Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Herba ini merupakan salah satu bahan yang selalu digunakan dalam masakan kita. Dalam
Produk QueYun TUHAU juga herba ini adalah salah satu bahan yang harus ada.
Ada dua jenis
Serai Makan iaitu Serai Kampung dan Serai Peha Ayam. Selalunya mudah didapati di pasar-pasar atau pun di tamu-tamu minggu. Harga cuma RM1 sahaja untuk satu ikat. Gambar di bawah ini admin ambil semasa berjalan-jalan di tamu minggu Telipok.
|
Serai Peha Ayam |
Ini ialah
Serai Peha Ayam. Kenapa namanya Serai Peha Ayam admin pun kurang pasti. Mungkin juga sebab batangnya atau rizomnya agak gemuk sikit berbanding dengan Serai Kampung.
|
Serai Kampung |
Ini pula
Serai Kampung. Rizomnya comel-comel berbanding dengan Serai Peha ayam. Jenis serai ini aromanya lebih wangi dan sedap dicampurkan dalam masakkan.
Serai ini mudah tumbuh sebenarnya. Serai merupakan sejenis tanaman yang tahan kemarau. Kalau ada kerajinan menanamnya lagi bagus. Tanam di luar kawasan rumah pun boleh. Tunggu dalam 8 bulan dapatlah korang hasilnya nanti.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi meninggalkan jejak.