Hari ini merupakan hari terakhir Team QueYun membuat penghantaran oder Tuhau ke Pos Office. Terima kasih kepada penggemar Tuhau yang sempat membuat oder produk QueYun, sebelum Pos bercuti.
Pos Malaysia
Pos Malaysia mula bercuti pada 23 Mei 2020 dan beroperasi semula pada 27 Mei 2020 bagi semua negeri. Tarikh akhir pengeposan item pos laju pada 16 Mei 2020. Walaubagaimana pun Team QueYun masih menerima tempahan online dari customer.
Kiriman akan dibuat apabila Pos Malaysia dibuka semula.
Jadi kepada anda yang terasa rindu-rinduan mahu makan Tuhau, boleh terus oder dengan kami di SINI.
Kiriman Tuhau
Oder yang sempat dikirim minggu ini. Terima kasih sudi oder Tuhau kami. Terima kasih yang selalu repeat oder Tuhau dengan kami.
Selamat berpuasa semua. Jaga diri, jaga kesihatan dan sentiasa patuhai arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan. Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Berkongsi tips kali ini. Cara membungkus pesanan produk yang dipesan oleh pelangan online sebelum dikirim. Cara-cara juga boleh dilihat melalui video di atas.
Pihak QueYun menggunakan khidmat Pos Malaysia bagi kiriman pos seluruh Malaysia dan juga luar negara. Kotak dan Consigment Note boleh siap-siap ambil di Pos Office yang berdekatan. Untuk kotak saiz XS seperti yang digunakan dalam Vidoe berharga RM2. Berat maksimum 1kg.
CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE:
1. Sebelum membungkus pastikan peralatan seperti Plastic Wrapping Box, solatape, gunting, pen, consigment note dan kotak bungkusan sudah tersedia beserta produk yang dipesan oleh pelanggan.
2. Susun kemas-kemas, cantik cun produk dalam kotak. Produk boleh dibungkus menggunakan Bubble Wrapping jika perlu. Kalau ada ruang kosong boleh letakkan kertas. Bagi ruang kotak sempit sikit agar produk tidak begerak-gerak semasa proses penghantaran nanti.
3. Atas kotak bolehlah anda tulis nombor tracking parcel, alamat penerima dan alamat pengirim. Tulis kemas dan jelas.
4. Selepas itu balut kotak kemas-kemas menggunakan Plastic wrapping box. Tujuannya agar kotak nampak lebih kemas dan yang penting terlindung dari rosak oleh cuaca hujan. Untuk kotak saiz XS, gunakan Plastic Wrapping box saiz kecil agar mudah kerja membalut. Balut dalam 4 ke 5 lapis sudah cukup memadai. Tapi kalau mahu lagi tebal ok jer. Terpulang pada anda.
5. Sudah siap balut, letak siap-siap consigment note atas kotak. Mudah sikit proses kiriman semasa di kaunter. Jangan lupa tulis kemas dan jelas maklumat penting seperti alamat pengirim, alamat penerima dan nombor telefon.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk anda. Boleh share jika tips ini berguna untuk anda. Jangan lupa LIKE & SHARE FB PAGE kami di SINI
Pemilik blog tidak akan bertanggunjawab jika ada sebarang kerosakan ataupun kehilangan gambar/info yang dialami oleh anda atas penggunaan maklumat dalam blog ini. Gambar/tulisan dalam entry adalah hak milik sepenuhnya dari kami. Link dan sumber diberikan jika info bukan hak asal dari blog ini.
Dibenarkan copy paste dengan memberikan link blog ini. Jika ada sebarang kesilapan info, mohon komen di ruangan komen entry untuk admin perbetulkan. Entry dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa. Terima kasih.