Friday, April 6, 2018

STRATEGI PEMASARAN AGROMAKANAN MELALUI PEMBUNGKUSAN, PELABELAN & PENJENAMAAN

0

Kali ini berkursus di Hotel Pan Borneo, Putatan. Program ini dianjurkan oleh pihak FAMA. Kursus kali ini adalah mengenai Strategi Pemasaran Agromakanan melalui Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan produk. Tajuk kursus yang menarik.  
 

Peserta diberi penerangan oleh En. Noh Bin Nik Wan, Pengarah Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundangan dari Ibu Pejabat Selayang.

Tiga tajuk utama dikongsikan dalam program ini. Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan. Ketiga-tiga perkara ini memainkan peranan penting dalam pemasaran produk.

Tips untuk menjadi usahawan berjaya juga dikongsikan. Tips merupakan perkongsian dari seorang usahawan yang telah berjaya. Sangat memberikan inspirasi pada usahawan terutama sekali yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Pengisian program sepanjang sehari ini sangat banyak memberi manfaat. Terima kasih FAMA, kerana memberi peluang pada QueYun untuk menyertai kursus ini.
 

Related Posts:

  • HARI TERBUKA Pi1M PUTERA JAYA TELIPOK Pengunjung Pi1M Puters Jaya Telipok Hari Terbuka Pi1M Putera Jaya Telipok 24 September lalu. Meriah suasana dengan kehadiran kanak-kanak dan para pengguna  Pusat Internet sekitar Putera Jaya Telipok. Pelb… Read More
  • PENERANGAN PRODUK TUHAU Ada empat jenis produk keluaran QueYun iaitu : SERUNDING TUHAU SAMBAL TUHAU JERUK TUHAU MULTI PES TUHAU 1) Serunding Tuhau adalah bahagian batang tuhau yang lembut dihiris nipis secara memanjang dan digoreng se… Read More
  • PELANCARAN PROGRAM SUPPLY CHAIN SHARED SERVICE & OUTSOURCING (SSO) Satu program telah dilancarkan pada 04 September 2016 lalu. Bertempat di luar legar G_Mart Tuaran. Program ini telah dirsmikam oleh YB Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri/ Menteri Pembangunan… Read More
  • PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M) PUTERA JAYA TELIPOK Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Putera Jaya Telipok Di sini lah selalunya admin selalu berada untuk update blog, buat design sticker, banner dan banting. Bila ada saja masa terluang, admin akan berkunjung ke sini. Suasa… Read More
  • QUEYUN TUHAU DI HYPERMARKET CHUA KAH SENG (CKS) Produk QueYun, kini boleh didapati di Hypermarket/Supermarket Chua Kah Seng(CKS). Bagi para peminat makanan tuhau, bolehlah dapatkan di outlet CKS Telipok, CKS Menggatal dan juga CKS Sulaman.  Hypermarket CKS M… Read More

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0