Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah, DIDR, MID dan MPS. Kali ini SDSI berkampung di Plazza Harbour Mall, Sandakan SABAH. Selama tiga hari akan berlangsung. Bermula 4hb sehingga 6hb Ogos 2017.
QueYun berpeluang bersama warga Sandakan tahun ini. Bersama-sama dengan para usahawan yang lain menyertai EXPO besar-besaran ini. Terima kasih kepada para penganjur yang berusaha untuk menjayakan program ini. Usaha yang amat membantu para IKS bagi memperkenalkan produk masing-masing.