Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Tuesday, January 15, 2019

TAMU BESAR KPD 2019

2

TAMU BESAR
TAMU BESAR KPD 2109,
TANJUNG LIPAT, KOTA KINABALU

Bukan sekadar Pasar Tamu. Tamu Besar KPD kali menyediakan hadiah untuk pengunjung-pengunjung bertuah yang ke 500, 1000, 5000 dan 10,000.

Tamu Besar ini diadakan pada 26hb-27hb Januari 2019 sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Kompleks Pemasaran KPD, Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.



Image result for TAMU BESAR KPD 2019
QueYun TUHAU @ TAMU BESAR KPD 2019

Team QueYun TUHAU juga akan turut berada di sini menyertai program ini. Kami akan berada di sini seawal 6am hingga 6pm.

Seperti  biasa kami akan sediakan TESTER PERCUMA untuk anda. Booth kami di nombor 12 di bahagian lot beratap berdekatan dengan kedua-dua pintu masuk KPD.

Kalau nampak banner kuning, logo Q, di situlah booth kami. So, datang beramai-ramai dan jangan lupa bawa duit lebih untuk anda membeli-belah.

Ada macam-macam yang boleh didapati di sini sperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, ayam, daging, makanan, minuman dan pelbagai produk dari usahawan-usahawan tempatan Sabah.


Thursday, January 10, 2019

TUHAU

2


TUHAU, QUEUN, QUEUN TUHAU, TUHAU SABAH, SABAH, SABAH FOODS
TUHAU

Kali ini Admin ingin berkongsi sedikit info mengenai TUHAU. Sebelum ini Admin ada berkongsi bagaimana rupa Pokok Tuhau di sini

Tuhau adalah salah satu makanan tradisonal yang sangat popular di Negeri Sabah. Sebut saja Tuhau mesti semua orang akan tahu aroma bau yang kuat pada tumbuhan ini. Ada yang suka dan yang tak suka dengan baunya.

Tumbuhan ini memang sangat banyak tumbuh di Sabah. Kalau anda ke tamu-tamu minggu pasti ada tuhau ini dijual. Biasanya dijual RM1 untuk satu ikat. Ada yang sudah siap dikupas dan ada yang masih lagi berkulit. Untuk yang masih belum dikupas kulitnya, boleh tahan sampai lebih seminggu. Yang sudah siap sedia dikupas tahan hanya dua hari sahaja.

Tuhau ini juga mempunyai bunga dan buah. Yang menariknya bunga dan buah Tuhau tumbuh di permukaan tanah dan ianya boleh dimakan seperti pokok tuhau juga.

Biasanya tuhau ini dibuat sebagai Jeruk sebagai pembuka selera. Isi batang tuhau di tumbuk atau dicincang kasar kemudian campurkan cuka, garam, gula dan cili. Gaul sebati dan boleh dimakan.

Selain Jeruk, ada pelbagai jenis berasaskan Tuhau yang boleh didapati sekarang. Seperti sambal, serunding, pes dan juga sos.


Saturday, January 5, 2019

AGENT QUEYUN

2


tuhau, QueYun TUHAU, QueYun, tuhau sabah, sabah, malaysia, food
Pencarian Agent 
Ingin Mencari income tambahan???
Jom..mari..mari sertai Team QueYun. Kami sedang mencari Agent untuk setiap Daerah.

Produk kami adalah Produk Makanan berasaskan Tuhau Sedia Untuk Dimakan. Antara produk kami ialah:

  1. JERUK TUHAU
  2. SAMBAL TUHAU 
  3. SERUNDING TUHAU
  4. MULTI PES TUHAU
  5. SOS TUHAU CILI

Bagi anda yang berminat cepat-cepat hubungi kami di nombor 012 8019875.



Friday, January 4, 2019

CHARITY BAZAAR | PLAZA SHELL KOTA KINABALU| 10HB-11HB JANUARI 2019

0




Image may contain: 1 person, smiling
CHARIY BAZAAR fund rising for St. Maria Goretti Girls Hostel, Keninagau.
Lima hari lagi. Charity Bazaar ini akan berlangsung selama dua hari bertempat di Plaza Shell, Kota Kinabalu.

Datanglah beramai-ramai pada 10hb-11hb Januari 2019. QueYun juga akan turut serta dalam program ini bersama dengan para usahawan tempatan Sabah yang hebat-hebat belaka.

Macam-macam produk akan dipamerkan pada masa itu nanti. Antara produk keluaran tempatan ialah Pes Kantan Dewilmie, Kek Lapis D'ita, Ikan Perap Makalas, Kupi Botol Nostalgia, Kerepek Pisang Santiqi dan banyak lagi.

Seperti biasa QueYun akan menyediakan FREE TESTER untuk anda yang datang berkunjung.


No photo description available.
lima hari lagi!!!

Program ini adalah anjuran  bersama Borneokaki dan Plaza Shell dengan sokongan dari Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian (MTI)

Datang jangan tak datang tau!! 
Jumpa QueYun di sana nanti yaaa!!!



Saturday, December 29, 2018

HAPPY NEW YEAR 2019

0


QueYun TUHAU mengucapkan Happy New Year 2019. 

Terima kasih kami ucapkan buat semua yang memberikan sokongan tidak terhingga terhadap produk tempatan berasaskan TUHAU keluaran Bumiputera islam Sabah. Kami sangat-sangat menghargai para pelanggan yang memberikan sokongan  terhadap produk keluaran QueYun dari awal permulaan bisnes hinggalah ke hari ini.

Kami memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan layanan yang kurang memuaskan sepanjang tahun 2018 ini. Segala kekurangan akan kami terus perbaiki dari masa ke semasa.

Pihak QueYun juga akan terus memperbaiki mutu dan kualiti produk samada dari segi rasa, packaging serta cara pemasaran kami.

Jika ada sebarang cadangan/pandangan atau  feedback dari anda, bolehlah menghubungi kami melalui:
email : queyunent@gamil.com
WhatsApp : 012 801 9875

Boleh juga follow kami di:
Instagram : @queyun_tuhau
FB Page : QueYun TUHAU
You Tube : QueYun TUHAU



google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0