Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Pameran Produk Usahawan Tempatan yang bertempat di
Pacific Sutera Hotel, Sutera Habour Resort, Kota Kinablau Sabah telah diadakan pada 14hb - 15hb Ogos 2018.
Pameran yang berlangsung selama dua hari ini adalah sempena Program Tropical Fruits The Next Golden Crop For Sabah. Telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Sabah, Dato Junz Wong.
|
Produk Tuhau |
Antara produk Tuhau yang ada semasa pameran berlangsung. Seperti biasa produk QueYun yang laku laris ialah Sambal Tuhau. Sentiasa mendapat sambutan dikalangan pelanggan yang datang berkunjung ke booth QueYun.
|
Lawatan Pameran Produk oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan |
Lawatan pameran produk-produk tempatan oleh Yang Berhormat Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Sempat Yang Berhormat mencuba sedikit Sambal Tuhau keluaran QueYun Enterprise semasa lawatan.
|
Lawatan Pameran Produk oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan |
Bergambar bersama dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Makann dan Pengarah Pertanian Sabah, Datuk Idrus Hj. Shafie. Terima kasih Yang Berhormat dan Datuk kerana sudi bergambar dan menyokong produk usahawan kecil ini. ^_^
|
Usahawan dengan produk masing-masing |
Antara usahawan hebat yang turut serta dalam pameran. Bergambar bersama dengan Penolong Pengarah Pertanian Seksyen Industri Asas Tani, Puan Zarinah Hj. Ali.
Terima kasih diucapakan buat Jabatan Pertanian Sabah kerana telah menjemput kami untuk menyertai pameran ini.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi meninggalkan jejak.