Thursday, June 7, 2018

LAWATAN UNTUK VIDEO DOKUMENTARI

2

Sekali lagi pelajar dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) datang membuat lawatan. Kali ini lawatan untuk membuat Video Dokumentari mengenai cara-cara pemprosesan makanan iaitu Jeruk Ikan.

Surat lawatan

Demo cara-cara membuat Jeruk Ikan a.k.a Bosou Sada ditunjukkan kepada ketiga-tiga adik-adik ini.  Penerangan diberi dari bahan-bahan dan seterusnya bagaimana membuatnya.

UMS, LAWATAN, DEMO
Demo cara-cara membuat Jeruk Ikan a.k.a Bosou Sada.
UMS, LAWATAN, DEMO
"Dah siap gaul bahan-bahan. Masukkan dalam botol.
Jangan dimakan dulu. Tunggu sebulan gitu baru boleh makan"


Selepas demo dibuat, pelajar-pelajar Program Akuakultur tahun ke tiga ini berpeluang untuk mencuba sendiri bagaimana cara-cara memproses Jeruk Ikan. 

UMS, LAWATAN, UMS
"Tekan sikit ya dik. Kasi mampat sikit isinya."
Diharap dengan sedikit info dan demo yang kami berikan akan membantu adik-adik ini untuk membuat kerja kursus mereka. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami.

Kata adik-adik ini, hujung tahun ini mereka akan konvo.

Kami doakan moga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan apa juga kerjaya yang akan diceburi nanti.


Related Posts:

  • PELAJAR FAKULTI SAINS DAN PEMAKANAN UMS SABAH Kali ini Queyun TUHAU bersama dengan pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah. Merupakan pelajar tahun akhir bagi Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan.  Tugasan pelajar UMS Tugasan pelajar … Read More
  • LAWATAN UNTUK VIDEO DOKUMENTARI Sekali lagi pelajar dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) datang membuat lawatan. Kali ini lawatan untuk membuat Video Dokumentari mengenai cara-cara pemprosesan makanan iaitu Jeruk Ikan. Surat lawatan Demo cara-c… Read More

2 comments:

  1. salam ramadhan,

    salam kenal...terima kasih sudi keblog bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga Bunda_nora. sama2 dan terima kasih sudi membalas kunjungan

      Delete

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0