Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
|
PERIA MASAK SAMBAL TUHAU BILIS |
Resepi perkongsian dari pelanggan QueYun TUHAU, Peria Masak Sambal Tuhau Bilis. Kiranya dia adalah pelanggan setia dan merupakan peminat tegar makanan berasaskan TUHAU.
Kalau memang peminat tuhau macam-macam resepi pun boleh buat. Admin pun belum pernah cuba resepi ini. Nampak sedap dan menyelerakan. Resepinya boleh tengok di bawah ini.
Bahan-bahan:
Peria
Bawang putih
Cili besar
Sambal Tuhau Bilis
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang putih.
- Masukkan SAMBAL TUHAU BILIS. Tumis sekejap hingga naik bau.
- Masukkan sayur peria yang sudah dipotong-potong.
- Masukkan cili merah besar.
- Gaul sebati hingga masak.
Tidak perlu tambahkan garam atau bahan perasa, Sambal Tuhau Bilis dah bagi rasa yang sedap dalam masakan. Selamat mencuba kepada semua dan terima kasih pada pelanggan setia kami yang sudi berkongsi resepi. JOM TRY TEST...!!!
|
ANJUNG RASA PUTERA JAYA TELIPOK, SABAH |
Bagi yang tinggal di kawasan
Putera Jaya Telipok, boleh mendapatkan
Serunding Tuhau Bilis di
Restoran Anjung Rasa. Tempatnya sebaris dengan
Supermarket Gaint. Kalau dilihat dalam gambar di atas, restorannya berada dihujung sana. Tempatnya mudah saja dicari sebab ia betul-betul bersebelahan dengan kedai ONE STOP.
Bagi yang belum mencuba Serunding Tuhau Bilis QueYun, jom datang ke Restoran Anjung Rasa, Putera Jaya Telipok. Restorannya dibuka seawal 6 pagi.
|
SERUNDING TUHAU BILIS |
Boleh dapatkan Serunding Tuhau Bilis dekat dengan bahagian kaunter pembayaran. Yang singgah makan di restoran ini bolehlah jenguk-jenguk atau tanya cik adik yang datang melayan anda. Layanan mereka baik-baik belaka..(^^)
|
MENU |
Sambil-sambil itu, bolehlah tengok-tengok menu yang terdapat di sana. Ada pelbagai menu yang tersedai. Lau pauk..kuih muih..Sedap..enak dan terbaik..
|
SAMBAL TUHAU BILIS |
Atas permintaan pelanggan setia, QueYun TUHAU mengeluarkan satu lagi resepi baru iaitu Sambal Tuhau Bilis. Ianya sedap dimakan bersama nasi panas atau boleh juga jadi bahan tambahan dalam resepi kegemaran anda. Nak tau rasanya kena cuba dulu.
Seperti Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis juga sesuai dicampurkan dalam nasi goreng, mee goreng dan sebagai campuran resepi sambal anda.
|
SAMBAL TUHAU BILIS |
Bagi yang belum mencuba Sambal Tuhau Bilis keluaran QueYun TUHAU, Jom cuba keunikan rasa Sambal Tuhau ini.
|
feedback; SAMBAL TUHAU BILIS |
Pelanggan dari Tanjung Malim, Perak. Terima kasih kerana sudi mencuba produk kami.
|
SAMBAL TUHAU CILI PADI |
Sambal Tuhau Cili Padi, produk terbaru dari QueYun TUHAU. Produk ini terhasil adalah kerana atas permintaan dari pelanggan yang inginkan sambal yang pedas kaw-kaw..
Bagi yang inginkan rasa pedas yang lebih bolehlah mencuba Sambal Tuhau Cili Padi ini. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai pencicah makanan. Makan dengan ikan goreng dan ikan bakar memang satu kombinasi yang terbaaiiikkk.
Kursus Keusahawanan Pemasaran Agromakanan Secara Online anjuran FAMA. Program ini berlangsung selama dua hari pada 25 - 26 April 2016. Bertempat di Hotel Soluxe Putatan, Sabah.
|
KURSUS KEUSAHAWANAN PEMASARAN AGROMAKANAN SECARA ONLINE |
Ramai peserta yang datang mengikuti program ini. Memang tidak rugi bagi sesiapa yang datang menyertai kursus dua hari ini. Banyak ilmu baru yang sangat-sangat memberi manfaat buat para usahawan. Antara yang best ialah para usahawan diberikan Tools marketing online yang terbaik. menarik, mudah, mengujakan dan rasa tidak sabar untuk mempraktikannya. Terima kasih Uncle Zin.
|
AgroBazaar Online |
Uncle zin, antara penceramah yang memberi penerangan bagaimana
AgroBazaar sebagai platform
para usahawan mempromosikan produk secara online.
Walaupun cuma dua hari tapi input yang diberi memang terbaik!!
Tahniah dan terima kasih kepada pihak
FAMA kerana menjemput QueYun Enteprise untuk turut serta dalam program yang hebat ini.