Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Saturday, March 17, 2018

SANTAI HARI TERBUKA PI1M PUTERA JAYA TELIPOK

0

Aktiviti santai hari terbuka bersama Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Putera Jaya Telipok kali ini.

Suasan ceria dan santai sahaja program ini diadakan dengan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak PI1M Putera Jaya Telipok.

Pengunjung yang datang memeriahkan suasana adalah terdiri daripada pengguna setia PI1M  sekitar Putera Jaya Telipok.Juga para pelajar dan usahawan yang mengikuti kursus Keusahawanan, kursus ICT dan kursus Fotografi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran hasil kerja pelajar Pi1M Putera Jaya (FOTOGRAFI, GRAFIK KOMPUTER & KEUSAHAWANAN), Penyampaian sijil Keusahawanan, Graduasi Fotografi & ICT, Cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pameran Hasil Kerja Pelajar Pi1M Putera Jaya Telipok. 

Antara aktiviti yang diadakan.

Para usahawan dan pelajar yang menerima sijil.


Wednesday, March 7, 2018

SANTAI DI PUSAT REKREASI TAGAL KIULU TAMPARULI

0

pameran, jualan, tuhau, sabah, kiulu, rekreasi
Pameran Jualan di Kiulu.
Santai-santai kali ini. QueYun menyertai pameran jualan bersama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran. Bertempat di kawasan Pusat Rekreasi Sungai Tagal, Kampung Poturidong, Kiulu Tamparuli, Sabah.

Program adalah sempena lawatan oleh Ketua Pengarah LPP Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Haji Salim bin Haji Taha ke Pusat Rekreasi Tagal, Kampung Poturidong Kiulu.

pameran, jualan, tuhau, sabah
Terima Kasih Dato dan Isteri.
Ketua Pengarah LPP Malaysia bersama isteri berada di booth pameran. Terima kasih Dato' Haji bin Haji Taha dan isteri sudi bekunjung ke booth pameran para usahawan. Terima kasih juga sudi mencuba produk Queyun, Sambal Tuhau Udang. Siap cicah dengan pisang goreng lagi.


sungai tagal, kiulu, tamparuli
Sungai Tagal Kampung Poturidong Kiulu, Tamparuli.

Menarik di Kg. Poturidong Baru ialah sungai Tagal dengan ikan Kelahnya yang menjadi tumpuan setiap pengunjung yang datang ke sini.
Bermain dengan ikan kelah satu kemestian yang harus dicuba di sini. Dengan air sungainya yang jernih sejuk dan suasana pemandangan hijau sekeliling akan menjadi satu kenangan buat para pengunjung.

Image may contain: outdoor
Multi Pes Tuhau
Jambatan gantung Sungai Tagal Kampung Poturidong, Kiulu nun ada di sana. Salah satu laluan untuk menuju ke tempat pusat rekreasi ini.

Wednesday, February 28, 2018

KARNIVAL BELIA TUARAN 1 MALAYSIA YOUTH CITIES 2018

0



 Karnival Belia Tuaran 1 Malaysia Youth Cities (1MYC) 2018 telah pun berlangsung sejak 24hb Febuari. Karnival ini adalah anjuran Kelab Belia Pekan Tuaran bersama dengan Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia, Pejabat Daerah Tuaran, Majlis Daerah Tuaran, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran, Pejabat Belia dan Sukan Pantai Barat serta agensi-agensi dan persatuan-persatuan belia daerah Tuaran.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival ini. Antaranya ialah PESTA BUNDLE DAN JUALAN GERAI, PERTANDINGAN "TUARAN GOT TALENT 1MYC18", PERTANDINGAN STRONGEST MEN, PERTANDINGAN MOTOR DAY dan ada banyak lagi. 

tuhau, booth, tuaran, karnival
Temui Team QueYun di Dataran Padang Tuaran
sempena Karnival Belia Tuaran 2018.
Team QueYun juga akan turut serta dalam Karnival Belia ini selama dua hari. Bermula 2hb hingga 3hb Mac. bagi para peminat produk QueYun jangan lupa datang beramai-ramai ke Booth QueYun nanti ya. Produk laju laris seperti Serunding Tuhau, Sambal Tuhau Bilis, Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Cili Padi dan Sambal Tuhau Liking akan ada di booth QueYun nanti.

Karnival Belia Tuaran, karnival, tuaran
Antara aktiviti yang akan diadakan. Pertandingan Tarian Singa. 4hb Mac 2018.

Hah!! korang yang ada masa hujung minggu ini jom lah datang beramai-ramai. Pengisian aktiviti dalam karnival ini semuanya best-best belaka. 

Wednesday, February 21, 2018

BENGKEL SKIM PENSIJILAN MeSTI

0

Bengkel Skim Pensijilan MeSTI
Selama dua hari bengkel Skim Pensijilan MeSTI ini berlangsung. 19hb dan 20hb Febuari 2018. Bertempat di Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah.

Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (IAT-MOA). QueYun Enterprise salah satu yang terpilih untuk turus serta dalam bengkel ini. Terima kasih kerana memilih QueYun Enterprise untuk mengikuti bengkel ini.

Dua hari dengan para usahawan seluruh Sabah, menuntut ilmu bersama-sama. Pengisian sangat memberi manfaat. Dengan penyampian santai pegawai yang dijemput tak rasa mengantuk dibuatnya. 


Sedikit Info tentang Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MeSTI):
  1. Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan Pensijilan MeSTI, iaitu salah satu skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) untuk industri makanan terutamnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
  2. Skim pensijilan adalah PERCUMA kepada semua industri makanan.
  3. Permohonan pensijilan MeSTI boleh dibuat secara online di http://fosimdomestic.mph.gov.my