Monday, March 28, 2016

POKOK TUHAU

2

Bagi yang belum pernah melihat pokok TUHAU, macam inilah rupa bentuknya. "Tuhau" adalah sebutan dalam bahasa Kadazan Dusun. Ada juga yang memanggilnya sebagai "Terivad" .Nama saintifiknya menurut Wikipedia ialah E. Coccinea. Dalam bahasa Iban tumbuhan herba ini dikenali sebagai "Upak Kecalak" juga dipanggil "Tepus". 



Pokok Tuhau
Pokok tuhau biasanya akan tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Kalau mahukan tuhau yang muda dan lembut, ambil anak pokok tuhau yang masih kecil-kecil. Jangan cabut pokok tuhau yang sudah agak tinggi sebab batang dan umbutnya keras. Maksudnya pokoknya sudah tua dan tidak boleh dimakan.

TUHAU, JERUK TUHAU
UMBUT POKOK TUHAU
Gambar di atas ini ialah bahagian umbut tuhau. Bahagian ini sedap jika dicampurkan dalam masakan "Ayam Masak Kicap", dalam sup ikan dan yang paling terbaik ialah dijadikan sebagai jeruk. Campur dengan cili, cuka atau limau, sedikit garam dan gula. Maka jadilah ia sebagai pembuka selera yang menyelerakan. Selain umbutnya, bahagian batang pokok tuhau juga boleh dimakan. Kopek kulitnya untuk mendapatkan batang tuhau yang lembut.


TUHAU, JERUK TUHAU
DAUN POKOK TUHAU
Yang ini pula bahagian pucuk pokok tuhau. Tumbuhan ini tumbuh seperti halia dan juga lengkuas. Ia mempunyai bau yang agak kuat seperti bau serangga "Pesisang". Sesetengah orang tidak sukakan makanan tradisional yang popular di Sabah ini kerana baunya. Tapi bagi peminat tuhau, lagi kaut baunya lagi ia mengangkat selera makan.

JERUK TUHAU, TUHAU

Pokoknya rendah sahaja sebab pokok tuhau yang diambil ini adalah yang masih muda. Tumbuhan herba ini tidak tumbuh berkelompok. Ia akan tumbuh jauh-jauh dari induknya. Hanya pokok tuhau yang muda sahaja yang sesuai untuk dimakan. 

Untuk pengetahuan pembaca, pokok tuhau ini juga mempunyai bunga seperti bunga kanatan dan juga berbuah. Admin akan kongsikan gambar bunga dan buah tuhau di entry yang lain.



**Kami Pembuat dan Pembekal produk makanan tradisional berasaskan TUHAU. Follow kami @QueYun Tuhau-:FB, INSTAGRAM, GOOGLE PLUS, YOU TUBE. WHATSAPP KAMI : 012 8019875 / 012 8344348**

2 comments:

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.