Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Friday, October 7, 2016

HARI TERBUKA Pi1M PUTERA JAYA TELIPOK

0

Pengunjung Pi1M Puters Jaya Telipok

Hari Terbuka Pi1M Putera Jaya Telipok 24 September lalu. Meriah suasana dengan kehadiran kanak-kanak dan para pengguna  Pusat Internet sekitar Putera Jaya Telipok. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan oleh pihak Pi1M. Antaranya ialah Pertandingan Mini Golf, 30 saat susun Nat, Baling Bola Kotak Telur dan yang aktiviti yang sangat mencuit hati iaituk Zombie Klik dengan Bijak..(^^)..

Suasana Aktiviti yang sempoi..enjoy..ceria dan yang penting dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pengunjung setia Pi1M.


Pihak pengurusan Pi1M Putera Jaya Telipok yang banyak memberikan tunjuk ajar pada admin



Anugerah Usahawan Cemerlang 2016. Pemberian dari Pusat Internet 1 Malaysia Putera Jaya Telipok pada masa Hari Terbuka Pi1M. Tak disangka sebenarnya admin akan mendapat anugerah ini. Terima kasih tak terhingga buat warga pengurusan Pi1M Putera Jaya yang banyak memberikan ilmu bermanfaat  buat admin dalam bidang keusahawanan. 

PELANCARAN PROGRAM SUPPLY CHAIN SHARED SERVICE & OUTSOURCING (SSO)

0


Satu program telah dilancarkan pada 04 September 2016 lalu. Bertempat di luar legar G_Mart Tuaran. Program ini telah dirsmikam oleh YB Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri/ Menteri Pembangunan Perindustrian SABAH. Proram ini adalah kerjasama antara agensi MID, DIDR dan SOFWISE.

YB Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, melawat booth pameran setiap usahawan.


Kami berpeluang untuk mengikuti program ini. Terima kasih buat penganjur yang telah menjemput kami untuk bersama dalam program ini. Aktiviti utama sudah semestinya promosi dan pameran produk dari para usahawan IKS yang terlibat. Pelbagai produk tempatan Sabah di pamerkan masa itu.



Produk hasil buatan usahawan IKS Sabah. Produk dari QueYun yang berada dalam supermarket G-Mart ialah Sambal Tuhau Bilis. Bagi para peminat Sambal Tuhau Bilis keluaran dari syarikat QueYun, boleh lah mendapatkannya di seluruh outlet G-Mart. Antara outlet yang terpilih ialah G-Mart Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Rugarding, Inanam, Kinarut, Beaufort, Sipitang, Keningau dan Tenom.

Semoga dengan adanya program SSO ini dapat membantu para usahawan IKS dalam mempromosikan, memasarkan produk serta meingkatkan lagi jualan.                                                                                             

PELAJAR UITM BUAT ASSIGNMENT TUHAU

0

 Sekumpulan pelajar dari UiTM Sabah, telah memilih QueYun Enterprise untuk assignment cost accounting mereka. Terima kasih kerana telah memilih syarikat kami.


Empat gadis manis, Nertytiti, Pamela, Shannon dan Stephanie. Mereka  merupakan pelajar UiTM yang datang bertandang melawat QueYun Enterprise bagi tujuan membuat sedikit interview dan juga merakam video pendek bagaimana cara-cara membuat Jeruk Tuhau.


Mereka juga berpeluang untuk mencuba Produk keluaran dari kami iaitu Jeruk Tuhau Pedas dan Serunding Tuhau. Seronok melihat gelagat mereka. Ceria suasana dengan sikap peramah mereka. Macam kenal sudah lama...(^-^)

Tahniah untuk mereka...Berpakaian tradisional dan dengan memilih Tuhau sebagai tajuk utama assignment, mereka telah berjaya menambat hati juri dan memenangi tempat pertama dalam presentition cost accounting mereka.



Terima kasih sekali lagi buat adik-adik dari UiTM Sabah, yang memilih kami dalam tugasan kos mereka. Semoga adik-adik akan  berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tuesday, August 30, 2016

MYKOMUNITIKREATIF (#MYkif) CARA MEMBUAT JERUK TUHAU

1


MYkomunitikreatif

CARA MEMBUAT JERUK TUHAU merupakan tajuk yang admin pilih untuk penyertaan pertandingan video MYKOMUNITI (#Mykif). Untuk melihat video ini boleh klik sini. Moga video ringkas ini bermanfaat buat semua.

Kalau anda ada ilmu yang hendak dikongsi bersama bolehlah sertai pertandingan ini. Kongsi tuturiol, petua, resepi atau tips anda melalui pertandingan Mykif ini.

Pertandingan mencipta video MYKOMUNITI ini adalah anjuran SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCCM) dengan kerjasama KKMM, Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) dan Smart Community.

Nak tahu syarat-syarat untuk pertandingan ini, bolehlah berkunjung ke SINI


Friday, August 5, 2016

KURSUS GUERILLA MARKETING ANJURAN FAMA

0



KURUSU GUERILLA MARKETING
KURSUS GUERILLA MARKETING (GM)
26-28 JULAI 2016























Buat julung kalinya kursus ini diadakan di Sabah iaitu Kursus Guerilla Marketing. Anjuran Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundingan FAMA Sabah. Selama tiga hari berturut-turut di adakan di Hotel Klagan, Kota Kinabalu. 


KURUSU GUERILLA MARKETING
Sifu Abe Amirin membuka tirai pengenalan kursus.

Pengisian program memang sangat terbaik. Banyak ilmu, tips yang diperoleh semasa kursus ini. Terima kasih Sifu Uncle Zin dan Sifu Abe Amirin atas segala yang diberikan selama tiga hari berkursus.

KURUSU GUERILLA MARKETING
Kerja Berkumpulan. Alhamdulillah group admin menang
dan mendapat Personal Coaching dari Uncle Zin Ali.

Terima Kasih juga buat FAMA atas program yang disediakan ini. Terima kasih para pegawai FAMA yang sentiasa berada semasa program menanti sehingga usahawan tamat berkursus.
Buat Hotel Klagan Kota Kinabalu, terima kasih atas layanan yang awesome.. Room..makanan yang disediakan juga terbaik. 


google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0