Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Multi Pes Tuhau ini boleh digunakan dalam pelbagai menu atau resepi anda. Samada di campurkan dalam masakan ikan, ayam, daging, sup atau sebagai pencicah pun boleh. Terpulang dengan cita rasa anda masing-masing.
|
MULTI PES TUHAU |
Di bawah ini admin berikan pic beberapa cara kegunaan Multi Pes Tuhau Queyun boleh anda cuba.
|
Ikan Siakap Masak Tuhau |
Resepi ikan yang menggunakan Multi Pes Tuhau. Korang boleh tengok resepi di SINI untuk Ikan Siakap Masak Tuhau ini. Mudah..Ringkas Dan Sedaapp.. (~_^)
|
Tuhau Pencicah |
Multi PesTuhau juga boleh dijadikan sebagi pencicah makanan. Tambahkan cili padi bagi menambah rasa pedas. Tak bubuh pun boleh juga.
|
Nak campurkan dalam Kerabu pun boleh. Terpulang jenis kerabau apa yang anda buat..
Kerabu Mangga..Kerabu Timun atau apa-apa saja. Paling sedap campur dalam Menu Kerabu Rumpai Laut. Hanyir rumpai tu akan berkurang..
|
Yang ini paling bestt.. Campurkan dalam sup. Bubuh dalam 2 sudu gitu..hmmm terasa bertambah sedap supnya. Boleh juga bubuh dalam mee sup. Tambah cili sikit..Fuhh memang terankat..(~_^)..
Bagi penggemar makanan laut, Multi Pes Tuhau juga sangat sesuai dimakan bersama. Dalam pic di atas ini ialah Tiram panggang yang boleh korang apatkan di Kelapa Bakar Salut. Tiram panggang tu bubuh dengan pes tuhau dan perah dengan limau sedikit. Jangan lupa cili padi untuk bagi umpphhhh rasanya lagi.
Resepi ringkas dari QueYun,
TELUR DADAR PES TUHAU. Jom tengok caranya. Semudah A..B..C dengan menggunakan
Multi Pes Tuhau QueYun.. (^_~)...
|
TELUR DADAR PES TUHAU |
Bahan-Bahan:
1.2 Biji Telur
2. Muli Pes Tuhau
3. 1 Sudu Minyak Masak
Cara-Cara:
Panaskan satu sudu minyak dalam kuali. Masukkan Multi Pes Tuhau QueYun. Goreng hingga naik bau wangi. Kemudian masukkan telur dua biji atau ikut suka hati ke dalam kuali. Kacau sebati. dan Siappp....
MUDAH..RINGKAS..CEPAT...Jom Try Testt..(~_^)
Tak perlu letak perasa sebab dalam pes tuhau tu sudah ada perasanya.
|
Multi Pes Tuhau keluaran QueYun Ent.
|
Satu lagi menu perkongsian dari Kak Da. NASI PANAS & JERUK TUHAU.
|
NASI PANAS & JERUK TUHAU |
Menu yang memang kena dengan lauknya. Jeruk Tuhau yang rasanya masam-masam pedas, dimakan bersama nasi panas-panas, petai dan ikan bilis. FUHH!!!.. Soo sedappp...
|
Menu Kak Da |
Menu Banjir kata Kak Da...Moga segalanya di permudahkan di sana.. Apa pun terima kasih Kak Da atas perkongsian menu ini..
|
NASI GORENG TUHAU. Versi Sabah |
NASI GORENG TUHAU, resepi pagi Kak Da dari Kelantan. Sedap dan menyelerakan sebagai santapan pagi.
|
Bahan-bahan NASI GORENG TUHAU |
Ini adalah antara bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Da. Udang, Bilis, Syur kubis, Cili, Telur Bawang, Ikan Masin.. Bahan-bahannya simple sahaja. Tapi hasilnya cukup menyelerakan dengan gabungan Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluran QueYun.
|
Nasi Goreng |
Dan ini lah dia...Hasil air tangan Kak Da yang sememangnya pandai mengolah resepi. ..Yumm..Yummy..membuatkan orang terliur..(^_~).
Bagi yang belum mencuba Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluaran QueYun, bolehlah dapatkan sekarang..
KREDIT PIC:
Kak Da
Bagi yang ingin membuat tempahan Tuhau Segar boleh menghubungi kami terus untuk keterangan selanjutnya.
|
Tuhau yang baru dituai |
|
Tuhau Segar |
Kulit Tuhau tidak dibuka bagi mengekalkan kesegarannya. Tuhau Segar yang belum diproses sesuai dijadikan sebagi sayur atau pun ulam. Boleh ditumis atau pun dicampurkan dalam masakan sepert Ayam Masak Kicap.
Bagi yang ingin menjadikannya jeruk, boleh lihat video Cara Membuat Jeruk Tuhau di
SINI
|
Tuhau Segar |
Tempahan adalah mengikut permintaan dari pelanggan. Samada mahukan batang dan isi atau sebaliknya.