Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Wednesday, March 7, 2018

SANTAI DI PUSAT REKREASI TAGAL KIULU TAMPARULI

0

pameran, jualan, tuhau, sabah, kiulu, rekreasi
Pameran Jualan di Kiulu.
Santai-santai kali ini. QueYun menyertai pameran jualan bersama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran. Bertempat di kawasan Pusat Rekreasi Sungai Tagal, Kampung Poturidong, Kiulu Tamparuli, Sabah.

Program adalah sempena lawatan oleh Ketua Pengarah LPP Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Haji Salim bin Haji Taha ke Pusat Rekreasi Tagal, Kampung Poturidong Kiulu.

pameran, jualan, tuhau, sabah
Terima Kasih Dato dan Isteri.
Ketua Pengarah LPP Malaysia bersama isteri berada di booth pameran. Terima kasih Dato' Haji bin Haji Taha dan isteri sudi bekunjung ke booth pameran para usahawan. Terima kasih juga sudi mencuba produk Queyun, Sambal Tuhau Udang. Siap cicah dengan pisang goreng lagi.


sungai tagal, kiulu, tamparuli
Sungai Tagal Kampung Poturidong Kiulu, Tamparuli.

Menarik di Kg. Poturidong Baru ialah sungai Tagal dengan ikan Kelahnya yang menjadi tumpuan setiap pengunjung yang datang ke sini.
Bermain dengan ikan kelah satu kemestian yang harus dicuba di sini. Dengan air sungainya yang jernih sejuk dan suasana pemandangan hijau sekeliling akan menjadi satu kenangan buat para pengunjung.

Image may contain: outdoor
Multi Pes Tuhau
Jambatan gantung Sungai Tagal Kampung Poturidong, Kiulu nun ada di sana. Salah satu laluan untuk menuju ke tempat pusat rekreasi ini.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0