Buat anda yang berdekatan dengan kawasan PASAR MUAFAKAT SABAH JOHOR.
Warga Johor Bahru jangan lupa berkunjung ke sini ya.
Produk kami ada di sini. Jom warga Johor Bahru kunjungi kedai OMBAK BORNEO SEAFOOD dan dapatkan produk QueYun TUHAU.
Pameran Produk Usahawan Tempatan yang bertempat di Pacific Sutera Hotel, Sutera Habour Resort, Kota Kinablau Sabah telah diadakan pada 14hb - 15hb Ogos 2018.
Pameran yang berlangsung selama dua hari ini adalah sempena Program Tropical Fruits The Next Golden Crop For Sabah. Telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Sabah, Dato Junz Wong.
Produk Tuhau
Antara produk Tuhau yang ada semasa pameran berlangsung. Seperti biasa produk QueYun yang laku laris ialah Sambal Tuhau. Sentiasa mendapat sambutan dikalangan pelanggan yang datang berkunjung ke booth QueYun.
Lawatan Pameran Produk oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Lawatan pameran produk-produk tempatan oleh Yang Berhormat Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Sempat Yang Berhormat mencuba sedikit Sambal Tuhau keluaran QueYun Enterprise semasa lawatan.
Lawatan Pameran Produk oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Bergambar bersama dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Makann dan Pengarah Pertanian Sabah, Datuk Idrus Hj. Shafie. Terima kasih Yang Berhormat dan Datuk kerana sudi bergambar dan menyokong produk usahawan kecil ini. ^_^
Usahawan dengan produk masing-masing
Antara usahawan hebat yang turut serta dalam pameran. Bergambar bersama dengan Penolong Pengarah Pertanian Seksyen Industri Asas Tani, Puan Zarinah Hj. Ali.
Terima kasih diucapakan buat Jabatan Pertanian Sabah kerana telah menjemput kami untuk menyertai pameran ini.
Pastinya rindu mau makan kan. Terutama sekali akak-akak, abang-abang dari Sabah yang berada jauh dari kampung halaman masing-masing.
Jangan risau, jangan bersusah hati, korang boleh dapatkan Produk Tuhau dari kami QueYun TUHAU dengan pelbagai pilihan boleh didapati.
Antara produk keluaran kami ialah Serunding Tuhau. Serunding Tuhau sedap dimakan dengan nasi panas seperti dalam video di atas. Sudah tengok tak?
Selain itu Serunding Tuhau juga sedap dimakan dengan bubur panas atau dimakan begitu sahaja pun boleh. Kalau mau bubuh dalam burger pun boleh. Pasti jadi satu kelainan rasa dalam buger anda nanti .. ^-*
Serunding Tuhau keluran QueYun dibungkus dengan saiz sederhana. Memudahkan ia dibawa ke mana-mana dan sangat sesuai untuk pengiriman pos bagi korang yang berada jauh dari Sabah.
Tiga jenis Sambal Tuhau mendapat sambutan yang agak menggalakan dari para pelanggan QueYun iaitu:
SAMBAL TUHAU BILIS
SAMBAL TUHAU UDANG
SAMBAL TUHAU CILI PADI
Kami dari Team QueYun Enterprise mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua para pelanggan kerana telah memberikan sokongan yang tidak terhingga terhadap produk keluaran kami.
SAMBAL TUHAU BILIS
SAMBAL TUHAU UDANG
SAMBAL TUHAU CILI PADI
ANTARA KEITIMEWAAN PRODUK SAMBAL TUHAU KELUARAN QueYun Enterprise ialah:
Produk adalah SEDIA UNTUK DIMAKAN. Semudah ABC. BUKA , HIDANG, MAKAN.
Makanan tradisional dengan bahan utamnya iaitu TUHAU. Rahsia resepi yang tersendiri menjadi satu kelainan dalam produk yang dikeluarkan.
RASA UNIK YANG HARUS DICUBA.
Packaging produk ringan dan saiz kecil. Mudah dibawa kemana-mana.
Sangat sesuai dijadikan sebagai gift/hadiah dalam majlis-majlis seperti majlis kahwin atau majlis mesyuarat.
Pemilik blog tidak akan bertanggunjawab jika ada sebarang kerosakan ataupun kehilangan gambar/info yang dialami oleh anda atas penggunaan maklumat dalam blog ini. Gambar/tulisan dalam entry adalah hak milik sepenuhnya dari kami. Link dan sumber diberikan jika info bukan hak asal dari blog ini.
Dibenarkan copy paste dengan memberikan link blog ini. Jika ada sebarang kesilapan info, mohon komen di ruangan komen entry untuk admin perbetulkan. Entry dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa. Terima kasih.