Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Showing posts with label PAMERAN JUALAN. Show all posts
Showing posts with label PAMERAN JUALAN. Show all posts

Sunday, March 10, 2019

JUALAN TERUS DARI LADANG

0

FAMA, QUEYUN

Team QueYun berada di sini pada 1 Mac 2019 bertempat di Pasar Tani Taman Putera Jaya Telipok sempena program My Best Buy (MBB) anjuran FAMA .


QUEYUN, FAMA, TUHAU

Jualan Terus Dari Ladang (JDTL) Peringkat Sabah ini telah dilancarkan oleh YB Hj. Azhar Bin Datuk Hj. Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Sabah.



Image may contain: 3 people, food and outdoor

Terima kasih YB Hj. Azhar Bin Datuk Hj. Matussin, singgah berkunjung ke booth QueYun


QUEYUN, TUHAU, SABAH, FAMA, MY BEST BUY 2019


Terima kasih FAMA kerana telah menjemput QueYun untuk turut serta dalam program My Best Buy 2019. Semoga Program seperti ini akan dapat diteruskan agar para ushawan IKS dapat memperkenalkan produk masing-masing sekaligus meningkatkan lagi jualan.

Terima kasih juga kepada para pelanggan yang datang berkunjung ke booth QueYun dan memberikan sokongan terhadap produk kami.

Kredit Pic: FAMA



Thursday, February 21, 2019

MY BEST BUY 2019

0

Ini kali kedua Team QueYun menyertai Program My Best Buy anjuran FAMA Sabah.  Terima kasih tidak terhingga buat pihak FAMA kerana sentiasa memberikan peluang kepada kami untuk turut serta dalam program ini.

Program ini berlangsung di Putera Jaya Telipok selama dua hari iaitu pada 28.02.2019 - 01.03.2019.

SOS TUHAU CILI

Untuk kali ini Team QueYun akan membawa produk terbaru iaitu SOS TUHAU CILI. Nak tahu rasanya macam mana, boleh datang serbu booth QueYun nanti. TESTER PERCUMA disediakan.

Bagi anda yang punya masa terluang datanglah beramai-ramai nanti ya.



Tuesday, February 19, 2019

POLITEKNIK KOTA KINABALU

0

Lama tidak bersiaran di blog ini. Sedikt busy dengan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan secepat mungkin. 

Admin hendak maklumkan bahawa Team QueYun akan berada setiap minggu di Politeknik Kota Kinabalu. Pameran jualan ini adalah kerjasama antara pihak FAMA dan juga Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Pameran Jualan diadakan setiap hari rabu bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang. Pihak QueYun amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk bersama dalam program ini. 

queYun, tuhau, politeknik
Pameran Jualan

Seperti biasa Team QueYun membawakan produk yang semakin mendapat sambutan pelanggan seperti Sambal Tuhau Bilis, Sambal Tuhau Udang dan Serunding Tuhau. 

QueYun, Tuhau, politeknik kota kinabalu
Politeknik Kota KInabalu
(sumber pic:google)
Pada anda yang ada berdekatan dengan Politeknik Kota Kinabalu, boleh singgah-singgah berkunjung ke sini ya.

Selain produk IKS ada pelbagai lagi yang dijual di sini. Seperti makanan, minuman, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.





Tuesday, January 15, 2019

TAMU BESAR KPD 2019

2

TAMU BESAR
TAMU BESAR KPD 2109,
TANJUNG LIPAT, KOTA KINABALU

Bukan sekadar Pasar Tamu. Tamu Besar KPD kali menyediakan hadiah untuk pengunjung-pengunjung bertuah yang ke 500, 1000, 5000 dan 10,000.

Tamu Besar ini diadakan pada 26hb-27hb Januari 2019 sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Kompleks Pemasaran KPD, Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.



Image result for TAMU BESAR KPD 2019
QueYun TUHAU @ TAMU BESAR KPD 2019

Team QueYun TUHAU juga akan turut berada di sini menyertai program ini. Kami akan berada di sini seawal 6am hingga 6pm.

Seperti  biasa kami akan sediakan TESTER PERCUMA untuk anda. Booth kami di nombor 12 di bahagian lot beratap berdekatan dengan kedua-dua pintu masuk KPD.

Kalau nampak banner kuning, logo Q, di situlah booth kami. So, datang beramai-ramai dan jangan lupa bawa duit lebih untuk anda membeli-belah.

Ada macam-macam yang boleh didapati di sini sperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, ayam, daging, makanan, minuman dan pelbagai produk dari usahawan-usahawan tempatan Sabah.


Friday, January 4, 2019

CHARITY BAZAAR | PLAZA SHELL KOTA KINABALU| 10HB-11HB JANUARI 2019

0




Image may contain: 1 person, smiling
CHARIY BAZAAR fund rising for St. Maria Goretti Girls Hostel, Keninagau.
Lima hari lagi. Charity Bazaar ini akan berlangsung selama dua hari bertempat di Plaza Shell, Kota Kinabalu.

Datanglah beramai-ramai pada 10hb-11hb Januari 2019. QueYun juga akan turut serta dalam program ini bersama dengan para usahawan tempatan Sabah yang hebat-hebat belaka.

Macam-macam produk akan dipamerkan pada masa itu nanti. Antara produk keluaran tempatan ialah Pes Kantan Dewilmie, Kek Lapis D'ita, Ikan Perap Makalas, Kupi Botol Nostalgia, Kerepek Pisang Santiqi dan banyak lagi.

Seperti biasa QueYun akan menyediakan FREE TESTER untuk anda yang datang berkunjung.


No photo description available.
lima hari lagi!!!

Program ini adalah anjuran  bersama Borneokaki dan Plaza Shell dengan sokongan dari Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian (MTI)

Datang jangan tak datang tau!! 
Jumpa QueYun di sana nanti yaaa!!!



Monday, December 3, 2018

PAMERAN DAN JUALAN PRODUK TEMPATAN SABAH 2018 | KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN SABAH

0

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian Sabah ini diadakan di Dewan Pameran Kompleks Karamunsing pada 6hb hingga 9hb Disember 2018.


QueYun QueYun Tuhau, Tuahu, pamean, produk, sabah
Pameran Dan Jualan

Ada pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan pada masa ini nanti. Antaranya ialah:
  1. Pameran Dan Jualan Produk Tempatan Sabah. Lebih 200 usahawan yang akan menyertai pameran ini.
  2. Persembahan dari artis tempatan Sabah.
  3. Pertandingan Karaoke.
  4. Pertandingan Mewarna kanak-kanak.
  5. Business Matching.


Team QueYun juga akan turut serta dalam Pameran Dan Jualan Produk Tempatan Sabah. Seperti biasa, kami akan membawakan produk-produk kegemaran anda seperti Sambal Tuhau Bilis , Sambal Tuhau Udang , Sambal Tuhau Cili Padi dan Serunding Tuhau .

sos tuhau cili, sos, tuhau, QueYun
SOS TUHAU CILI.
RASA UNIK YANG HARUS DICUBA.
Jom Try Testt TUHAU.. Sadap BAH!!!

Kami juga akan membawakan anda produk terbaru keluaran QueYun iaitu Sos Tuhau Cili. Pada anda yang ingin mencuba Sos Tuhau Cili ini, datang lah ke booth QueYun nanti. Kami ada menyediakan tester PERCUMA untuk anda.

Bagi anda yang tinggal berdekatan boleh lah datang beramai-ramai memeriahkan program ini dan jangan lupa bawa duit lebih untuk anda bershoping-shoping nanti yaa.. ^-^

JUMPA ANDA DI SANAA !!!




Wednesday, February 14, 2018

PROGRAM KRT TAMAN SRI RUGARDING & PI1M 'CLUSTERING TUARAN'

0

Untuk pertama kalinya QueYun berpeluang bersama-sama dengan para usahawan dalam program KRT Taman Sri Rugarding (TSR) dan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) 'Clustering Tuaran'.

Meriah dengan kehadiran penduduk sekitar TSR. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau,  Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Negeri Sabah.

Lawatan pameran jualan oleh Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau. Terima kasih Datuk atas kata semangat dan nasihat yang diberi. QueYun TUHAU  akan terus  berusaha untuk maju kehadapn dan senantiasa memperbaiki kekurangan dan kelemahan jika ada.

Antara usahawan yang ada semasa program.

Wednesday, February 7, 2018

TAMU BESAR KPD 2018

0


Mari datang beramai-ramai ke TAMU BESAR KPD 2018. Bertempat di Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat,Likas. Akan berlangsung hari ini 10hb hingga 11hb Febuari 2018. Program bermula seawal jam 6 pagi hinggalah 6 petang nanti.

Program sempena perayaan Tahun Baru cina ini menyediakan pelbagai jualan murah dan acara yang menarik.Jualan para usahawan iks juga ada. QueYun TUHAU turut terlibat dalam program ini. Jadi kepada para peminat Tuhau, jom mari datang sini. Harga kasih sayang menanti anda. Rugi tak datang tau..!! 😉

Cik akak, abang jom lah datang dengan anak-anak. Aktiviti mewarna untuk anak-anak juga ada. santai-santai karaoke, cabutan bertuah dan banyak lagi. 

Sambil shopping, sambil beriadah bersama keluarga.


Thursday, February 1, 2018

PROGRAM MY BEST BUY

0

Sehari bersama FAMA untuk Program  My Best Buy dan Jimat Belanja Dapur. Hari ini 02hb Febuari 2018. Program bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Lokasi pilihan program kali ini bertempat di RTM Kota Kinabalu, Jalan Kepayan.


Booth QueYun.
Seawal jama 6 pagi QueYun TUHAU sudah berada di sini. Bergerak awal untuk mengelakkan jalan yang jam.


Antara yang menarik perhatian program kali ini ialah Kendurian. Makan durian sampai hati rasa puas dengan harga RM30 sahaja. Ayam dengan harga cuma RM10 seekor. Harga memang murah dari biasanya. 


Booth FAMA. Pelbagai makanan termasuk buah-buahan ada dijual

Program MY BEST BUY & JIMAT BELANJA DAPUR. 
Terima kasih para pelanggan  & RTM sudi singgah booth QueYun.

Terima kasih juga kepada pihak FAMA Sabah atas undangan dan peluang yang diberi untuk kami mempromosikan produk. 

Friday, January 5, 2018

KDCA PENAMPANG SABAH

0

Cerita hujung tahun lalu, 2017. Sudah masuk 2018 baru berkesempatan update. Sedikit busy diawal-awal tahun ini. Hari ini baru ada kelapangan untuk update beberapa aktiviti QueYun sebelum ini.

Pameran jualan produk IKS ahli PeladangNita dari Sabah bertempat di KDCA Penampang. Selama sehari sempena pelancaran produk terbaru dari NAFAS.

Para usahawan IKS PeladangNita dijemput bersama untuk memeriahkan lagi suasana pameran.

Para Usahawan juga dijemput bersama untuk memeriahkan lagi perayaan Hari Natal di sebelah malam di dewan KDCA.

NAFAS dengan produk terbaru mereka. Terima kasih kerana memberi peluang untuk menyertai program ini.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0