Sunday, February 4, 2018

GAYA SQUARE KOTA KINABALU SABAH

0

Team QueYun berada di sini. Gaya Square Kota Kinabalu pada setiap ahad. Tamu hujung minggu yang sentiasa dipenuhi oleh para pengunjung tidak kira usia dan bangsa. Antara lokasi yang harus dikunjungi jika anda datang ke Kota Kinabalu. Ada macam-macam yang dijual di sini. Makanan, buah-buahan, kraftangan, pakaian dan banyak lagi. 

.Tamu, Gaya Square, Kota Kinabalu, Sabah

Subuh-subuh lagi team QueYun sudah berada di sini. Tamu minggu Gaya Square dan Gaya Street mula beroperasi seawal jam 6 pagi. Kalau yang sudah biasa datang ke tamu minggu ini, booth-booth para penjual di sini telah pun bersedia seawal jam 4 pagi lagi. Bagi pengunjung yang datang awal tu, boleh lah shopping awal-awal di sini.

                                               Tamu, Gaya Square, Kota Kinabalu, Sabah

Rezeki awal pagi. Anty Chinese ini datang untuk kali kedua walaupun cuaca ketika ini hujan. Beli tuhau lagi untuk sahabatnya dan juga keluarga. Terima kasih anty atas sokongan yang diberi. 



Booth kecil QueYun.  Alhamdulillah sentiasa dikunjungi para pengunjung. Biasanya terdiri daripada para peminat tuhau. Juga yang ingin mencuba sesuatu makanan lain dari yang lain. Kami ada sediakan tester percuma untuk korang yang datang berkunjung ke booth QueYun. Jadi boleh lah try testt dahulu sebelum mahu membeli. 

Pounsikou Support .

Cik adik manis dari Penampang ini singgah di booth kecil QueYun. Terima kasih kesudian bertandang serta sokongan terhadap produk QueYun yang berasaskan tuhau. Makanan tempatan Kadazan Dusun dari Sabah.
**Kami Pembuat dan Pembekal produk makanan tradisional berasaskan TUHAU. Follow kami @QueYun Tuhau-:FB, INSTAGRAM, GOOGLE PLUS, YOU TUBE. WHATSAPP KAMI : 012 8019875 / 012 8344348**

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.