Monday, March 28, 2016

POKOK TUHAU

3

Bagi yang belum pernah melihat pokok TUHAU, macam inilah rupa bentuknya. "Tuhau" adalah sebutan dalam bahasa Kadazan Dusun. Ada juga yang memanggilnya sebagai "Terivad" .Nama saintifiknya menurut Wikipedia ialah E. Coccinea. Dalam bahasa Iban tumbuhan herba ini dikenali sebagai "Upak Kecalak" juga dipanggil "Tepus". 



Pokok Tuhau
Pokok tuhau biasanya akan tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Kalau mahukan tuhau yang muda dan lembut, ambil anak pokok tuhau yang masih kecil-kecil. Jangan cabut pokok tuhau yang sudah agak tinggi sebab batang dan umbutnya keras. Maksudnya pokoknya sudah tua dan tidak boleh dimakan.

TUHAU, JERUK TUHAU
UMBUT POKOK TUHAU
Gambar di atas ini ialah bahagian umbut tuhau. Bahagian ini sedap jika dicampurkan dalam masakan "Ayam Masak Kicap", dalam sup ikan dan yang paling terbaik ialah dijadikan sebagai jeruk. Campur dengan cili, cuka atau limau, sedikit garam dan gula. Maka jadilah ia sebagai pembuka selera yang menyelerakan. Selain umbutnya, bahagian batang pokok tuhau juga boleh dimakan. Kopek kulitnya untuk mendapatkan batang tuhau yang lembut.


TUHAU, JERUK TUHAU
DAUN POKOK TUHAU
Yang ini pula bahagian pucuk pokok tuhau. Tumbuhan ini tumbuh seperti halia dan juga lengkuas. Ia mempunyai bau yang agak kuat seperti bau serangga "Pesisang". Sesetengah orang tidak sukakan makanan tradisional yang popular di Sabah ini kerana baunya. Tapi bagi peminat tuhau, lagi kaut baunya lagi ia mengangkat selera makan.

JERUK TUHAU, TUHAU

Pokoknya rendah sahaja sebab pokok tuhau yang diambil ini adalah yang masih muda. Tumbuhan herba ini tidak tumbuh berkelompok. Ia akan tumbuh jauh-jauh dari induknya. Hanya pokok tuhau yang muda sahaja yang sesuai untuk dimakan. 

Untuk pengetahuan pembaca, pokok tuhau ini juga mempunyai bunga seperti bunga kanatan dan juga berbuah. Admin akan kongsikan gambar bunga dan buah tuhau di entry yang lain.



Related Posts:

  • TUHAU TUHAU Kali ini Admin ingin berkongsi sedikit info mengenai TUHAU. Sebelum ini Admin ada berkongsi bagaimana rupa Pokok Tuhau di sini.  Tuhau adalah salah satu makanan tradisonal yang sangat popular di Negeri… Read More
  • OMBAK BORNEO SEAFOOD Rindu makanan Sabah?? Anda yang berada di Johor dan susah nak dapatkan makanan tradisi dari Sabah. Jangan risau, jangan bersusah hati.  Anda boleh datang berkunjung ke Pasar Muafakat Sabah @ Johor untuk mendapatkan … Read More
  • 333 AGRO MART PENAMPANG SABAH 50% DISKAUN!!!! 50% DISKAUN!!! 50% diskaun yang ditawarkan untuk semua produk. Kedai 333 Agro Mart Plaza Penampang, Sabah Diskaun hebat yang ditawarkan untuk semua produk diberikan sempena pembukaan KEDAI 33 AGR… Read More
  • PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM UUMKali ini pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari UUM datang bertemu dengan kami untuk membuat tugasan.  Cik Kasny bersama dengan pemilik QueYun TUHAU. Surat permohonan kebenaran pengumpulan data UUM. Te… Read More
  • STRATEGI PEMASARAN AGROMAKANAN MELALUI PEMBUNGKUSAN, PELABELAN & PENJENAMAANKali ini berkursus di Hotel Pan Borneo, Putatan. Program ini dianjurkan oleh pihak FAMA. Kursus kali ini adalah mengenai Strategi Pemasaran Agromakanan melalui Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan produk. Tajuk kursus yang… Read More

3 comments:

  1. Salam tuan. Sy nak tanya pasal tuhau ni. Sy nak tanam d kamoung sy di pahang. Boleh wasap sy tak. Sy cari nombor tuan x jumpa. 0106561412

    ReplyDelete

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0