Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 14 hari lagi.
Untuk makluman semua peminat produk tuhau keluaran QueYun, diketika keadaan sekarang ini, penghantaran pos serta COD dihentikan buat sementara waktu. In Shaa Allah akan beroperasi semula bila berakhirnya PKP nanti.
Buat para pelanggan produk QueYun, terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda. Ada yang hendak repeat oder dan minta diposkan. Tidak kurang juga yang mahu minta COD di sekitar Kota Kinabalu. Alhamdulillah, produk QueYun menepati cita rasa para peminat Tuhau.
Mari kita sama-sama jalankan tangunjawab masing-masing. Patuhi PKP dengan sentiasa berada di rumah. Semoga kita semua sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindungaNYA. Moga akan berakhir cepat isu Covid19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.
P/S: Resepi Kuih Kosong kita kongsi di entry lain nanti.
Featured Post
KUIH KOU CHONG
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Wednesday, March 25, 2020
Friday, January 17, 2020
PUSAT PAMERAN & JUALAN IKS SABAH
Posted on January 17, 2020 by QueYun Tuhau
PUSAT PAMERAN & JUALAN IKS SABAH Lokasi: SME PRODUCTS CENTER, Tingkat Bawah, Block C, Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing Masa Beropersai: 8am - 5pm (Isnin-Jumaat) |
Produk QueYun Brand ada di sini |
kraftangan |
Terdapat pelbagai lagi produk yang anda boleh pilih-pilih di sini. Kerepek, biskut, sos, produk kesihatan, pakaian tradisional, kraftangan dan macam-macam lagi. Semua produk merupakan keluaran usahawan tempatan di Sabah.
Apa yang lebih menarik lagi, Pusat Jualan & Pameran Produk IKS ini, ada membuat tempahan hamper/gift bagi yang berminat. Hamper/gift boleh dibuat mengikut bajet yang diminta.
Kredit Pic:BEST Of SABAH (@IK Sabah)
Thursday, December 26, 2019
USAHAWAN TUHAU PENERIMA ANUGERAH USAHAWAN SABAH 2019 (AUS2019)
Posted on December 26, 2019 by QueYun Tuhau
12.12.19, malam Anugerah Usahawan Sabah 2019 (AUS2019) berlangsung di The Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu Sabah.
Tahniah!! Puan Eriy Dusun,Usahawan Produk berasaskan Tuhau di bawah Brand QueYun kerana terpilih salah seorang penerima Anugerah Usahawan Sabah 2019.
Terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Perdagangan & Perindustrian (DIDR), atas anugerah ini. Semoga dengan anugerah ini akan menjadi penaik semangat dan motivasi agar Produk QueYun akan terus berkembang maju di dalam dan luar negeri.
Saturday, November 9, 2019
CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE
Posted on November 09, 2019 by QueYun Tuhau
VIDOE CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE
Berkongsi tips kali ini. Cara membungkus pesanan produk yang dipesan oleh pelangan online sebelum dikirim. Cara-cara juga boleh dilihat melalui video di atas.
Pihak QueYun menggunakan khidmat Pos Malaysia bagi kiriman pos seluruh Malaysia dan juga luar negara. Kotak dan Consigment Note boleh siap-siap ambil di Pos Office yang berdekatan. Untuk kotak saiz XS seperti yang digunakan dalam Vidoe berharga RM2. Berat maksimum 1kg.
CARA MEMBUNGKUS (PACKING) PESANAN ONLINE:
1. Sebelum membungkus pastikan peralatan seperti Plastic Wrapping Box, solatape, gunting, pen, consigment note dan kotak bungkusan sudah tersedia beserta produk yang dipesan oleh pelanggan.
2. Susun kemas-kemas, cantik cun produk dalam kotak. Produk boleh dibungkus menggunakan Bubble Wrapping jika perlu. Kalau ada ruang kosong boleh letakkan kertas. Bagi ruang kotak sempit sikit agar produk tidak begerak-gerak semasa proses penghantaran nanti.
2. Susun kemas-kemas, cantik cun produk dalam kotak. Produk boleh dibungkus menggunakan Bubble Wrapping jika perlu. Kalau ada ruang kosong boleh letakkan kertas. Bagi ruang kotak sempit sikit agar produk tidak begerak-gerak semasa proses penghantaran nanti.
3. Atas kotak bolehlah anda tulis nombor tracking parcel, alamat penerima dan alamat pengirim. Tulis kemas dan jelas.
4. Selepas itu balut kotak kemas-kemas menggunakan Plastic wrapping box. Tujuannya agar kotak nampak lebih kemas dan yang penting terlindung dari rosak oleh cuaca hujan. Untuk kotak saiz XS, gunakan Plastic Wrapping box saiz kecil agar mudah kerja membalut. Balut dalam 4 ke 5 lapis sudah cukup memadai. Tapi kalau mahu lagi tebal ok jer. Terpulang pada anda.
5. Sudah siap balut, letak siap-siap consigment note atas kotak. Mudah sikit proses kiriman semasa di kaunter. Jangan lupa tulis kemas dan jelas maklumat penting seperti alamat pengirim, alamat penerima dan nombor telefon.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk anda. Boleh share jika tips ini berguna untuk anda. Jangan lupa LIKE & SHARE FB PAGE kami di SINI
Sunday, November 3, 2019
KURSUS INSKEN 2019
Posted on November 03, 2019 by QueYun Tuhau
Sedikit perkongsian kali ini dari Program INSKEN yang berlangsung di Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu selama dua hari.
Program ini adalah usahasama dari pihak AIM dan INSKEN. Seramai 27 orang usahawan AIM di Sabah yang bertuah dipilih untuk mengikuti program ini. Satu Program yang sangat memberi banyak manfaat.
Outbound Marketing dan Inbound Marketing adalah salah satu ilmu yang dikongsi oleh dua coach hebat, Coach Cat dan Coach Hajar.
Ini adalah antara yang dipelajari oleh para usahawan AIM;
OUTBOUND MAKETING:
INBOUND MARKETING:
INSKEN ENTREPRENEURSHIP TRAINING |
Program ini adalah usahasama dari pihak AIM dan INSKEN. Seramai 27 orang usahawan AIM di Sabah yang bertuah dipilih untuk mengikuti program ini. Satu Program yang sangat memberi banyak manfaat.
Outbound Marketing dan Inbound Marketing adalah salah satu ilmu yang dikongsi oleh dua coach hebat, Coach Cat dan Coach Hajar.
Ini adalah antara yang dipelajari oleh para usahawan AIM;
OUTBOUND MAKETING:
- Proses pemasaran tradisional
- Product fokus
- Push strategy
- Interruptive
- Marketer centric
- One way communication
- Paid & expensive
- Offline
INBOUND MARKETING:
- Proses pemasaran abad 21
- Customer focus
- Pull srategy
- Permission based
- Value centric
- 2 way communication
- Free but takes effort & time
- Online
Peserta Kursus INSKEN |
Penyampian ilmu santai yang buat para peserta tidak sedar masa berlalu pantas dengan perkongsian yang sarat dengan ilmu baru yang harus dipraktikkan oleh para usahawan AIM.
Terima Kasih AIM kerana memberi peluang untuk menyertai program INSKEN ini.
Terima Kasih INSKEN kerana mengadakan program seperti ini yang sangat membantu para usahawan untuk maju ke hadapan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0