Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Sunday, May 28, 2017

AYAM GORENG TUHAU

0

Ayam Goreng Tuhau. Resepi ringkas untuk menu berbuka dibulan puasa ini. Mudah, cepat dan sedaap..Nak tau caranya??. Jom, mari admin tunjukkan.

Nak membuatnya sangatlah mudah. Cuma gunakan Multi Pes Tuhau sebagai bahan utama dalam resepi ini. Akak-akak, abang-abang, peminat tuhau,  tak perlu lagi buat kerja kopek kupas segala bagai. Cuma gunakan Multi Pes Tuhau keluaran QueYun. 

Perap ayam dengan Multi Pes Tuhau keluaran QueYun.  Lebih kurang setengah jam. Nak perap sejam atau lagi lama pun boleh. Biar rasa haruman tuhau itu menyerap ke dalam ayam tadi. Baru terasa kenikmatanya semasa makan.


 Kemudian campurkan tepung serbaguna dan biji bijan. Gaul sebati. Admin tak bubuh garam dan perasa. Dalam Pes tu dah ada sedia perasanya.

Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi hingga kekuningan. Sebagai pencicahnya atau kuahnya, boleh gunakan Sambal Tuhau. Tambahkan air panas sedikit untuk cairkan sambal. Dah siaapp.. Boleh lah dicuba untuk berbuka hari ini..Rasanya sememangnya awesome...😉. 

Kalau dah cuba jangan lupa share dengan kitaorang ya..hehee..



Tuesday, May 23, 2017

BERTUKAR TANGAN KE SARAWAK

0

Hasil carian menggunakan hastag di Instagram. Produk QueYun, Sambal Tuhau Cili Padi bertukar tangan kepada pelanggan di Sarawak. Permintaannya, nak kan sambal tuhau yang lebih pedas. Lebih pedas dari Sambal Tuhau Udang dan Sambal Tuhau Bilis.

Sambal Tuhau Cili Padi
Ambil gambar sebelum dikirim. Itu harus..😁. Yang sukkan Sambal pedas hot..hot..Mari cuba Sambal Tuhau Cili Padi keluaran QueYun. 


Sambal Tuhau Cili Padi, pedas kaw-kaw. Sangat sesuai dijadikan sebagai pencicah. Makan dengan ikan goreng atau pun ikan bakar. Nasi?? .. Pasti bertambah lagi. Semoga produk kami memenuhi cita rasa Cik Dayang dan mendapat sambutan  di sana. 

Parcel dikirim hari ini menuju ke Kuching, Sarawak. Menggunakan khidmat Pos Laju. Moga tiba dengan baiknya ditangan tuannya nanti. Terima kasih buat Cik Dayang atas tempahan ini. Ada rezeki boleh lah oder lagi ya..😉


Wednesday, May 17, 2017

HARI TERAKHIR PAMERAN JUALAN SEMPENA MESYUARAT TAHUNAN JABATAN PERTANIAN SABAH 2017

0

Hari terakhir Pameran Jualan sempena Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah. Bermula pada 15hb Mei hingga hari ini 18hb. Alhamdulillah sambutan dari pelanggan sangat baik. Terima kasih kepada yang datang singgah ke booth kami. Terima kasih kerana mencuba dan membeli  produk kami.

Antara yang mendapat sambutan ialah Serunding Tuhau dan Sambal Tuhau Udang. Hari ke tiga stock  Serunding Tuhau habis terjual. Terima kasih kepada yang membeli.

Sokongan dari anda sangat kami hargai.



Produk Jualan dari usahawan-usahawan Sabah. Pelbagai jenis. Ada Kuih Lidah, kuih cincin, kerepek, Jus Bambangan. Semuanya produk usahawan dari Sabah.  

Krafftangan juga ada. Usahawan dari Kota Belud. Cantik dan rambang mata memandang.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian kerana menjemput kami untuk menyertai pameran ini. Adanya pameran seperti ini memberi peluang usahawan kecil seperti kami mempromosikan produk masing-masing. Sekaligus mendekatkan kami dengan para pelanggan secara dekat. 

Sunday, May 14, 2017

PAMERAN JUALAN DI WISMA PERTANIAN SABAH

0

Bermula hari ini. 15hb hingga 18hb May 2017. Kami berada di Wisma Pertanian Sabah untuk mengikuti Pameran Jualan sempena Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah Kali Ke - 35.


Seawal jam 9 pagi sampai di sini. Di Wisma Pertanian Sabah. 


Baru siap mengemas produk. Pelanggan datang untuk membeli produk. Alhamdulillah rezeki Allah di pagi hari. Katanya nak try test Serunding Tuhau..


Akak -akak mari try tesst Tuhau. Boleh try, boleh beli..

Ada tiga jenis produk dibawa untuk kali ini. Serunding Tuhau,  Sambal Tuhau Udang dan juga Jeruk Tuhau.  Produk adalah keluaran QueYun dan semuanya berasaskan TUHAU.  


Bagi korang yang datang ke Wisma Pertanian Sabah,  jangan lupa sudikan diri bertandang ke booth kami. Kalau lalu dan nampak banner kuning berlogo merah, singgah sebentar untuk try testt Tuhau kami. Tester ada disediakan. 

Jom mari datang sini..😊😉😉 15hb hingga 18hb May 2017.


Wednesday, May 10, 2017

AMBUYAT TEPUNG SAGU RUMBIA DAN SAMBAL TUHAU

0

Ambuyat dibuat dari tepung Sagu Rumbia. Merupakan salah satu makanan yang popular dikalangan orang Sabah. Selalunya dimakan bersama kuah ikan.
Tapi cik akak ini buat satu kelainan. Ambuyat dimakan bersama dengan Sambal Tuhau keluaran QueYun. 

Ambuyat cicah Sambal Tuhau Bilis.
Terima kasih sudi berkongsi dengan kami.


Katanya first time makan Ambuyat dan Sambal Tuhau. Dan tak tahu Tuhau tu apa. Tapi tak mengapa Cik Akak ya.. Yang penting "Sambal Sedap". 


MAKAN BUGER DENGAN SAMBAL TUHAU

0

Bosan dengan sos cili ??!!..  Makan Buger dengan Sambal Tuhau buatan QueYun. Ternyata lebih sedap.

Buger pun bertambah sedap dimakan..😍😍.

Feedback dari pelanggan kami. Sapu Sambal Tuhau Bilis atas buger dan makan. Satu kelainan.
Terima kasih hantar message ini kepada kami. Bagi korang yang belum cuba Sambal Tuhau keluaran QueYun.  Jom.. mari cuba.. Jangan kasi lama.. 😉


Saturday, May 6, 2017

CAP DAGANGAN RASMI QUEYUN ENTERPRISE

0

Logo QueYun telah pun diluluskan sebagai cap dagangan untuk kegunaan urusan syarikat. Register di bawah MyIpo selama 10 tahun dibawah akta Cap Dagangan Malaysia. 

Logo ini akan digunakan oleh syarikat dalam apa-apa urusan perniagaan dalam atau luar negeri. Untuk setiap produk keluaran QueYun, logo seperti di bawah akan beserta dalam sticker produk. 

Ini akan memudahkan lagi para pelanggan di luar sana untuk mengenali produk-produk keluaran QueYun.

Cap Dagangan rasmi QueYun Enterprise. 

Terima kasih MyIpo.


Saturday, April 29, 2017

PENGHANTARAN CASH & DELIVERY (COD)

0

Bagi area berdekatan kami memberikan khidmat COD (Cash On Delivery). Pelanggan cuma berikan lokasi untuk COD. Lokasi yang mudah untuk kami cari. Kami akan hantarkan. Sampai depan pintu rumah pun boleh. Yang penting lokasi haruslah diberi dengan tepat. 😉..

COD biasanya kami kan lakukan pada hari sabtu dan juga ahad. Pelanggan boleh lah buat tempahan awal sebelum penghantaran dibuat. 

COD area Papar. Terima kasih aunty 😊

COD di area Papar. Oder dari pelanggan Dropshiper kami dari Sandakan. Dropshiper nak dihantar terus kepada pelanggannya di Papar. Terima kasih Dropshiper dari Sandakan.


P/S: Kepada sesiapa yang berminta nak jadi Dropshiper. Boleh terus menghubungi 012 801 9875 untuk keterangan lanjut.


PENGHANTARAN MENGGUNAKAN BAS EXPRESS

7

Selain Kiriman Pos, kami juga menggunakan khidmat kiriman menggunakan Bas Express. Caj kiriman bungkusan menggunakan Bas Express lebih murah dan cepat sampai. Sehari dah sampai ke destinasinya. Bergantung pada masa bila Bas bertolak. 

 Kiriman bungkusan akan kami hantar ke terminal bas.


Antara Bas Express yang selalu kami gunakan ialah Tung Ma Express. Caj yang dikenakan bergantung pada saiz dan berat bungkusan. Bayaran pula boleh dibuat secara cash atau pun COD (Cash On Delivery). 


Resit pembayaran bungkusan yang dikirim. 
Menggunakan khidmat Syarikat Bas Express SIDA.


Kami juga akan memaklumkan pelanggan, Syarikat Bas Express yang digunakan. Serta masa bas bertolak dari destinasinya. Jadi pelanggan boleh terus ke kaunter syarikat bas tersebut.

Bas akan sampai bergantung pada jarak jauhnya tempat dituju. Contohnya Bas Express SIDA. Bertolak jam 8 pagi dari Terminal Inanam, Kota Kinabalu ke Sandakan. Bas akan tiba di Sandakan lebih kurang jam 2 petang.  

Pelanggan kena datang sendiri ke terminal bas untuk mengambil bungkusan. Jangan risau.. jangan bimbang Syarikat Bas Express akan simpan bungkusan hinggalah anda datang mengambilnya. 


PENGHANTARAN MELALUI POS

0

Penghantaran melalui pos yang kami gunakan adalah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Selalunya ada dua jenis kiriman pos yang kami gunakan. Pos Laju ataupun Pos Domestik.

Consignment Note  Pos laju 

Bergantung pada permintaan pelanggan. Kalau nak parcel cepat sampai. Boleh gunakan Pos Laju. Biasanya tempoh penghantaran bungkusan adalah dalam satu hingga tiga hari bekerja. Cuma untuk Pos Laju, kadar caj pengeposan ada mahal sedikit. Caj biasanya dikira bergantung berat bungkusan.

 
Consignment Note Pos Domestik

Tapi kalau pelanggan nak yang kos caj yang lebih jimat, boleh gunakan Pos Domestik. Untuk Pos Domestik pelanggan kena bersabar sedikit. Sebabnya kiriman bungkusan untuk Pos Domestik biasanya akan sampai dalam masa tujuh hari waktu bekerja.

Tracking number pada Consignment Note a.k.a resit pos akan kami berikan kepada pelanggan selepas pengeposan dibuat. Jadi pelanggan boleh semak status parcel melalui website Pos Laju atau menggunakan apps mobile.


ROTI BAKAR SAMBAL TUHAU

0

Kali ini admin nak share resepi mudah, ringkas, sedap kebaboomm dari Chef kecil, Adam Adrian. Menggunakan Sambal Tuhau sebagai bahan utama. Maka terhasilah Roti Bakar Sambal Tuhau. Ringkas dan mudah. Cuma menggunakan beberapa bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah.

Roti yang telah dibakar. Marjerin atau planta pun boleh. Dan semestinya Sambal Tuhau keluaran QueYun. Sambal yang digunakan ialah Sambal Tuhau Udang. 

Dan hasilnya adalah seperti ini.. Si kecil Chef Adam cuma menggunakan empat keping roti. Kalau nak buat dua atau lebih dari empat pun boleh. Tak ada masalah. Boleh juga tambahkan sayur-sayuran seperti  kobis kalau nak. Ikut rasa suka anda..


Potong segitiga atau segiempat. Atau tak potong pun tak apa.  Ikut rasa suka anda..


Tu diaaa..Adam Adrian yang berminta  dalam bidang masak memasak. Bila besar nanti nak jadi Chef..Katanya..(^^).. 


Dah siap buat, sendiri makan..hehee..nyumm..nyumm.. sedaapp..thumb ups untuk Adam Adrian.
Nak tengok cara-cara membuat..?? Nanti admin share video di entry akan datang..


Friday, April 14, 2017

PELAJAR POLITEKNIK BUAT ASSIGNMENT TUHAU

0

Kali ini pelajar dari POLITEKNIK Sabah pula datang bertemu dengan kami.  Memilih kami untuk kerja kursus mereka iaitu Cost and Management  Accounting pada Sama seperti pelajar dari UiTM sebelum ini.


Terdiri dari empat orang pelajar. Maria, Marnin, Eleni dan Shantyefnie. Terima kasih adik-adik kerana memilih kami. 


Suasana santai bersama dengan mereka. Sambil-sambil minum petang bersama. Produk ..?? Harus ada juga bersama. Agar dapat dilihat secara dekat oleh mereka. 


Berpeluang merasa produk kami Sambal Tuhau,  Multi Pes Tuhau dan Serunding Tuhau. Makan Kuih Cakoi dengan Sambal Tuhau. Wahh!!.. cita rasa unik dari pelajar-pelajar muda ini. Agak meriah masa ini. Adik-adik yang belum pernah tahu apa itu tuhau teruja untuk merasanya. 😊.. 


Alhamdulillah..adik-adik dari POLITEKNIK ini mendapat markah yang baik sekali dalam tugasan mereka. Semoga kalian berjaya dalam pelajaran dan apa juga bidang yang dilakukan.


Thursday, April 13, 2017

EXPO FAMA DI KOMPLEKS KARAMUNSING 2017

0

Bertempat di Karamunsing,  sekali lagi kami diberi peluang oleh FAMA untuk menyertai expo ini untuk tahun ini, 2017. Berlansung selama tiga hari. Bermula pada 3 Mac dan berakhir pada 5 Mac.

Terima kasih kepada pihak FAMA  yang sentiasa memberi peluang untuk kami memperkenalkan produk-produk kami melalui program ini. Semoga akan ada lagi program seperti ini menyusul dimasa akan datang.

Alhamdulillah sambutan agak baik. Terima kasih kepada semua pelanggan yang datang ke booth kami QueYun Enterprise.

Bagi yang tidak berpeluang untuk merasa dan membeli produk kami, jangan risau anda boleh hubungi kami melalui talian 012 8019875 atau 011 35282909.

Friday, February 10, 2017

SEMINAR E-USAHAWAN ANJURAN MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC)

0

.
e-usahwan, MDEC, Kursus usahawan digital. usahawan digital
E-Usahawan anjuran MDEC
Seminar E-Usahawan ini meupakan satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Tujuannya adalah memberi latihan keusahawanan digital kepada para usahawan mikro. 

Antara yang dipelajari oleh peserta adalah;
  1. Facebook or Busines
  2. Instagram for Busine
  3. WhatsApp Marketing
  4. Copywriting Techniques
  5. Search Engine Optimization (SEO)
  6. Google Trend & Google Keyword
Yang lebih menrik lagi, Program ini adalah secara PERCUMA diberikan. Bagi yang ada peluang untuk menyertai Seminar E-Usahawan ini, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari ilmu keusahawanan digital anjuran MDEC ini.

e-usahawan, kurusus MDEC, MDEC,
Bersama Sifu Jay dan usahawan muda, Nabeel

Bersama dengan sifu Jay dalam seminar tersebut. Banyak input yang sangat membantu dapat diserap melalui program sehari ini. Di tambah lagi dengan perkongsian Cik Nabeel. Seorang usahawan muda dari Sabah top-6 E-Usahawan Malaysia. Beliau berkongsi pengalamannya dalam memasarkan produknya secara digital.


Wednesday, February 8, 2017

MULTI PES TUHAU DAN KEPELBAGAIAN KEGUNAANNYA

0

Multi Pes Tuhau ini boleh digunakan dalam pelbagai menu atau resepi anda. Samada di campurkan dalam masakan ikan, ayam, daging, sup atau sebagai pencicah pun boleh. Terpulang dengan cita rasa anda masing-masing.

Image may contain: indoor
MULTI PES TUHAU
Di bawah ini admin berikan pic beberapa cara kegunaan Multi Pes Tuhau Queyun boleh anda cuba. 

Image may contain: food
Ikan Siakap Masak Tuhau
Resepi ikan yang menggunakan Multi Pes Tuhau. Korang boleh tengok resepi di SINI untuk Ikan Siakap Masak Tuhau ini. Mudah..Ringkas Dan Sedaapp.. (~_^)

Image may contain: food
Tuhau Pencicah

Multi PesTuhau juga boleh dijadikan sebagi pencicah makanan. Tambahkan cili padi bagi menambah rasa pedas. Tak bubuh pun boleh juga.




Image may contain: text and food

Nak campurkan dalam Kerabu pun boleh. Terpulang jenis kerabau apa yang anda buat..
Kerabu Mangga..Kerabu Timun atau apa-apa saja. Paling sedap campur dalam Menu Kerabu Rumpai Laut. Hanyir rumpai tu akan berkurang..

Image may contain: 2 people, text and food

Yang ini paling bestt.. Campurkan dalam sup. Bubuh dalam 2 sudu gitu..hmmm terasa bertambah sedap supnya. Boleh juga bubuh dalam mee sup. Tambah cili sikit..Fuhh memang terankat..(~_^)..

Bagi penggemar makanan laut, Multi Pes Tuhau juga sangat sesuai dimakan bersama. Dalam pic di atas ini ialah Tiram panggang yang boleh korang apatkan di Kelapa Bakar Salut. Tiram panggang tu bubuh dengan pes tuhau dan perah dengan limau sedikit. Jangan lupa cili padi untuk bagi umpphhhh rasanya lagi.


TELUR DADAR PES TUHAU

0

Resepi ringkas dari QueYun, TELUR DADAR PES TUHAU. Jom tengok caranya. Semudah A..B..C dengan menggunakan Multi Pes Tuhau QueYun.. (^_~)...


FOOD, SABAH TRADITIONAL FOOD, TELUR DADAR PES TUHAU, TELUR DADAR RINGKAS, TELUR DADAR SEDAP
TELUR DADAR PES TUHAU

Bahan-Bahan:
1.2 Biji Telur
2. Muli Pes Tuhau
3. 1 Sudu Minyak Masak

Cara-Cara:

Panaskan satu sudu minyak dalam kuali. Masukkan Multi Pes Tuhau QueYun. Goreng hingga naik bau wangi. Kemudian masukkan telur dua biji atau ikut suka hati ke dalam kuali. Kacau sebati. dan Siappp....

MUDAH..RINGKAS..CEPAT...Jom Try Testt..(~_^)

Tak perlu letak perasa sebab dalam pes tuhau tu sudah ada perasanya.

PES TUHAU QUEYUN, TUHAU BORNEO, TUHAU SABAH, INOVASI TUHAU
Multi Pes Tuhau keluaran QueYun Ent.

Saturday, February 4, 2017

NASI PANAS & JERUK TUHAU

0

Satu lagi menu perkongsian dari Kak Da.  NASI PANAS & JERUK TUHAU.

JERUK TUHAU, TUHAU, NASI PANAS & JERUK TUHAU
NASI PANAS & JERUK TUHAU

Menu yang memang kena dengan lauknya. Jeruk Tuhau yang rasanya masam-masam pedas, dimakan bersama nasi panas-panas,  petai dan ikan bilis. FUHH!!!.. Soo sedappp... 


JERUK TUHAU, MENU SEDAP TUHAU, NASI PANAS JERUK TUHAU
Menu Kak Da
Menu Banjir kata Kak Da...Moga segalanya di permudahkan di sana.. Apa pun terima kasih Kak Da atas perkongsian menu ini..


KREDIT PIC: Kak Da

NASI GORENG TUHAU VERSI SABAH

0

TUHAU, NASI GORENG TUHAU, SAMBAL TUHAU, SERUNDING TUHAU, QUEYUN TUHAU
NASI GORENG TUHAU. Versi Sabah

NASI GORENG TUHAU,
resepi pagi Kak Da dari Kelantan. Sedap dan menyelerakan sebagai santapan pagi.


Image may contain: food, MAKANAN SABAH, TUHAU
Bahan-bahan NASI GORENG TUHAU

Ini adalah antara bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Da. Udang, Bilis, Syur kubis, Cili, Telur Bawang, Ikan Masin.. Bahan-bahannya simple sahaja. Tapi hasilnya cukup menyelerakan dengan gabungan Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluran QueYun.

Image may contain: food, NASI GORENG TUHAU, TUHAU, NASI GORENG
Nasi Goreng

Dan ini lah dia...Hasil air tangan Kak Da yang sememangnya pandai mengolah resepi. ..Yumm..Yummy..membuatkan orang terliur..(^_~).  

Bagi yang belum mencuba Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluaran QueYun, bolehlah dapatkan sekarang..

KREDIT PIC: Kak Da

Saturday, January 7, 2017

TUHAU SEGAR

0

Bagi yang ingin membuat tempahan Tuhau Segar boleh menghubungi kami terus untuk keterangan selanjutnya.



Photo:
 Tuhau yang baru dituai


Photo:
Tuhau Segar
Kulit Tuhau tidak dibuka bagi mengekalkan kesegarannya. Tuhau Segar yang belum diproses sesuai dijadikan sebagi sayur atau pun ulam. Boleh ditumis atau pun dicampurkan dalam masakan sepert Ayam Masak Kicap.

Bagi yang ingin menjadikannya jeruk, boleh lihat video Cara Membuat Jeruk Tuhau di SINI


Photo:
Tuhau Segar

Tempahan adalah mengikut permintaan dari pelanggan. Samada mahukan batang dan isi atau sebaliknya.