Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
|
Pameran Jualan di Kiulu. |
Santai-santai kali ini. QueYun menyertai pameran jualan bersama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran. Bertempat di kawasan Pusat Rekreasi Sungai Tagal, Kampung Poturidong, Kiulu Tamparuli, Sabah.
Program adalah sempena lawatan oleh Ketua Pengarah LPP Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Haji Salim bin Haji Taha ke Pusat Rekreasi Tagal, Kampung Poturidong Kiulu.
|
Terima Kasih Dato dan Isteri. |
Ketua Pengarah LPP Malaysia bersama isteri berada di booth pameran. Terima kasih Dato' Haji bin Haji Taha dan isteri sudi bekunjung ke booth pameran para usahawan. Terima kasih juga sudi mencuba produk Queyun, Sambal Tuhau Udang. Siap cicah dengan pisang goreng lagi.
|
Sungai Tagal Kampung Poturidong Kiulu, Tamparuli. |
Menarik di Kg. Poturidong Baru ialah sungai Tagal dengan ikan Kelahnya yang menjadi tumpuan setiap pengunjung yang datang ke sini.
Bermain dengan ikan kelah satu kemestian yang harus dicuba di sini. Dengan air sungainya yang jernih sejuk dan suasana pemandangan hijau sekeliling akan menjadi satu kenangan buat para pengunjung.
|
Multi Pes Tuhau |
Jambatan gantung Sungai Tagal Kampung Poturidong, Kiulu nun ada di sana. Salah satu laluan untuk menuju ke tempat pusat rekreasi ini.
Karnival Belia Tuaran 1 Malaysia Youth Cities (1MYC) 2018 telah pun berlangsung sejak 24hb Febuari. Karnival ini adalah anjuran Kelab Belia Pekan Tuaran bersama dengan Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia, Pejabat Daerah Tuaran, Majlis Daerah Tuaran, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran, Pejabat Belia dan Sukan Pantai Barat serta agensi-agensi dan persatuan-persatuan belia daerah Tuaran.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival ini. Antaranya ialah PESTA BUNDLE DAN JUALAN GERAI, PERTANDINGAN "TUARAN GOT TALENT 1MYC18", PERTANDINGAN STRONGEST MEN, PERTANDINGAN MOTOR DAY dan ada banyak lagi.
|
Temui Team QueYun di Dataran Padang Tuaran sempena Karnival Belia Tuaran 2018. |
Team QueYun juga akan turut serta dalam Karnival Belia ini selama dua hari. Bermula 2hb hingga 3hb Mac. bagi para peminat produk QueYun jangan lupa datang beramai-ramai ke Booth QueYun nanti ya. Produk laju laris seperti Serunding Tuhau, Sambal Tuhau Bilis, Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Cili Padi dan Sambal Tuhau Liking akan ada di booth QueYun nanti.
|
Antara aktiviti yang akan diadakan. Pertandingan Tarian Singa. 4hb Mac 2018. |
Hah!! korang yang ada masa hujung minggu ini jom lah datang beramai-ramai. Pengisian aktiviti dalam karnival ini semuanya best-best belaka.
|
Bengkel Skim Pensijilan MeSTI |
Selama dua hari bengkel Skim Pensijilan MeSTI ini berlangsung. 19hb dan 20hb Febuari 2018. Bertempat di Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah.
Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (IAT-MOA). QueYun Enterprise salah satu yang terpilih untuk turus serta dalam bengkel ini. Terima kasih kerana memilih QueYun Enterprise untuk mengikuti bengkel ini.
Dua hari dengan para usahawan seluruh Sabah, menuntut ilmu bersama-sama. Pengisian sangat memberi manfaat. Dengan penyampian santai pegawai yang dijemput tak rasa mengantuk dibuatnya.
Sedikit Info tentang Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MeSTI):
- Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan Pensijilan MeSTI, iaitu salah satu skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) untuk industri makanan terutamnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
- Skim pensijilan adalah PERCUMA kepada semua industri makanan.
- Permohonan pensijilan MeSTI boleh dibuat secara online di http://fosimdomestic.mph.gov.my
Untuk pertama kalinya QueYun berpeluang bersama-sama dengan para usahawan dalam program KRT Taman Sri Rugarding (TSR) dan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) 'Clustering Tuaran'.
Meriah dengan kehadiran penduduk sekitar TSR. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Negeri Sabah.
Lawatan pameran jualan oleh Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau. Terima kasih Datuk atas kata semangat dan nasihat yang diberi. QueYun TUHAU akan terus berusaha untuk maju kehadapn dan senantiasa memperbaiki kekurangan dan kelemahan jika ada.
Antara usahawan yang ada semasa program.
Mari datang beramai-ramai ke TAMU BESAR KPD 2018. Bertempat di Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat,Likas. Akan berlangsung hari ini 10hb hingga 11hb Febuari 2018. Program bermula seawal jam 6 pagi hinggalah 6 petang nanti.
Program sempena perayaan Tahun Baru cina ini menyediakan pelbagai jualan murah dan acara yang menarik.Jualan para usahawan iks juga ada. QueYun TUHAU turut terlibat dalam program ini. Jadi kepada para peminat Tuhau, jom mari datang sini. Harga kasih sayang menanti anda. Rugi tak datang tau..!! 😉
Cik akak, abang jom lah datang dengan anak-anak. Aktiviti mewarna untuk anak-anak juga ada. santai-santai karaoke, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Sambil shopping, sambil beriadah bersama keluarga.