Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Friday, April 8, 2016

MULTI PES TUHAU

0

MULTI PES TUHAU pelbagai guna

Multi Pes Tuhau dengan gabungan dua lagi jenis tumbuhan  herba iaitu halia dan bawang putih. Sangat sesuai digunakan untuk  pelbagai jenis masakan.  

Boleh jadikan sebagai bahan campuran dalam masakan seperti sup, ikan, udang atau sebagai bahan perap. Ia juga sesuai sebagai pencicah makanan. Kalau sukakan rasa pedas boleh tambahkan cili.


MULTI PES TUHAU  +  HALIA + BAWANG PUTIH


Mangga + Multi Pes Tuhau

Mangga muda dengan pes tuhau. Campurkan sedikit cili merah untuk rasa pedas. 

KOMEN DARI PELANGGAN

0




Komen dari customer dari Beluran Sandakan, SABAH yang oder produk tuhau dari kami. Terima kasih banyak-banyak atas komen. Alhamdulillah komen yang positif.  Jika ada kekurangan pihak kami akan cuba perbaiki.





Yang ini pula dari Tuaran, SABAH. Produk yang dibeli ialah Multi Pes Tuhau. Siap bagi resepi lagi. Sup Ikan Pes Tuhau. Ringkas tapi menyelerakan dengan tambahan buah mangga muda dalam sup. Ditambahkan lagi dengan pes tuhau menaikkan aroma tuhau yang membangkit selera. 

JOM TRY TEST... (^^)..

Monday, April 4, 2016

PI1M PUTERA JAYA, TELIPOK, SABAH DATANG MEMBERI SOKONGAN

0

Terima Kasih kepada staf-staf Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Putera Jaya, Telipok, Sabah kerana datang memberikan sokongan kepada QueYun TUHAU semasa karnival jualan produk Sabah anjuran FAMA baru-baru ini. Gembira dan terharu dengan kedatang mereka.

Kejutan pertama, kedatangan  gadis comel staf PI1M Putera Jaya, Telipok Aida Natasha ke booth QueYun TUHAU. Tidak sangka sebenarnya sebab admin tidak diberitahunya untuk datang. Apapun terima kasih kerana kesudian menjenguk. Cuma sayang, tidak sempat ambil gambar bersama ketika itu.

Hari ketiga karnival berlangsung, Pengurus PI1M Putera Jaya, Cik Arbaya Angin pula datang menjenguk. Beliaulah yang banyak memberikan tunjuk ajar dari segi reka bentuk label produk menggunakan photoshop, pengurusan kewangan menggunakan Microsof Excel, membuat profile Syarikat dan produk menggunakan Power point. Blog tuhauqueyun ini juga adalah hasil bimbingan dan tunjuk ajar dari beliau.

Tunjuk ajar dari seorang SIFU
Bila hati ikhlas membantu, Tidak kira tempat tetap memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga pandangan. Orangnya kecil molek sahaja tapi berjiwa besar dan tidak kedekut ilmu.  Segala ilmu yang ada dicurahkan untuk membantu usahawan untuk lebih maju lagi ke hadapan. 




Dari kiri, gambar bersama dengan Lan wakil pengusaha prduk sejukbeku dari Tuaran, Kak Asmawati pengusaha kerepek pisang dari Telipok Ria dan Pengurus PI1M Putera Jaya Telipok Cik Arbaya Angin.

Terima kasih sekali lagi kerana sokongan kedua-dua staf dari PI1M Putera Jaya, Telipok terhadap QueYun TUHAU.

Monday, March 28, 2016

POKOK TUHAU

3

Bagi yang belum pernah melihat pokok TUHAU, macam inilah rupa bentuknya. "Tuhau" adalah sebutan dalam bahasa Kadazan Dusun. Ada juga yang memanggilnya sebagai "Terivad" .Nama saintifiknya menurut Wikipedia ialah E. Coccinea. Dalam bahasa Iban tumbuhan herba ini dikenali sebagai "Upak Kecalak" juga dipanggil "Tepus". 



Pokok Tuhau
Pokok tuhau biasanya akan tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Kalau mahukan tuhau yang muda dan lembut, ambil anak pokok tuhau yang masih kecil-kecil. Jangan cabut pokok tuhau yang sudah agak tinggi sebab batang dan umbutnya keras. Maksudnya pokoknya sudah tua dan tidak boleh dimakan.

TUHAU, JERUK TUHAU
UMBUT POKOK TUHAU
Gambar di atas ini ialah bahagian umbut tuhau. Bahagian ini sedap jika dicampurkan dalam masakan "Ayam Masak Kicap", dalam sup ikan dan yang paling terbaik ialah dijadikan sebagai jeruk. Campur dengan cili, cuka atau limau, sedikit garam dan gula. Maka jadilah ia sebagai pembuka selera yang menyelerakan. Selain umbutnya, bahagian batang pokok tuhau juga boleh dimakan. Kopek kulitnya untuk mendapatkan batang tuhau yang lembut.


TUHAU, JERUK TUHAU
DAUN POKOK TUHAU
Yang ini pula bahagian pucuk pokok tuhau. Tumbuhan ini tumbuh seperti halia dan juga lengkuas. Ia mempunyai bau yang agak kuat seperti bau serangga "Pesisang". Sesetengah orang tidak sukakan makanan tradisional yang popular di Sabah ini kerana baunya. Tapi bagi peminat tuhau, lagi kaut baunya lagi ia mengangkat selera makan.

JERUK TUHAU, TUHAU

Pokoknya rendah sahaja sebab pokok tuhau yang diambil ini adalah yang masih muda. Tumbuhan herba ini tidak tumbuh berkelompok. Ia akan tumbuh jauh-jauh dari induknya. Hanya pokok tuhau yang muda sahaja yang sesuai untuk dimakan. 

Untuk pengetahuan pembaca, pokok tuhau ini juga mempunyai bunga seperti bunga kanatan dan juga berbuah. Admin akan kongsikan gambar bunga dan buah tuhau di entry yang lain.



KARNIVAL JUALAN PRODUK SABAH ANJURAN FAMA

0

Selama tiga hari berturut-turut Karnival Jualan Produk Sabah anjuran FAMA yang berlangsung baru- baru ini. Bermula dari 25 Mac 2016 hingga 27 Mac 2016. Bertempat di Kompleks Karamunsing, Sabah. Para usahawan seluruh Sabah dijemput oleh pihak FAMA untuk menyertai karnival ini.


Karnival Jualan Anjuran FAMA Sabah.

QueYun TUHAU juga telah dijemput oleh pihak FAMA untuk turut serta karnival jualan ini.

Produk QueYun TUHAU

Antara produk QueYun TUHAU yang mendapat sambutan dari pengunjung yang datang ialah Serunding Tuhau, Sambal Tuhau, Jeruk Tuhau Pedas dan Multi Pes Tuhau. 


booth QueYun TUHAU

Terima kasih kepada pengunjung yang datang memberikan sokongan. Terima kasih juga kepada pihak FAMA yang telah memberikan peluang kepada QueYun TUHAU untuk menyertai karnival ini.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0