Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
SAMBAL TUHAU BILIS. JUADAH BERBUKA PUASA UNTUK BULAN INI.
.
Produk Ready To Eat. Mudah dan ringkas. Sesuai untuk anda yang tidak ada masa memasak di bulan ramadhan ini.
Bah!! Jangan kasi lama. Jom Try Testt TUHAU. Jom mari beli TUHAU.
😉
Hubungi kami ditalian:
http://www.wasap/0128019875
http://www.wasap/0128019875
http://www.wasap/0128344345
http://www.wasap/0128344345
50% DISKAUN!!!! 50% DISKAUN!!! 50% diskaun yang ditawarkan untuk semua produk.
|
Kedai 333 Agro Mart Plaza Penampang, Sabah |
Diskaun hebat yang ditawarkan untuk semua produk diberikan sempena pembukaan KEDAI 33 AGRO MART pada 30 April 2018 (isnin). Program akan berlangsung pada Jam 9 pagi hingga 9 malam.
Ada pelbagai produk yang ada di kedai ini. Produk Peladang dan juga produk para usahawan Sabah seperti kerepek, sambal, biskut, minuman, sos dan banyak lagi.
|
Produk Tempatan Sabah |
Produk QueYun Tuhau juga turut ada di Kedai 333 Agro Mart ini. Pada anda yang berada di kawasan Kota Kinabalu dan ingin mencuba produk QueYun Tuhau, boleh lah datang semasa pelancaran pembukaan kedai ini nanti.
Terdapat lima jenis produk QueYun Tuhau di kedai ini. Jeruk Tuhau, Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis, Sambal Tuhau Cili Padi dan Multi Pes Tuhau.
|
Produk QueYun |
Jadi jangan tunggu lama ya!! datang lah beramai-ramai ke Kedai 333 Agro Mart Plaza Penampang. Tawaran diskaun hebat ditawarkan pada 30hb April 2018. Bermula jam 9 pagi hingga 9 malam nanti.
Jom datang serbu!! Jom support produk tempatan!!!
Kali ini Queyun TUHAU bersama dengan pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah. Merupakan pelajar tahun akhir bagi Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan.
|
Tugasan pelajar UMS |
Tugasan pelajar yang diberikan. Indeks Glisemik bagi Makanan Terpilih. Tuhau merupakan makanan tradisional Sabah yang menjadi pilihan pelajar ini.
|
Temubual bersama dengan pelajar UMS, Sabah. |
Terima kasih kerana memilih QueYun TUHAU. Seronok sebenarnya bersama dengan pelajar ini. Perbualan santai dengan suasana tempat yang juga santai. Semoga info yang kami kongsikan dapat membantu untuk menyiapkan tugasan.
|
Pizza Tuhau |
Kalau sebelum ini Pelajar dari
Politeknik Sabah pernah
mencuba kuih Cakui cicah Sambal Tuhau. Kali ini, pelajar UMS ini pula berpeluang mencuba Pizza Tuhau. Hah!! korang dah pernah cuba tak..??
|
Cuba jangan tak cuba. |
Alhamdulillah.. Terima kasih pada adik-adik berdua ini. Sudi cuba Tuhau dari kami. Gabungan rasa Pizza dan makanan tradisional dari Sabah iaitu Sambal Tuhau.
|
Pizza TUHAU. Rasa unik yang HARUS dicuba!!
|
Terima kasih sekali lagi buat adik Fiona kerana telah memilih kami untuk tugasan tahun akhirnya. Moga berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya nanti. Semoga berjaya dalam pelajaran dan apa juga bidang kerjaya yang akan dilakukan.
Kali ini berkursus di Hotel Pan Borneo, Putatan. Program ini dianjurkan oleh pihak FAMA. Kursus kali ini adalah mengenai Strategi Pemasaran Agromakanan melalui Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan produk. Tajuk kursus yang menarik.
Peserta diberi penerangan oleh En. Noh Bin Nik Wan, Pengarah Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundangan dari Ibu Pejabat Selayang.
Tiga tajuk utama dikongsikan dalam program ini. Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan. Ketiga-tiga perkara ini memainkan peranan penting dalam pemasaran produk.
Tips untuk menjadi usahawan berjaya juga dikongsikan. Tips merupakan perkongsian dari seorang usahawan yang telah berjaya. Sangat memberikan inspirasi pada usahawan terutama sekali yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Pengisian program sepanjang sehari ini sangat banyak memberi manfaat. Terima kasih FAMA, kerana memberi peluang pada QueYun untuk menyertai kursus ini.
Kali ini pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari UUM datang bertemu dengan kami untuk membuat tugasan.
Cik Kasny bersama dengan pemilik QueYun TUHAU.
Surat permohonan kebenaran pengumpulan data UUM.
Terima kasih sudi memilih kami. Mudah-mudahan info yang diberi dapat membantu tugasan kalian. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diambil.