Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Bersama dengan dua kumpulan pelajar dari UMS Kota Kinabalu, Sabah.
Pelajar Faculty Busines, Economics and Accountancy, University Malaysia, Sabah.
Terima kasih kerana sudi membuat temubual dengan kami. Semoga info yang kami kongsikan memberi manfaat kepada kalian semua.
|
UMS Kota Kinabalu, SABAH |
|
UMS Kota Kinabalu,SABAH |
Pihak kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang temubual dilakukan. Semoga adik-adik semua akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi masing-masing.
Satu taklimat diadakan pada 14 Mac 2019, bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Para pengusaha makanan diberikan taklimat berkenaan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
|
Antara PKS yang dijemput menghadiri Takliat PJKM,
PPK Tuaran |
Antara Info yang dikongsi:
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan.
Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.
MeSTI
Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), merupakan salah satu opsyen PJKM yang diberikan kepada Industri Pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil Dan Sederhana yang memenuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
QueYun mengucapkan terima kasih kepada PPK Tuaran kerana telah menjemput kami untuk turut serta dalam taklimat ini.
Tanakwagu dari Kota Marudu, Renno Wesly berumur 18 tahun merupakan Finalist Mister Ambassador, International Borneo Fest 2019.
Kami dari Queun TUHAU mengucapkan terima kasih kerana memilih produk kami dan semoga berjaya masuk ke peringkat seterusnya nanti.
Para finalist akan berentap pada 31 Mac 2019 betempat di KDCA Penampang, Kota Kinabalu, SABAH. Untuk info lanjut boleh dilihat di
SINI
Team QueYun berada di sini pada 1 Mac 2019 bertempat di Pasar Tani Taman Putera Jaya Telipok sempena program My Best Buy (MBB) anjuran FAMA .
Jualan Terus Dari Ladang (JDTL) Peringkat Sabah ini telah dilancarkan oleh YB Hj. Azhar Bin Datuk Hj. Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Sabah.
Terima kasih YB Hj. Azhar Bin Datuk Hj. Matussin, singgah berkunjung ke booth QueYun
Terima kasih FAMA kerana telah menjemput QueYun untuk turut serta dalam program My Best Buy 2019. Semoga Program seperti ini akan dapat diteruskan agar para ushawan IKS dapat memperkenalkan produk masing-masing sekaligus meningkatkan lagi jualan.
Terima kasih juga kepada para pelanggan yang datang berkunjung ke booth QueYun dan memberikan sokongan terhadap produk kami.
Kredit Pic: FAMA
Ini kali kedua Team QueYun menyertai
Program My Best Buy anjuran
FAMA Sabah. Terima kasih tidak terhingga buat pihak FAMA kerana sentiasa memberikan peluang kepada kami untuk turut serta dalam program ini.
Program ini berlangsung di
Putera Jaya Telipok selama dua hari iaitu pada 28.02.2019 - 01.03.2019.
|
SOS TUHAU CILI |
Untuk kali ini Team QueYun akan membawa produk terbaru iaitu SOS TUHAU CILI. Nak tahu rasanya macam mana, boleh datang serbu booth QueYun nanti. TESTER PERCUMA disediakan.
Bagi anda yang punya masa terluang datanglah beramai-ramai nanti ya.