Sekali lagi pelajar dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) datang membuat lawatan. Kali ini lawatan untuk membuat Video Dokumentari mengenai cara-cara pemprosesan makanan iaitu Jeruk Ikan.
|
Surat lawatan |
Demo cara-cara membuat Jeruk Ikan a.k.a Bosou Sada ditunjukkan kepada ketiga-tiga adik-adik ini. Penerangan diberi dari bahan-bahan dan seterusnya bagaimana membuatnya.
|
Demo cara-cara membuat Jeruk Ikan a.k.a Bosou Sada.
|
|
|
"Dah siap gaul bahan-bahan. Masukkan dalam botol. Jangan dimakan dulu. Tunggu sebulan gitu baru boleh makan" |
Selepas demo dibuat, pelajar-pelajar Program Akuakultur tahun ke tiga ini berpeluang untuk mencuba sendiri bagaimana cara-cara memproses Jeruk Ikan.
|
"Tekan sikit ya dik. Kasi mampat sikit isinya." |
Diharap dengan sedikit info dan demo yang kami berikan akan membantu adik-adik ini untuk membuat kerja kursus mereka. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami.
Kata adik-adik ini, hujung tahun ini mereka akan konvo.
Kami doakan moga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan apa juga kerjaya yang akan diceburi nanti.