12.12.19, malam Anugerah Usahawan Sabah 2019 (AUS2019) berlangsung di The Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu Sabah.
Tahniah!! Puan Eriy Dusun,Usahawan Produk berasaskan Tuhau di bawah Brand QueYun kerana terpilih salah seorang penerima Anugerah Usahawan Sabah 2019.
Anugerah ini dasampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau,
Terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Perdagangan & Perindustrian (DIDR), atas anugerah ini. Semoga dengan anugerah ini akan menjadi penaik semangat dan motivasi agar Produk QueYun akan terus berkembang maju di dalam dan luar negeri.
Berkongsi tips kali ini. Cara membungkus pesanan produk yang dipesan oleh pelangan online sebelum dikirim. Cara-cara juga boleh dilihat melalui video di atas.
Pihak QueYun menggunakan khidmat Pos Malaysia bagi kiriman pos seluruh Malaysia dan juga luar negara. Kotak dan Consigment Note boleh siap-siap ambil di Pos Office yang berdekatan. Untuk kotak saiz XS seperti yang digunakan dalam Vidoe berharga RM2. Berat maksimum 1kg.
CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE:
1. Sebelum membungkus pastikan peralatan seperti Plastic Wrapping Box, solatape, gunting, pen, consigment note dan kotak bungkusan sudah tersedia beserta produk yang dipesan oleh pelanggan.
2. Susun kemas-kemas, cantik cun produk dalam kotak. Produk boleh dibungkus menggunakan Bubble Wrapping jika perlu. Kalau ada ruang kosong boleh letakkan kertas. Bagi ruang kotak sempit sikit agar produk tidak begerak-gerak semasa proses penghantaran nanti.
3. Atas kotak bolehlah anda tulis nombor tracking parcel, alamat penerima dan alamat pengirim. Tulis kemas dan jelas.
4. Selepas itu balut kotak kemas-kemas menggunakan Plastic wrapping box. Tujuannya agar kotak nampak lebih kemas dan yang penting terlindung dari rosak oleh cuaca hujan. Untuk kotak saiz XS, gunakan Plastic Wrapping box saiz kecil agar mudah kerja membalut. Balut dalam 4 ke 5 lapis sudah cukup memadai. Tapi kalau mahu lagi tebal ok jer. Terpulang pada anda.
5. Sudah siap balut, letak siap-siap consigment note atas kotak. Mudah sikit proses kiriman semasa di kaunter. Jangan lupa tulis kemas dan jelas maklumat penting seperti alamat pengirim, alamat penerima dan nombor telefon.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk anda. Boleh share jika tips ini berguna untuk anda. Jangan lupa LIKE & SHARE FB PAGE kami di SINI
Sedikit perkongsian kali ini dari Program INSKEN yang berlangsung di Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu selama dua hari.
INSKEN ENTREPRENEURSHIP TRAINING
Program ini adalah usahasama dari pihak AIM dan INSKEN. Seramai 27 orang usahawan AIM di Sabah yang bertuah dipilih untuk mengikuti program ini. Satu Program yang sangat memberi banyak manfaat.
Outbound Marketing dan Inbound Marketing adalah salah satu ilmu yang dikongsi oleh dua coach hebat, Coach Cat dan Coach Hajar.
Ini adalah antara yang dipelajari oleh para usahawan AIM;
OUTBOUND MAKETING:
Proses pemasaran tradisional
Product fokus
Push strategy
Interruptive
Marketer centric
One way communication
Paid & expensive
Offline
INBOUND MARKETING:
Proses pemasaran abad 21
Customer focus
Pull srategy
Permission based
Value centric
2 way communication
Free but takes effort & time
Online
Peserta Kursus INSKEN
Penyampian ilmu santai yang buat para peserta tidak sedar masa berlalu pantas dengan perkongsian yang sarat dengan ilmu baru yang harus dipraktikkan oleh para usahawan AIM.
Terima Kasih AIM kerana memberi peluang untuk menyertai program INSKEN ini.
Terima Kasih INSKEN kerana mengadakan program seperti ini yang sangat membantu para usahawan untuk maju ke hadapan lagi.
Bagi anda yang tinggal berdekatan bolehlah dapatkan roduk QueYun di dua Mini Market ini. Ini adalah antara Produk QueYun yang sedang HANGAT DI PASARAN yang boleh anda cuba nanti.
1.SAMBAL TUHAU UDANG 2.SAMBAL TUHAU BILIS 3.SOS TUHAU CILI
Sapu Sambal Tuhau Bilis atas Roti dan sedai untuk dimakan.
Sesuai untuk anda yang sangat sibuk dan tidak ada masa untuk menyediakan makanan. Jangan risau, Sambal Tuhau Bilis Ready To Eat ini memudahkan anda untuk penyedian makanan anda.
Sambal Tuhau Bilis
Bagi anda yang bekerja di ofis dan tidak ada masa untuk keluar untuk makan, boleh dapatkan sepaket Sambal Tuhau ini. Sambal ini juga sesuai dan sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.
Sarapan pagi boleh, makan tengahari boleh, makan malam pun boleh!!
Kali ini Admin ingin berkongsi bagaimana cara buat cili kisar tahan lama. Mudah saja sebenarnya. Jom tengok langkah-langkah di bawah ini.
1. Potong cili kering pendek-pendek menggunakan gunting. Kalau potong lagi pendek lagi bagus, biji cili mudah jatuh nanti dan mudah masa mengisar nanti.
Gunakan bekas jaring kemudian goncang atau ketuk-ketuk bekas untuk bagi biji-biji cili jatuh.
Potong cili pendek-pendek.
Gunakan bekas berjaring.
2. Rebus cili hingga jadi lembut. Masa rebus jangan lupa sentiasa gaul-gaulkan. Rebus dalam setengah jam atau cili nampak lembut bolehlah tutupkan api.
3. Cuci bersih cili merah yang direbus tadi. Tujuannya untuk membuang sisa biji cili yang tidak jatuh semasa memotong tadi. Kemudian toskan.
4. Kisar cili rebus yang telah ditoskan tadi. Gunakan minyak masak untuk mengisar cili. Tambahkan sedikit garam semasa mengisar.
5. Masukkan dalam bekas. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Kalau hendak lagi tahan, simpan dalam peti sejuk bahagian frezzer. Boleh tahan hingga berbulan dan masih tidak berkulat.
Cili Kisar dalam frezzer
Bila rasa-rasa nak masak sambal, bolehlah guna nanti. Mudah dan lancar kerja-kerja memasak di dapur.
Semoga tips ini dapat membantu anda semua. Silakan share jika bermanfaat untuk anda.
2Usahawan PeladangNita Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan berada di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sempena Majlis Simposium PeladangNita Kebangsaan 2019. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23hb Julai 2019 .
Booth Usahawan PeladangNita Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan.
Antara produk keluaran Usahawan PeladangNita Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dipamerkan selama dua hari majlis berlangsung.
Kraftangan seperti tudung saji, bakul.
Sos Tuhau QueYun, Mee kering, Kerepek Rempeyek, Keropok Ampalng , Kuih Cincin.
Sambal Tuhau QueYun, Udang Kering, Keychain,
Terima kasih diucapkan kepada Pihak PeladagNita Sabah kerana memberi peluang kepada Syarikat QueYun untuk mempamerkan sekaligus memperkenalkan produk keluaran QueYun kepada orang ramai semasa Majlis Simposium PeladangNita Kebangsaan 2019.
Pacakaging dua jenis Sambal Tuhau keluaran QueYun kini tampil berwajah baharu. Sambal Tuhau Bilis di dalam pek berwarna hitam kuning. Manakala Sambal Tuhau Udang di dalam pek berwarna hitam merah.
Pek Sambal terkini ini adalah menggunakan Stand Pouch Zip Lock. Ringan dan lebih memudahkan pengguna. Sambal tidak habis, boleh tutup zip lock dan simpan.
SAMBAL TUHAU BILIS
SAMBAL TUHAU UDANG
Bagi anda yang berminat dengan produk keluaran QueYun, boleh menghubungi kami di talian 012 801 9875 / 012 834 4348
Dalam Produk Sambal Tuhau keluaran QueYun, Cili Kering adalah salah satu bahan utama yang digunakan.
Ini adalah antara jenis-jenis Cili Kering antara beribu jenis cili kering di luar sana. Jom kita kenal-kenal jenis-jensi cili kering yangbiasa digunakan.
Jenis-jenis Cili Kering
1.Cili Kering Keriting
Bentuknya keriting. Berkeut-kedut kasar. Bijinya banyak. Tidak berapa pedas. Cili ini sesuai untuk membuat samabl kurang pedas. Anak-anak pun boleh makan. Mudah didapati di pasar-pasar atau supermarket.
2.Cili Kering Besar
Ada yang memanggilnya Cili Kering Gemuk. Saiznya besar dan gemuk dari Cili Kering Keriting. Berkilat dan tidak pedas. Bijinya kurang. Mudah didapati di pasar-pasar atau supermarket.
3.Cili Kering Paprika
Cili ini pula pedas. Yang ini sesuai untuk anda yang sukakan pedas. Berkilat dan mempunyaibiji yang banyak.
4.Cili Kering Berkilat
Hah!! yang ini extra hot. Sangat pedas dan mempunyai biji yag banyak dan berkilat. Cili jenis ini tidak mempunyai tangkai seperti 3 Jenis cili yang di atas.
Bersama dengan dua kumpulan pelajar dari UMS Kota Kinabalu, Sabah. Pelajar Faculty Busines, Economics and Accountancy, University Malaysia, Sabah.
Terima kasih kerana sudi membuat temubual dengan kami. Semoga info yang kami kongsikan memberi manfaat kepada kalian semua.
UMS Kota Kinabalu, SABAH
UMS Kota Kinabalu,SABAH
Pihak kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang temubual dilakukan. Semoga adik-adik semua akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi masing-masing.
Satu taklimat diadakan pada 14 Mac 2019, bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Para pengusaha makanan diberikan taklimat berkenaan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
Antara PKS yang dijemput menghadiri Takliat PJKM,
PPK Tuaran
Antara Info yang dikongsi:
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan.
Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP),Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.
Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), merupakan salah satu opsyen PJKM yang diberikan kepada Industri Pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil Dan Sederhana yang memenuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
QueYun mengucapkan terima kasih kepada PPK Tuaran kerana telah menjemput kami untuk turut serta dalam taklimat ini.
Team QueYun berada di sini pada 1 Mac 2019 bertempat di Pasar Tani Taman Putera Jaya Telipok sempena program My Best Buy (MBB) anjuran FAMA .
Jualan Terus Dari Ladang (JDTL) Peringkat Sabah ini telah dilancarkan oleh YB Hj. Azhar Bin Datuk Hj. Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Sabah.
Terima kasih YB Hj. Azhar Bin Datuk Hj. Matussin, singgah berkunjung ke booth QueYun
Terima kasih FAMA kerana telah menjemput QueYun untuk turut serta dalam program My Best Buy 2019. Semoga Program seperti ini akan dapat diteruskan agar para ushawan IKS dapat memperkenalkan produk masing-masing sekaligus meningkatkan lagi jualan.
Terima kasih juga kepada para pelanggan yang datang berkunjung ke booth QueYun dan memberikan sokongan terhadap produk kami.
Ini kali kedua Team QueYun menyertai Program My Best Buy anjuran FAMA Sabah. Terima kasih tidak terhingga buat pihak FAMA kerana sentiasa memberikan peluang kepada kami untuk turut serta dalam program ini.
Program ini berlangsung di Putera Jaya Telipok selama dua hari iaitu pada 28.02.2019 - 01.03.2019.
SOS TUHAU CILI
Untuk kali ini Team QueYun akan membawa produk terbaru iaitu SOS TUHAU CILI. Nak tahu rasanya macam mana, boleh datang serbu booth QueYun nanti. TESTER PERCUMA disediakan.
Bagi anda yang punya masa terluang datanglah beramai-ramai nanti ya.
Lama tidak bersiaran di blog ini. Sedikt busy dengan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Admin hendak maklumkan bahawa Team QueYun akan berada setiap minggu di Politeknik Kota Kinabalu. Pameran jualan ini adalah kerjasama antara pihak FAMA dan juga Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Pameran Jualan diadakan setiap hari rabu bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang. Pihak QueYun amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk bersama dalam program ini.
Pameran Jualan
Seperti biasa Team QueYun membawakan produk yang semakin mendapat sambutan pelanggan seperti Sambal Tuhau Bilis, Sambal Tuhau Udang dan Serunding Tuhau.
Politeknik Kota KInabalu (sumber pic:google)
Pada anda yang ada berdekatan dengan Politeknik Kota Kinabalu, boleh singgah-singgah berkunjung ke sini ya.
Selain produk IKS ada pelbagai lagi yang dijual di sini. Seperti makanan, minuman, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Bukan sekadar Pasar Tamu. Tamu Besar KPD kali menyediakan hadiah untuk pengunjung-pengunjung bertuah yang ke 500, 1000, 5000 dan 10,000.
Tamu Besar ini diadakan pada 26hb-27hb Januari 2019 sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Kompleks Pemasaran KPD, Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
QueYun TUHAU @ TAMU BESAR KPD 2019
Team QueYun TUHAU juga akan turut berada di sini menyertai program ini. Kami akan berada di sini seawal 6am hingga 6pm.
Seperti biasa kami akan sediakan TESTER PERCUMA untuk anda. Booth kami di nombor 12 di bahagian lot beratap berdekatan dengan kedua-dua pintu masuk KPD.
Kalau nampak banner kuning, logo Q, di situlah booth kami. So, datang beramai-ramai dan jangan lupa bawa duit lebih untuk anda membeli-belah.
Ada macam-macam yang boleh didapati di sini sperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, ayam, daging, makanan, minuman dan pelbagai produk dari usahawan-usahawan tempatan Sabah.
Kali ini Admin ingin berkongsi sedikit info mengenai TUHAU. Sebelum ini Admin ada berkongsi bagaimana rupa Pokok Tuhau di sini.
Tuhau adalah salah satu makanan tradisonal yang sangat popular di Negeri Sabah. Sebut saja Tuhau mesti semua orang akan tahu aroma bau yang kuat pada tumbuhan ini. Ada yang suka dan yang tak suka dengan baunya.
Tumbuhan ini memang sangat banyak tumbuh di Sabah. Kalau anda ke tamu-tamu minggu pasti ada tuhau ini dijual. Biasanya dijual RM1 untuk satu ikat. Ada yang sudah siap dikupas dan ada yang masih lagi berkulit. Untuk yang masih belum dikupas kulitnya, boleh tahan sampai lebih seminggu. Yang sudah siap sedia dikupas tahan hanya dua hari sahaja.
Tuhau ini juga mempunyai bunga dan buah. Yang menariknya bunga dan buah Tuhau tumbuh di permukaan tanah dan ianya boleh dimakan seperti pokok tuhau juga.
Biasanya tuhau ini dibuat sebagai Jeruk sebagai pembuka selera. Isi batang tuhau di tumbuk atau dicincang kasar kemudian campurkan cuka, garam, gula dan cili. Gaul sebati dan boleh dimakan.
Selain Jeruk, ada pelbagai jenis berasaskan Tuhau yang boleh didapati sekarang. Seperti sambal, serunding, pes dan juga sos.
CHARIY BAZAAR fund rising for St. Maria Goretti Girls Hostel, Keninagau.
Lima hari lagi. Charity Bazaar ini akan berlangsung selama dua hari bertempat di Plaza Shell, Kota Kinabalu.
Datanglah beramai-ramai pada 10hb-11hb Januari 2019. QueYun juga akan turut serta dalam program ini bersama dengan para usahawan tempatan Sabah yang hebat-hebat belaka.
Macam-macam produk akan dipamerkan pada masa itu nanti. Antara produk keluaran tempatan ialah Pes Kantan Dewilmie, Kek Lapis D'ita, Ikan Perap Makalas, Kupi Botol Nostalgia, Kerepek Pisang Santiqi dan banyak lagi.
Seperti biasa QueYun akan menyediakan FREE TESTER untuk anda yang datang berkunjung.
lima hari lagi!!!
Program ini adalah anjuran bersama Borneokaki dan Plaza Shell dengan sokongan dari Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian (MTI)
Pemilik blog tidak akan bertanggunjawab jika ada sebarang kerosakan ataupun kehilangan gambar/info yang dialami oleh anda atas penggunaan maklumat dalam blog ini. Gambar/tulisan dalam entry adalah hak milik sepenuhnya dari kami. Link dan sumber diberikan jika info bukan hak asal dari blog ini.
Dibenarkan copy paste dengan memberikan link blog ini. Jika ada sebarang kesilapan info, mohon komen di ruangan komen entry untuk admin perbetulkan. Entry dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa. Terima kasih.