Kali ini Queyun TUHAU bersama dengan pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah. Merupakan pelajar tahun akhir bagi Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan.
![]() |
Tugasan pelajar UMS |
Tugasan pelajar yang diberikan. Indeks Glisemik bagi Makanan Terpilih. Tuhau merupakan makanan tradisional Sabah yang menjadi pilihan pelajar ini.
![]() |
Temubual bersama dengan pelajar UMS, Sabah. |
Terima kasih kerana memilih QueYun TUHAU. Seronok sebenarnya bersama dengan pelajar ini. Perbualan santai dengan suasana tempat yang juga santai. Semoga info yang kami kongsikan dapat membantu untuk menyiapkan tugasan.
![]() |
Pizza Tuhau |
Kalau sebelum ini Pelajar dari Politeknik Sabah pernah mencuba kuih Cakui cicah Sambal Tuhau. Kali ini, pelajar UMS ini pula berpeluang mencuba Pizza Tuhau. Hah!! korang dah pernah cuba tak..??
![]() |
Cuba jangan tak cuba. |
Alhamdulillah.. Terima kasih pada adik-adik berdua ini. Sudi cuba Tuhau dari kami. Gabungan rasa Pizza dan makanan tradisional dari Sabah iaitu Sambal Tuhau.
![]() |
Pizza TUHAU. Rasa unik yang HARUS dicuba!!
|
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi meninggalkan jejak.