Sunday, July 27, 2025

LAWATAN PERHEBAT KE PREMIS QUEYUN– Sokongan Buat Usahawan Tempatan Sabah

0

Beberapa minggu lalu, QueYun Enterprise menerima satu kunjungan bermakna daripada pihak PERHEBAT (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) ke premis kami di Kg. Nahirot, Tamparuli, Sabah. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PERHEBAT untuk memahami secara dekat perjalanan usahawan veteran dan komuniti luar bandar yang aktif dalam keusahawanan makanan.

Siapa PERHEBAT?

PERHEBAT merupakan agensi yang berperanan dalam menyediakan latihan, sokongan, dan peluang keusahawanan kepada anggota tentera yang akan atau telah bersara, serta menyokong pembangunan usahawan dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

Semasa lawatan, pihak PERHEBAT dibawa meninjau:

  • Proses penghasilan Sambal Tuhau dan Jeruk Tuhau

  • Kebersihan dan susun atur kilang mini QueYun

  • Rangkaian pemasaran kami – dari kampung ke pasar raya dan platform digital

Mereka turut diberi penerangan tentang:

Menggunakan bahan mentah asli dari komuniti sekitar, Packaging dan Pelabelan Produk, Mengangkat Tuhau sebagai ikon makanan Sabah dengan pembungkusan moden

Sepanjang lawatan, para pegawai dan wakil PERHEBAT diberi taklimat menyeluruh mengenai:

  • Proses pembungkusan dan pelabelan produk QueYun, termasuk pematuhan piawaian kebersihan dan kualiti
  • Demonstrasi langsung cara memotong tuhau segar – satu pengalaman hands-on yang membuka mata tentang keunikan bahan tradisi Sabah ini






Mereka juga berpeluang:

  • Merasa sendiri tester produk seperti Sambal Tuhau dan Jeruk Tuhau yang telah siap diproses
  • Membeli produk QueYun secara langsung, sebagai tanda sokongan terhadap usahawan tempatan dan warisan makanan negeri ini

Suasana semasa sesi ini sangat mesra dan interaktif. Ramai yang teruja apabila mencuba tuhau buat pertama kali, dan tertarik dengan bagaimana QueYun menggabungkan resipi tradisi dengan pembungkusan moden yang bersih dan menarik.




Terima Kasih PERHEBAT

Kami amat menghargai lawatan ini dan berharap dapat terus bekerjasama dalam inisiatif memperkasa komuniti luar bandar melalui keusahawanan. QueYun akan terus berusaha mengekalkan kualiti, inovasi, dan identiti dalam setiap produk – sambil memberi impak kepada masyarakat



Sunday, July 20, 2025

QueYun di SICC – Menyemarak Semangat Wanita Usahawan Sabah

0

 Pada 24 Jun 2025, QueYun Enterprise telah diberi peluang untuk menyertai Program Pemerkasaan Wanita Sabah anjuran MARA, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Program ini menghimpunkan wanita-wanita usahawan dari seluruh pelusuk Sabah dalam satu acara berimpak tinggi.


Kami bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dan membawa bersama kisah serta produk dari kampung kami – Sambal Tuhau, Jeruk Tuhau & Kou Cong.

Produk QueYun Yang Diperkenalkan

Semasa pameran, QueYun mengetengahkan:

  • Sambal Tuhau Ikan Bilis & Ikan Masin – resipi asli, warisan Dusun

  • Jeruk Tuhau  – rasa pedas-manis dengan bau semulajadi

Ramai pengunjung yang teruja mencuba produk kami, dan juga menjadi GIF kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pengalaman di Tapak Pameran

Aktiviti pameran ini bukan sahaja membuka ruang jualan, tetapi menjadi platform penting untuk:

  • Mendengar maklum balas terus daripada pelanggan
  • Menjalin hubungan dengan agensi, pembeli, dan rakan niaga baharu
Kami berbangga dapat berkongsi tentang tuhau sebagai warisan makanan Sabah dan bagaimana ia diproses dengan cara yang bersih, moden dan berkualiti.

Terima Kasih MARA

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MARA atas penganjuran program ini. Sebagai perniagaan kecil yang diasaskan oleh wanita kampung, peluang sebegini memberi semangat dan ruang kepada kami untuk terus maju dan memberi impak kepada komuniti.

Sunday, July 13, 2025

TEMPAHAN GIFT EKSKLUSIF TUHAU

0

Tempahan Gift Eksklusif Tuhau – Cerita di Sebalik Setiap Hadiah

Beberapa hari lepas, kami di QueYun Enterprise diberi kepercayaan untuk menyiapkan satu tempahan gift set eksklusif produk Tuhau sempena program anjuran SME Corp. Di sebalik susunan rapi dan rekaan menarik setiap pek hadiah, tersembunyi satu cerita yang kami banggakan untuk dikongsi.




 Apa Dalam Gift Tuhau Ini?

Setiap pek mengandungi pilihan produk tradisi Sabah yang diolah secara moden:

  • Sambal Tuhau Ikan Bilis 
  • Sambal Tuhau Ikan Masin

Kami bukan sekadar menjual makanan, tetapi menyampaikan rasa dan warisan Sabah dalam bentuk hadiah yang istimewa.

Tempahan kali ini mereka mahukan sesuatu yang:

  • Unik & asli dari Sabah
  • Sesuai dijadikan hadiah korporat
  • Boleh beri impak kepada komuniti setempat

Dan di situlah Tuhau dari QueYun memenuhi keperluan mereka.

Cerita Disebalik Tirai

Setiap unit disiapkan secara teliti oleh team kecil kami yang terdiri dari anak-anak kampung di Kg. Nahirot, Tamparuli. Bahan-bahan seperti Tuhau segar pula dihantar oleh pengumpul dari pedalaman yang menyeberangi sungai & menaiki bukit demi hasil terbaik.

Jadi bila anda terima gift ini, anda sebenarnya sedang menyokong:

  • Komuniti kampung yang mengumpul dan memproses bahan mentah
  • Usahawan mikro tempatan yang bertungkus-lumus menjaga kualiti
  • Warisan makanan Sabah yang kian dilupakan

Berminat Tempah Gift Set Tuhau?

Kami menerima tempahan untuk:

  • Program rasmi
  • Cenderahati pelancong
  • Goodies korporat
  • Hadiah eksklusif VIP

Boleh custom ikut tema atau bajet anda.



Sunday, July 6, 2025

NASI GORENG TUHAU– Tempahan Siap Dihantar!

0

 Alhamdulillah, pada 6 Julai 2025 yang lalu, kami berjaya menyiapkan satu tempahan khas untuk menu istimewa Nasi Goreng Tuhau. Tempahan ini telah pun siap dimasak dan dihantar tepat pada masanya untuk pelanggan kami.

Menu ini menggunakan bahan utama tradisi Sabah iaitu Tuhau segar, digoreng bersama nasi, bawang, telur, kicap, perasa, dan sedikit sentuhan istimewa dari kami menggunakan butter dan minyak pilihan. Hiasan dengan hirisan cili merah segar dan daun bawang menambahkan seri serta aroma yang menyelerakan.

Gambar di bawah ini adalah hasil sebenar tempahan kami. Dimasak dalam kuantiti besar menggunakan kuali industri, namun tetap mengekalkan rasa asli dan kualiti premium setiap suapan.


Terima kasih kepada pelanggan kami yang mempercayai produk dari QueYun Enterprise. Kami akan terus memartabatkan tuhau sebagai makanan warisan negeri Sabah.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan nasi goreng tuhau dalam kuantiti kecil atau besar untuk majlis, program atau jualan, sila hubungi kami melalui:
📞 WhatsApp: 0197964170
📍 Lokasi: Kg. Nahirot, Tamparuli, Sabah


Wednesday, April 23, 2025

SIFEX 2025 - Rasa Asli Sabah Berkumpul di SICC

0


Sabah International Food Expo 2025: Rasa Asli Sabah Berkumpul di SICC

Sabah International Food Expo (SIFEX) 2025 bakal berlangsung pada 25–27 April di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu. Acara bertemakan “Taste for Business” ini menghimpunkan pelbagai pengeluar makanan tempatan dan inovasi rasa dari negeri dan rantau sekitarnya.

SAMBAL

Di Booth No. 163, Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) membawakan barisan produk unggul—dan Sambal Tuhau Queyun pula tidak ketinggalan! Dibuat 100% daripada tuhau segar pilihan kampung, ia menawarkan kepedasan dan keunikan rasa yang asli Sabah.

Pengunjung boleh mencuba sampel percuma, dapatkan promosi istimewa, serta peluang menjadi pengedar di Sabah, Sarawak & Brunei. Jangan lepaskan peluang menyokong usahawan tempatan dan membawa pulang rasa asli negeri!

Tarikh: 25–27 April 2025
Lokasi: SICC, Kota Kinabalu
Booth: No. 163 (KO-NELAYAN)

Saturday, March 29, 2025

RESEPI : SANDWICH SAMBAL TUHAU AYAM

0

 Sandwich Sambal Tuhau Ayam

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti gandum

  • 2 sudu makan Sambal Tuhau QueYun

  • 100g dada ayam (rebus dan disiat halus)

  • 2 sudu makan mayonis

  • 1 keping keju cheddar

  • 2 helai daun salad

  • 1 biji tomato (dihiris)

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan dada ayam dengan mayonis dan Sambal Tuhau QueYun.

  2. Sapu campuran ayam di atas sekeping roti.

  3. Letakkan keju, daun salad, dan tomato.

  4. Tutup dengan sekeping roti yang lain dan tekan sedikit.

  5. Potong dua dan hidangkan segera.

Friday, March 21, 2025

RESEPI : PIZZA MINI SAMBAL TUHAU

0

 Pizza Mini Sambal Tuhau

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti (putih atau gandum penuh)

  • 4 sudu makan Sambal Tuhau QueYun

  • 100g keju mozzarella (parut)

  • 1 biji tomato (dihiris nipis)

  • 1 sudu makan minyak zaitun

Cara Penyediaan:

  1. Sapukan minyak zaitun pada permukaan roti.

  2. Sapu Sambal Tuhau QueYun di atas roti.

  3. Letakkan hirisan tomato dan taburkan keju mozzarella

  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga keju cair dan keperangan.

  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.


Sunday, March 16, 2025

RESEPI : ROTI GULUNG SAMBAL TUHAU QUEYUN

0

 Roti Gulung Sambal Tuhau QueYun

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti putih

  • 3 sudu makan Sambal Tuhau QueYun

  • 1 biji telur (dipukul)

  • 2 sudu makan mentega

  • 50g keju parut (pilihan)

  • Sedikit daun bawang (dihiris halus)

Cara Penyediaan:

  1. Leperkan roti menggunakan penggulung doh atau tangan.

  2. Sapu Sambal Tuhau QueYun di atas setiap keping roti.

  3. Taburkan keju parut jika suka, kemudian gulung roti dengan kemas.

  4. Celup gulungan roti ke dalam telur yang telah dipukul.

  5. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng roti gulung sehingga keemasan di semua bahagian.

  6. Angkat dan taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.


Tuhau boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan, termasuk sambal, serunding, dan hidangan moden seperti roti bakar serta roti gulung. Dengan rasa dan aroma yang unik, ia pasti menambahkan kelazatan dalam setiap hidangan anda. Cubalah resepi ini dan rasai keunikan tuhau dalam masakan harian anda!

Thursday, March 13, 2025

RESEPI : TELUR DADAR TUHAU

0

 Telur Dadar Tuhau

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur

  • 2 sudu makan tuhau (dicincang halus)

  • 1 sudu makan bawang besar (dihiris halus)

  • 1 sudu teh garam

  • 1 sudu teh lada putih

  • 2 sudu makan minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.

  2. Masukkan tuhau cincang, bawang besar, garam, dan lada putih. Gaul rata.

  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan adunan telur.

  4. Masak hingga keemasan di kedua-dua belah.

  5. Angkat dan sedia dihidangkan dengan nasi panas atau sebagai lauk sampingan.

Tuhau bukan sahaja enak dimakan mentah sebagai jeruk, tetapi juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Dengan aroma dan rasa yang unik, masakan berasaskan tuhau pasti menambah selera dan memberikan pengalaman rasa yang berbeza! Cubalah resepi ini dan nikmati keistimewaan tuhau dalam hidangan harian anda.

Jika anda mencari tuhau segar atau produk berasaskan tuhau, layari Tuhau QueYun untuk mendapatkannya!

Sunday, March 9, 2025

KENAPA TUHAU JADI MAKANAN TRADISI ORANG SABAH?

0

Tuhau adalah salah satu makanan tradisional Sabah yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan, terutamanya suku Kadazandusun. Dengan bau yang unik dan rasa yang menyengat, tuhau telah menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan makanan yang diwarisi sejak turun-temurun. Tetapi apa yang menjadikan tuhau begitu istimewa sehingga terus menjadi makanan tradisi di Sabah?

1. Sumber Makanan Asli dari Alam Semula Jadi

Sabah terkenal dengan hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi, termasuk tumbuhan liar seperti tuhau. Tuhau berasal dari keluarga halia (Zingiberaceae) dan tumbuh secara liar di kawasan tanah tinggi, terutama di pedalaman Sabah. Oleh kerana masyarakat tempatan banyak bergantung kepada hasil hutan untuk makanan, tuhau menjadi salah satu tumbuhan yang dikumpulkan dan dimanfaatkan sejak zaman dahulu.

2. Kaedah Penyimpanan Makanan Tradisional

Dahulu, petani dan pemburu di Sabah memerlukan cara untuk menyimpan makanan supaya tahan lebih lama, terutama bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman. Oleh sebab itu, masyarakat Kadazandusun mula mengamalkan teknik mengawet makanan, termasuk membuat jeruk tuhau. Dengan menggunakan cuka, garam, dan cili, mereka dapat menyimpan tuhau untuk jangka masa yang lebih lama tanpa perlu peti sejuk. Kaedah ini membantu memastikan bekalan makanan tetap ada walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

3. Rasa yang Unik dan Pelbagai Cara Penyediaan

Walaupun baunya kuat dan boleh dikatakan “menusuk hidung”, masyarakat Sabah tetap menyukai tuhau kerana rasanya yang unik. Tuhau boleh disediakan dalam pelbagai cara, antaranya:

  • Jeruk Tuhau – Diperam dengan cuka dan garam untuk rasa masam dan segar.

  • Sambal Tuhau – Dicampur dengan cili dan belacan untuk rasa pedas yang menyelerakan.

  • Serunding Tuhau – Dimakan dengan nasi atau sebagai kudapan.

4. Sebagai Identiti Budaya Sabah

Makanan sering dikaitkan dengan identiti sesuatu masyarakat, dan tuhau adalah simbol warisan budaya orang Sabah, khususnya suku Kadazandusun. Di majlis kenduri, pesta kaamatan, dan perayaan tradisional, tuhau sering dihidangkan sebagai pelengkap hidangan utama. Generasi muda juga semakin mengenali dan menghargai tuhau sebagai sebahagian daripada budaya mereka.

Tuhau bukan sekadar makanan biasa, tetapi ia adalah sebahagian daripada sejarah, budaya, dan identiti masyarakat Sabah. Keunikan rasanya, kaedah penyediaannya yang tradisional, serta manfaat kesihatannya menjadikan tuhau terus kekal sebagai makanan tradisi yang dihargai hingga ke hari ini. Malah, dengan perkembangan industri makanan moden, produk berasaskan tuhau kini semakin dikenali di seluruh Malaysia dan berpotensi menjadi salah satu ikon makanan Sabah yang dibanggakan.


Untuk mencuba produk tuhau asli, lawati Tuhau QueYun dan nikmati keunikan rasanya!

Friday, March 7, 2025

TUHAU WARISAN MAKANAN SABAH

0

Tuhau: Herba Unik Sabah yang Semakin Popular

Tuhau adalah sejenis tumbuhan liar dari keluarga halia yang banyak ditemui di Sabah, terutama di kawasan tanah tinggi dan hutan hujan tropika. Ia terkenal dalam kalangan masyarakat Kadazandusun sebagai makanan tradisional yang sering dijadikan jeruk, sambal, atau serunding. Dengan aroma yang kuat dan rasa yang unik, tuhau semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan tetapi juga di peringkat nasional.

Asal Usul dan Cara Mendapatkan Tuhau

Tuhau biasanya tumbuh di kawasan yang sejuk dan lembap seperti di pedalaman Sabah. Penduduk kampung akan mencarinya di dalam hutan, mendaki bukit, dan menyeberangi sungai untuk mendapatkan tumbuhan ini. Setelah dituai, batang tuhau akan dikupas dan dicincang sebelum diproses menjadi pelbagai jenis makanan.

Pelbagai Produk Berasaskan Tuhau

Di pasaran, tuhau kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk:

  1. Jeruk Tuhau – Diperam dengan cuka dan garam untuk mengekalkan kesegarannya.

  2. Sambal Tuhau – Dicampur dengan cili dan bahan lain untuk menambah rasa pedas.

  3. Serunding Tuhau – Dimasak hingga kering bersama ikan bilis atau daging untuk dijadikan lauk.

  4. Kuih Berasaskan Tuhau – Inovasi terbaru yang menampilkan tuhau dalam bentuk makanan ringan.

Tuhau di Pasaran dan Permintaan Semakin Meningkat

Dulu, tuhau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Kadazandusun, tetapi kini permintaannya semakin meningkat di seluruh Malaysia. Banyak usahawan Sabah mula mengkomersialkan produk tuhau dan memasarkannya melalui platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, serta di pasar raya besar.

Tuhau bukan sekadar makanan tradisional, tetapi juga satu khazanah warisan Sabah yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Dengan permintaan yang meningkat, peluang perniagaan dalam industri makanan berasaskan tuhau semakin berkembang. Jadi, bagi yang belum mencuba, inilah masanya untuk merasai sendiri keunikan dan keistimewaan tuhau!

Sekiranya anda ingin mencuba produk berasaskan tuhau, lawati Tuhau QueYun untuk mendapatkan pelbagai pilihan yang menarik!

Posted in   

Thursday, March 6, 2025

QUEYUN DI PERASMIAN TIKTOK HUB X TEKUN PENAMPANG

0

Pada 16 Febuari 2025, Queyun berpeluang menyertai acara perasmian TikTok Hub X TEKUN NASIONAL di Penampang, sebuah inisiatif baharu yang membuka lebih banyak peluang untuk usahawan tempatan memanfaatkan platform digital dalam memasarkan produk mereka.


Acara ini menghimpunkan usahawan dari pelbagai bidang. Sebagai jenama yang mengangkat keunikan tuhau, penyertaan kami dalam acara ini adalah langkah besar untuk memperkenalkan produk Jeruk Tuhau, Sambal Tuhau dan  Serunding Tuhau, kepada audiens yang lebih luas. Kami juga berpeluang bertemu dengan ramai peniaga dan berkongsi pengalaman dalam perniagaan digital.


Dengan jutaan pengguna aktif, TikTok bukan sahaja untuk hiburan, tetapi juga menjadi alat pemasaran yang berkuasa. Selepas acara ini, kami semakin bersemangat untuk berkongsi lebih banyak kandungan menarik tentang produk-produk Queyun di TikTok.

Ikuti kami di TikTok untuk melihat perkembangan Queyun!
📌 TikTok QUEYUN TUHAU

Thursday, September 26, 2024

KUIH KOU CHONG

0

Produk terkini Brand QueYun. Kuih Kou Chong inti kacang tanah. Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024.

Bermula dengan satu jenis inti, iaitu inti Kacang Tanah yang digoreng dan dikisar kasar kemudian digaulkan dengan gula dan sedikit garam. Diharap produk terbaru dari QueYun Brand ini akan mendapat sambutan dari para pelanggan nanti.

Kuih Kou Chong Inti Kacang Tanah




Jualan Booth peserta PICKSUM Sabah (BOM) sempena Program Riuh Bah bertempat di SICC.
Alhamdulillah mendapat sambutan dari para pengunjung yang datang berkunjung.







 

Friday, August 9, 2024

Tuesday, March 26, 2024

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

0

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS👇

1. Petronas  Minas Inanam

2. Petronas Minyak Suria Penampang

3. Petronas Nigajaya Luyang

4. Petronas Petrowang Likas

5. Petronas Ranau

6. Petronas Petrogaya Kepayan 

7. Petronas Johan Servis Penampang

8. Petronas Nelta Bakut Tuaran

9. Petronas Tebobon Juta Hidayah

10. Petronas Menara Cahaya KKIP

11. Petronas Minyak Haja Berungis 

12. Petronas Stesen Noorndy Kepayan

13. Petronas Syarikat Minyak Hijau Penampang

14. Petronas Pangkalan Abai Kota Belud

15. Petronas Batu 32 Sandakan


Giving You Something Immediately'

CONTACK US



23 SENARAI OUTLET BATARAS SABAH | PRODUK SAMBAL TUHAU QueYun BOLEH DIDAPATI

0

 Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet BATARAS👇


 BATARAS HYPERMARKET :

1. Bataras Grand Merdeka 

2. Bataras Putera Jaya Telipok 

3. Bataras Tamparuli 

4. Bataras Kundasang 

5. Bataras Labuan 

6. Bataras Putatan RW 

7. Bataras Sembulan 

8. Bataras  Keninagu 

9. Bataras Suria Sabah Mall 

10. Bataras Putatan 1

11. Bataras Gaya Street

12. Bataras Wawasan Plaza 

13. Bataras Kingfisher

14. Bataras Indah Permai

15. Bataras ITCC

16. Bataras Kelombong

17. Bataras Kepayan

18. Bataras Ketiau

19. Bataras Plaza 22

20. Bataras  Kepayan

21. Bataras Tawau

22. Bataras Sabindo

23. Bataras Stephen Tan


'Giving You Something Immediately'

CONTACK US


Sunday, September 3, 2023

FOOD SAMPLING BATARAS SURIA MALL SABAH

0

 


Kali ini Team QueYun TUHAU membuat Food Sampling di Hypermarket Bataras Suria Sabah Shopping Mall , Sabah. 

Aktiviti ini adalah sempena Program Durian Extravaganza bermula 30 Ogos hingga 3 September 2023.

QueYun TUHAU

Booth comel Food Sampling dari FAMA Sabah memudahkan kami mengedarkan tester percuma kepada para pelanggan. Terima kasih FAMA.

queyun tuhau

Jam 11 pagi Team QueYun mula mengedarkan tester Sambal Tuhau secara percuma.  

QueYun TUHAU

Khas untuk pelanggan QueYun, promosi QueYun Sambal Tuhau bermula dari 31 Ogos hingga 29 September 2023 di Hypermarket Bataras Suria Sabah. 

Jangan lupa dapatkan nanti ya...




Alhamdulillah, terima kasih kepada pelanggan yang singgah try testt dan beli Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand. Terima kasih menyokong prduk lokal.


QueYun TUHAU

Selesai jam 4 petang, Team QueYun membuat Food Sampling. Terima kasih FAMA SABAH ruang dan peluang kepada kami mempromosikan dan memperkenalkan produk QueYun kepada pengunjung yang datang. 

Terima kasih juga kepada pihak BATARAS SURIA SABAH  atas layanan yang sangat baik kepada kami..😊


Monday, August 28, 2023

JUALAN PROMO AMBANG MERDEKA AGROBAZAAR FAMA

0

Agrobazaar Online (ABO)
Ambang Merdeka AgroBazaar Online (ABO)


Bermula 28hb hingga 30hb Ogos 2023, Team QueYun TUHAU berkampung di ruang Lobi Hospital Likas, Kota Kinabalu SABAH sempena Jualan Promo Ambang Merdeka AgroBazaar Online FAMA.

Apa yang menarik dalam program kali ini ialah para pengunjung akan menerima Baucar diskaun bernilai RM10 dengan pembelian minimum sebanyak RM30 sahaja.

Bagi layak baucar tersebut, anda boleh layari https://www.agrobazaar.com.my/ untuk mendaftar sebagai pengguna dan nikmati baucar-baucar yang tersedia di ABO.


QueYun TUHAU

QueYun TUHAU

QueYun TUHAU

QueYun TUHAU

QueYun TUHAU

QueYun TUHAU

Jangan lupa temui kami Team QueYun TUHAU di ruang lobi Hospital Likas bermula seawal jam 7am hingga 5pm.




#QueYun #QueYunTuhau #SambalTuhau #TuhauSabah

Sunday, January 22, 2023

2023 CNY SALES FESTIVAL SURIA SABAH

0

SAMBAL TUHAU
Lawatan booth pameran usahawan Sabah oleh YB Tuan Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian.



Antara produk-produk QueYun TUHAU yang dipamerkan semasa program 2023 CNY SALES FESTIVAL di Suria Sabah pada 15 hingga 18 Januari 2023.


SAMBAL TUHAU
SURIA SABAH 
QueYun TUHAU ingin mengucapkan terima kasih kepada DIDR kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk mempamerkan dan memperkenalkan produk QueYun TUHAU kepada pelanggan di luar sana.












 

Wednesday, April 20, 2022

MINI BURGER SAMBAL TUAHU

0

Menu special kedua, Mini Burger Sambal Tuhau. Dalam program yang sama, LIVE bersama FAMA.

Selesai dengan Kek Nasi Lemak, beralih ke resepi setrusnya. Juga menggunakan Sambal Tuhau sebagai bahan utama.




Persediaan awal dibuat. Terima kasih Pengurus PEDi Putera Jaya Telipok atas usaha dalam menjayakan program LIVE bersama FAMA.



Persedian peralatan awal pagi sebelum LIVE bermula pada jam dua petang.

                                     
Mini Buger Sambal Tuhau. Saiz comel senang di makan.
Inti Mini Buger:
Salad segar, Telur dadar dan Sambal Tuhau Bilis


Sambal Tuhau Bilis dalam peket dengan berat 200g



Sambal Tuhau Bilis dalam botol. Lebih pedas dari Sambal Tuhau Bilis dalam peket.

Mana yang lebih sedap...?
Kedua-duanya pun sedap. Cuma beza pada tahap kepedasan sahaja.





Mini Buger Sambal Tuhau. Saiz comel. Sekali makan sahaja masuk ke mulut...



Selesai menu kedua menggunakan Sambal keluaran QueYun



google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0