Thursday, January 10, 2019

TUHAU

2


TUHAU, QUEUN, QUEUN TUHAU, TUHAU SABAH, SABAH, SABAH FOODS
TUHAU

Kali ini Admin ingin berkongsi sedikit info mengenai TUHAU. Sebelum ini Admin ada berkongsi bagaimana rupa Pokok Tuhau di sini

Tuhau adalah salah satu makanan tradisonal yang sangat popular di Negeri Sabah. Sebut saja Tuhau mesti semua orang akan tahu aroma bau yang kuat pada tumbuhan ini. Ada yang suka dan yang tak suka dengan baunya.

Tumbuhan ini memang sangat banyak tumbuh di Sabah. Kalau anda ke tamu-tamu minggu pasti ada tuhau ini dijual. Biasanya dijual RM1 untuk satu ikat. Ada yang sudah siap dikupas dan ada yang masih lagi berkulit. Untuk yang masih belum dikupas kulitnya, boleh tahan sampai lebih seminggu. Yang sudah siap sedia dikupas tahan hanya dua hari sahaja.

Tuhau ini juga mempunyai bunga dan buah. Yang menariknya bunga dan buah Tuhau tumbuh di permukaan tanah dan ianya boleh dimakan seperti pokok tuhau juga.

Biasanya tuhau ini dibuat sebagai Jeruk sebagai pembuka selera. Isi batang tuhau di tumbuk atau dicincang kasar kemudian campurkan cuka, garam, gula dan cili. Gaul sebati dan boleh dimakan.

Selain Jeruk, ada pelbagai jenis berasaskan Tuhau yang boleh didapati sekarang. Seperti sambal, serunding, pes dan juga sos.


Related Posts:

  • TAMPI BILISBukan Tampi Beras  ya. Tapi Tampi Bilis. Ini sebenarnya salah satu proses awal untuk membuat Sambal Tuhau Bilis. Masih menggunakan cara manual dengan menggunakan alat ini. Penampi atau Nyiru jenis bulat. Atau lebih dike… Read More
  • MAHA 2016 "JUMPA KAMI DI MAHA!!!".. Copy Paste ayat dua watak animasi terkenal di Malaysia iaitu Upin dan Ipin yang merupakan Maskot Rasmi sempena Pameran MAHA 2016..(^_^). Pameran MAHA 2016 ini berlangsung selama 11 hari. Bermula… Read More
  • ROTI DAN SAMBAL TUHAU Roti Dan Sambal Tuhau Roti dan Sambal Tuhau??...pun sesuai..^_^.. Sapukan sambal atas roti dan boleh dimakan macam itu saja. Sedap dijadikan sebagai santapan pagi ataupun bila-bila saja. Ada dua jenis Sambal Tuhau keluar… Read More
  • HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2017                                                Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Neger… Read More
  • WARNA TUHAUEntry info mengenai Tuhau hari ini. Tuhau ada dua jenis warna. Satu warna putih. Satu lagi warna pink kemerah-merahan. Macam dalam gambar di bawah. Yang ini sudah pun dikupas dan dipotong pendek-pendek kemudian dihiris. B… Read More

2 comments:

  1. Wah menarik, tak pernah makan Tuhau.

    ReplyDelete
  2. ooo...thanks Q..akhirnya jelas jugak tuhau ni ape..rupanya dia bukan bunga kantan ek..rupanya saja yang seakan2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0