Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Friday, November 9, 2018

NASI GORENG TUHAU

2




NASI GORENG TUHAU


Resepi ringkas dari QueYun TUHAU
Masak Nasi Goreng menggunakan Sambal Tuhau keluaran QueYun. Mudah & Jimat Masa !!!

Bahan-bahan:
  1. Nasi Putih
  2. Telur
  3. Minyak Masak
  4. Bawang
  5. Sayur
  6. Cili (Hiasan)
  7. SAMBAL TUHAU UDANG

Cara-Cara:

Lihat Video



Kalau sudah cuba jangan lupa share yaa..



SOS TUHAU CILI

2

Produk keluaran Terbaru dari QueYun Enterprise, SOS TUHAU CILI. 
Sos Tuhau Cili ini sesuai dijadikan sebagai pencicah makanan seperti keropok lekor, pisang goreng dan ayam goreng.

SOS, SOS TUHAU, SOS CILI, SOS TUHAU CILI, TUHAU, TUHAU SABAH
SOS TUHAU CILI

 Rasanya manis-manis pedas dengan aroma unik Tuhau yang ditambah dalam produk ini.

SOS. SOS TUHUA, SOS CILI
Feedback 
 Ini antara feedback yang diberi oleh para customer yang pernah mencuba Sos Tuhau Cili ini. Sos Tuhau Cili sebagai pencicah keropok lekor. Alhamdulillah sambutan sangat positif.

SOS, TUHAU, SOS CILI, SOS TUHAU CILI
Feedback
Bagi anda yang ingin mencuba produk terbaru dari QueYun Enterprise ini boleh terus menghubungi kami di nombor whatsapp 012 8019875 || 012 8344348. 

Kami juga mengalu-alu anda yang berminat untuk menjadi agen kami. Selain itu kami juga menerima tempahan dari mana-mana agensi untuk menjadikan produk kami sebagaj gift/goddies untuk para jemputan majlis anda.



Sunday, September 9, 2018

JERUK IKAN

0

Image may contain: food

Jeruk Ikan atau dipanggil Bosou Sada dalam bahasa Kadazan Dusun. Merupakan makanan tradisional yang unik dikalangan kaum Kadazan dusun di sabah.

Makanan ini merupakan hasilan dari ikan sungai yang dicampurkan dengan nasi, buah pangi, halia dan timun.
Mengambil masa sebulan selepas dibuat barulah boleh dimakan. Samada ditumis terlebih dahulu atau dimakan terus pun boleh
Jeruk Ikan ini sangat sesuai dimakan bersama dengan nasi putih. 

Image may contain: text and food

Sebarang tempahan dan info boleh menghubungi nombor yang tertera dalam gambar di atas.



JERUK BAMBANGAN

2

Image may contain: food

Jeruk Bambangan atau dipanggil Bosou Bambangan dalam bahasa Kadazan Dusun.
Makanan tradisi yang sangat digemari di sabah.

Makanan hasilan dari buah Bambangan yang telah masak dan dihiris nipis kemudian dicampurkan dengan parutan biji buah Bambangan (berwarna putih). 
Jeruk Bambangan ini sedap dimakan bersama dengan nasi putih. 

Image may contain: text

Sebarang tempahan atau info boleh hubungi nombor yang tertera di dalam gambar di atas.



Wednesday, September 5, 2018

JENIS JENIS SERAI MAKAN

0

Herba ini merupakan salah satu bahan yang selalu digunakan dalam masakan kita. Dalam Produk QueYun TUHAU juga herba ini adalah salah satu bahan yang harus ada.

Ada dua jenis Serai Makan iaitu Serai Kampung dan Serai Peha Ayam. Selalunya mudah didapati di pasar-pasar atau pun di tamu-tamu minggu. Harga cuma RM1 sahaja untuk satu ikat.  Gambar di bawah ini admin ambil semasa berjalan-jalan di tamu minggu Telipok.

serai, serai makan
Serai Peha Ayam
 Ini ialah Serai Peha Ayam. Kenapa namanya Serai Peha Ayam admin pun kurang pasti. Mungkin juga sebab batangnya atau rizomnya agak gemuk sikit berbanding dengan Serai Kampung.

serai, serai makan
Serai Kampung
Ini pula Serai Kampung. Rizomnya comel-comel berbanding dengan Serai Peha ayam. Jenis serai ini aromanya lebih wangi dan sedap dicampurkan dalam masakkan.

Serai ini mudah tumbuh sebenarnya. Serai merupakan sejenis tanaman yang tahan kemarau. Kalau ada kerajinan menanamnya lagi bagus. Tanam di luar kawasan rumah pun boleh. Tunggu dalam 8 bulan dapatlah korang hasilnya nanti.


google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0