tambahan adalah cili merah manakala bagi Asamboi pula bahan tambahannya ialah asamboi. Jeruk Tuhau pedas sesuai dimakan bersama ikan goreng, ikan masin dan ayam bakar. Manakala Jeruk Tuhau Asm Boi pula sedap dimakan begitu saja atau pun dijadikan sebagai kerabu.
|
JERUK TUHAU ASAM BOI |
|
JERUK TUHAU PEDAS |
4) Multi Pes Tuhau ialah batang Tuhau yang dikisar bersama halia dan bawang putih. Multi Pes Tuhau ini boleh dimakan dengan pelbagai cara. Ia enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama dengan makanan kegemaran anda. Boleh juga ditumis bersama sayur, ayam, ikan atau daging. Gabunagn tiga jenis herba dalam pes ini baik untuk kesihatan seperti membuang angin.
|
MULTI PES TUHAU |
Seminar usahawan online (ONE) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) ini diadakan di Riveron Kota Kinabalu, SABAH. Berlangsung selama dua hari iaitu pada 21 hingga 22 MEI 2016 dan masuk secara percuma.
Seminar ini sangat meanrik bagi admin. Dalam seminar ini, artis usahawan kita Elfira Roy dan Farish Aziz berkongsi bagaimana untuk menjadi usahawan secara online. Selain itu Pengasasa Aura Seri, Datin Ira Ghani dan Pengasas Zarra Sinar Puteri, Datin Zamzarina Zambri juga ada bekongsi kisah kejayaan mereka.
|
Bersama dengan Ketua Komunikasi Koprat SSM, Shahren Yusri.. |
Bagi yang ada mengikuti seminar ini pasti inginkan lagi program ini diadakan di Sabah. Selain suasana program yang santai, banyak info dan maklumat yang diperolehi melalui program ini dengan jemputan panel dari Bank Rakyat, PNS dan MyIPO.
Yang bestnya peserta diberikan sijil penyertaan dan mendapat kelebihan seperti mendapat tawaran percuma untuk seminar SSM, diskaun untuk booth jualan dan kad diskaun pengguna. Bestt kan..!!
Program Seminar ONE SSM
Gambar kenangan bersama pengasas produk kecantikan
Aura Seri Datin Ira Ghani
|
PERIA MASAK SAMBAL TUHAU BILIS |
Resepi perkongsian dari pelanggan QueYun TUHAU, Peria Masak Sambal Tuhau Bilis. Kiranya dia adalah pelanggan setia dan merupakan peminat tegar makanan berasaskan TUHAU.
Kalau memang peminat tuhau macam-macam resepi pun boleh buat. Admin pun belum pernah cuba resepi ini. Nampak sedap dan menyelerakan. Resepinya boleh tengok di bawah ini.
Bahan-bahan:
Peria
Bawang putih
Cili besar
Sambal Tuhau Bilis
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang putih.
- Masukkan SAMBAL TUHAU BILIS. Tumis sekejap hingga naik bau.
- Masukkan sayur peria yang sudah dipotong-potong.
- Masukkan cili merah besar.
- Gaul sebati hingga masak.
Tidak perlu tambahkan garam atau bahan perasa, Sambal Tuhau Bilis dah bagi rasa yang sedap dalam masakan. Selamat mencuba kepada semua dan terima kasih pada pelanggan setia kami yang sudi berkongsi resepi. JOM TRY TEST...!!!