Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
|
SAMBAL TUHAU CILI PADI |
Sambal Tuhau Cili Padi, produk terbaru dari QueYun TUHAU. Produk ini terhasil adalah kerana atas permintaan dari pelanggan yang inginkan sambal yang pedas kaw-kaw..
Bagi yang inginkan rasa pedas yang lebih bolehlah mencuba Sambal Tuhau Cili Padi ini. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai pencicah makanan. Makan dengan ikan goreng dan ikan bakar memang satu kombinasi yang terbaaiiikkk.
Kursus Keusahawanan Pemasaran Agromakanan Secara Online anjuran FAMA. Program ini berlangsung selama dua hari pada 25 - 26 April 2016. Bertempat di Hotel Soluxe Putatan, Sabah.
|
KURSUS KEUSAHAWANAN PEMASARAN AGROMAKANAN SECARA ONLINE |
Ramai peserta yang datang mengikuti program ini. Memang tidak rugi bagi sesiapa yang datang menyertai kursus dua hari ini. Banyak ilmu baru yang sangat-sangat memberi manfaat buat para usahawan. Antara yang best ialah para usahawan diberikan Tools marketing online yang terbaik. menarik, mudah, mengujakan dan rasa tidak sabar untuk mempraktikannya. Terima kasih Uncle Zin.
|
AgroBazaar Online |
Uncle zin, antara penceramah yang memberi penerangan bagaimana
AgroBazaar sebagai platform
para usahawan mempromosikan produk secara online.
Walaupun cuma dua hari tapi input yang diberi memang terbaik!!
Tahniah dan terima kasih kepada pihak
FAMA kerana menjemput QueYun Enteprise untuk turut serta dalam program yang hebat ini.
Menghadiri Program Latihan Pemasaran Secara Atas Talian yang dikelola oleh agensi kerajaan iaitu Jabatan Pembangunan & Penyelidikan Perindustrian (DIDR), MITI dan MYNIC pada 14hb April 2016 bertempat di SKY Hotel Kota Kinabalu. Peserta program ini diajar bagaimana aplikasi WordPress dapat membantu usahawan-usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.
|
Program Transformasi dan Globalisasi Bumiputera Dalam Industri Halal
|
PROGRAM TRANSFORMASI dan GLOBALISASI ini adalah program anjuran PERDASAMA. Program ini berlansung selama dua hari. Bertempat di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu pada
13-14 April 2016 yang lalu. Dengan kerjasama bersama MITI, INSKEN, JAKIM, HDC dan KKM.
Program ini banyak memberikan input kepada peserta teutama sekali bagi yang baru mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Dalam program ini, peserta kursus diberikan penerangan yang terperinci bagaimana untuk mendapatkan Pensijilan Halal untuk syarikat dan juga bagaimana membina jenama sekaligus dapat menerokai pasaran antarabangsa. Terima kasih kepada pihak PERDASAMA kerana menganjurkan program seperti ini. Diharap akan ada lagi program yang menyusul di masa akan datang.
Sempat bergambar dengan peserta kursus yang lain. Bertuah berkenalan dengan
mereka. Banyak ilmu yang admin dapat hasil perkongsian dari mereka. Mereka merupakan usahawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang masing-masing.
|
SAMBAL TUHAU UDANG |
SAMBAL TUHAU UDANG tumis. Rasanya pedas, manis dan masam. Gabungan tiga rasa ini
pasti membangkit selera. Sesuai dijadikan campuran dalam nasi goreng, mihun
goreng atau sebagi pencicah makanan.
Juga sesuai untuk untuk resepi sambal anda seperti sambal udang, sotong
dan ikan. Boleh ditambahkan air jika mahu. Ianya memudahkan dan menjmatkan masa
dalam penyediaan makanan seisi keluarga.
|
SAMBAL TUHAU UDANG |
Sambal Tuhau, pedas..manis..masam...Nak cuba boleh hubungi kami terus di SINI.
Komen dari pelanggan... Alhamdulillah...Terima kasih atas komennya.. (^^)