Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Saturday, January 6, 2018

BATARAS HYPERMARKET BUNDUSAN

0

Buat para peminat produk QueYun,  kini produk QueYun Jeruk Tuhau ada di Hypermarket Bataras Bundusan.

Jeruk Tuhau.
Yang datang singgah ke Hypermarket Bataras, jangan lupa jenguk-jenguk produk QueYun di sini ya. Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, boleh oder online dengan kami. Hubungi nombor 012 801 9875 untuk tempahan. Penghantaran COD untuk area berdekatan. Bas Express untuk area luar Kota kinabalu. Pos Laju/Domestik untuk ke Sarawak dan Semenanjung. 😉

Pelbagai produk dari usahawan tempatan Sabah. 
Jom support. 

Friday, January 5, 2018

KDCA PENAMPANG SABAH

0

Cerita hujung tahun lalu, 2017. Sudah masuk 2018 baru berkesempatan update. Sedikit busy diawal-awal tahun ini. Hari ini baru ada kelapangan untuk update beberapa aktiviti QueYun sebelum ini.

Pameran jualan produk IKS ahli PeladangNita dari Sabah bertempat di KDCA Penampang. Selama sehari sempena pelancaran produk terbaru dari NAFAS.

Para usahawan IKS PeladangNita dijemput bersama untuk memeriahkan lagi suasana pameran.

Para Usahawan juga dijemput bersama untuk memeriahkan lagi perayaan Hari Natal di sebelah malam di dewan KDCA.

NAFAS dengan produk terbaru mereka. Terima kasih kerana memberi peluang untuk menyertai program ini.

GIANT KELOMBONG INANAM SABAH

0

Kami akan berada di Tamu minggu Hypermarket Giant  Kelombong bermula esok. Minggu pertama untuk tahun baru 2018. Semoga berjalan lancar hendaknya nanti.

Bagi anda yang datang berkunjung ke sana esok 06.01.2018 akan mendapat FREE GIFT dari kami. Untuk anda yang datang terawal ke booth kami nanti.

Jadi jangan lupa sudi-sudikan diri untuk bertandang dan mencuba produk keluaran QueYun.

Jumpa Anda Di sana.

Friday, December 22, 2017

SOTONG MASAK SAMBAL TUHAU

0

Lama pula admin tidak berkongsi resepi dengan korang. Hah..kali ini resepi adalah dari makanan laut iaitu sotong. Semudah A B C nak menyediakannya. Budak tahun 6 pun boleh buat.

Jom mari tengok caranya..

Bahan-bahan:

Sotong, Tauhu kering, bawang besar, bawang putih, kunyit dan semestinya SAMBAL TUHAU QueYun.

Cara-caranya:

Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan kunyit. Dah garing dan naik bau masukkan pula Sambal Tuhau Bilis keluaran QueYun. Tumis sekejap. Masukkan sotong dan tauhu kering. Gaul rata. Bubuh sedikit air (kalau nak). Gaul sebati. Dah siap masak boleh hidangkan. Makan dengan nasi panas-panas adalah kawannya yang paling ngam..😉

Sotong Masak Sambal Tuhau dengan Tauhu Kering.