Saturday, November 9, 2019

CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE

0

VIDOE CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE


Berkongsi tips kali ini. Cara membungkus pesanan produk yang dipesan oleh pelangan online sebelum dikirim. Cara-cara juga boleh dilihat melalui video di atas.

Pihak QueYun menggunakan khidmat Pos Malaysia bagi kiriman pos seluruh Malaysia dan juga luar negara. Kotak dan Consigment Note boleh siap-siap ambil di Pos Office yang berdekatan. Untuk kotak saiz XS seperti yang digunakan dalam Vidoe berharga RM2. Berat maksimum 1kg.

CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE:

1. Sebelum membungkus pastikan peralatan seperti Plastic Wrapping Box, solatape, gunting, pen, consigment note dan kotak bungkusan sudah tersedia beserta produk yang dipesan oleh pelanggan.

2. Susun kemas-kemas, cantik cun produk dalam kotak. Produk boleh dibungkus menggunakan Bubble Wrapping jika perlu. Kalau ada ruang kosong boleh letakkan kertas. Bagi ruang kotak sempit sikit agar produk tidak begerak-gerak semasa proses penghantaran nanti.

3. Atas kotak bolehlah anda tulis nombor tracking parcel, alamat penerima dan alamat pengirim. Tulis kemas dan jelas.

4. Selepas itu balut kotak kemas-kemas menggunakan Plastic wrapping box. Tujuannya agar kotak nampak lebih kemas dan yang penting terlindung dari rosak oleh cuaca hujan. Untuk kotak saiz XS, gunakan Plastic Wrapping box saiz kecil agar mudah kerja membalut. Balut dalam 4 ke 5 lapis sudah cukup memadai. Tapi kalau mahu lagi tebal ok jer. Terpulang pada anda. 

5. Sudah siap balut, letak siap-siap consigment note atas kotak. Mudah sikit proses kiriman semasa di kaunter. Jangan lupa tulis kemas dan jelas maklumat penting seperti alamat pengirim, alamat penerima dan nombor telefon. 

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk anda. Boleh share jika tips ini berguna untuk anda. Jangan lupa LIKE & SHARE FB PAGE kami di SINI


Related Posts:

  • CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE VIDOE CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE Berkongsi tips kali ini. Cara membungkus pesanan produk yang dipesan oleh pelangan online sebelum dikirim. Cara-cara juga boleh dilihat melalui video di atas. Pihak Qu… Read More
  • TIPS CILI TAHAN LAMAKali ini admin nak share satu tips untuk anda. Tips Cili Tahan Lama. Ini adalah jenis cili  yang digunakan dalam penghasilan produk QueYun. Salah satu produk yang menggunakan cili ialah Sambal Tuhau Cili Padi. Cili i… Read More
  • CARA BUAT CILI KISAR TAHAN LAMAKali ini Admin ingin berkongsi bagaimana cara buat cili kisar tahan lama. Mudah saja sebenarnya. Jom tengok langkah-langkah di bawah ini. 1. Potong cili kering pendek-pendek menggunakan gunting. Kalau potong lagi pendek lagi… Read More

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0